Panduan Fiverr Buat Duit Online Dalam USD

Panduan Fiverr Buat Duit Online Dalam USD. Mungkin ada lagi yang belum tahu bahawa website Fiverr mampu memberikan anda pendapatan dalam USD. Yang menariknya ia juga boleh dilakukan secara sampingan hanya dari rumah berbekalkan laptop dan internet. Namun begitu tak ramai yang tahu teknik yang betul untuk jana pendapatan dengan website Fiverr ni

Panduan Fiverr Buat Duit Online Dalam USD


buat duit dalam usd dengan fiverr

Baiklah bagi yang tak pernah dengar tentang website Fiverr ni kalau nak tahu website Fiverr ni adalah sebuah bentuk perniagaan atau pekerjaan.

Anda berniaga dengan cara menjual sesuatu perkhidmatan dan kemudiannya, setelah selesai kerja anda, anda akan dibayar UPAH dalam nilai USD.

Bukannya website MLM mahupu skim cepat kaya. Kerja apa yang boleh dibuat? Ha, asalkan anda boleh buat kerja yang diminta atau kerja yang anda mahir, anda dah boleh mula buat duit sebenarnya. Tak perlulah tahu semua benda. Cukuplah mula dengan idea dan kemahiran yang anda ada. Tak semestinya kerja yang berat-berat.

Kelebihan Buat Duit Di Fiverr

  • Anda boleh tentukan sendiri berapa lama anda perlu siapkan kerj
  • Anda boleh lakukan secara "Part-time"

Contoh bukti bayaran yang diterima oleh Encik Nigel Ong Penulis Buku Buat Duit Fiverr


bayaran upah buat duit fiverr


Secara mudahnya Fiverr ni adalah tempat anda menerima kerja dan upah. Cuba anda ke website fiverr, anda akan dapati web ini mengandungi begitu banyak servis yang ditawarkan oleh ramai orang dari seluruh dunia.


Ada dari UK, Australia, India malah dari pelbagai negara dan pelbagai bangsa. Dengan pelbagai pilihan servis ini, ramai pelanggan akan mendapatkan servis mereka, pada harga yang murah. Secara ringkasnya, langkah buat duit di Fiverr adalah semudah berikut:

Anda tawarkan servis :
  • Pelanggan membuat tempahan
  • Anda menyiapkan servis yang ditempah tersebut
  • Anda serahkan kepada pelanggan
  • Duit masuk ke akaun anda
Berdasarkan pengalaman saya pelbagai jenis servis yang disediakan. Ada yang tawarkan servis design, lukis kartun dan lukis potret. Tak kurang juga yang menyediakan servis suara komersial, servis menulis artikel dan servis membuat laman web. Malah, jika anda perasan, ada yang sekadar menawarkan khidmat nasihat, kaunseling dan servis menyelesaikan masalah peribadi orang lain.

Berapakah Bayaran Upah Servis Di Fiverr

Ok, upah yang diberikan terhadap setiap servis yang disiapkan adalah USD 5. Bagi anda, mungkin USD 5 adalah nilai yang sedikit. Jom kita buat kira-kira.

Katakanlah...

1 hari dapat 5 tugasan oleh pelanggan.
1 bulan ada 30 hari.
30 hari x 5 tugasan x USD 5

… bersamaan USD 750 sebulan. Banyak ke sedikit ? Cuba ambil pen dan kertas kemudian buat kira-kira ye. Tapi haruslah diingat. Nak maintain 5 tempahan sehari, bukan tugas mudah. Kena ada ilmu, disiplin dan sudi lapangkan sedikit masa harian anda untuk selesaikan tempahan pelanggan.


Baiklah, adakah anda mempunyai kepakaran dan ingin menawarkan servis. Apa kata anda buat duit dengan tawarkan servis di fiverr ni. Tak kisahlah kemahiran apa sekalipun yang anda tawarkan yang penting dapat menyelesaikan masalah pelanggan anda.

Pelanggan tak membeli produk tetapi membeli penyelesaian daripada produk tersebut

Kesimpulanyya, website fiverr adalah plaform untuk anda buat duit atau tambah pendapatan dengan menawarkan servis. Bayaran adalah dalam USD. Sesuai untuk sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran yang ingin ditawarkan walapun anda seorang pelajar.

Hoho..memang masyuk buat duit bisnes fiverr ni asalkan anda ada kemahiran atau kepakaran untuk diawarkan. Sekian dai saya. Jangan lupa tinggalkan komen. :-)



Baca juga entri berkaitan : Apa Yang Best Bila Ringgit Jatuh dan Buat Duit Dalam USD


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
December 14, 2015 11:02 PM delete

terima kasih atas penerangan. adakah ianya percuma atau kita perlu bayar yuran untuk menyertai fiverr ni?

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia