Lazada Gunakan Strategi Pemasaran Instant Retargeter

Apakah strategi dan cara pemasaran yang digunakan oleh Lazada ? Begitulah persoalan kita pada kali ini. Dah lama rasanya saya tak kongsikan tips perniagaan internet. Baiklah hari ni rasa tergerak hati nak dedahkan cara atau strategi pemasaran lazada. Sape tak kenal website femes tu kan ? Akhirnya berjaya juga saya bongkarkan strategi remarketing atau retargeting yang digunakan lazada ni malah laman web zalora dan trivago juga turut gunakan kaedah yang sama.

Apakah Cara dan Kaedah Pemasaran Lazada

Bila saya study dari A hingga Z, memang licik betul strategi yang digunakan Lazada ni. Hebat tak hebat teknik yang digunakan sehinggakan iklan mereka dapat kejar prospek.

apakah cara pemasaran lazada dengan instant retargeter

Lazada Gunakan Kaedah Remarketing Atau Retargeting

Baiklah, biar saya terangkan. Katakanlah saya berminat untuk memiliki sebuah kamera dan segera ke website lazada. Saya buka beberapa jenis kamera yang dipromosikan walaupun saya masih tak berhasrat untuk membelinya.

bagaimana software instant retargeter berfungsi

Akhirnya, saya keluar dari website lazada tanpa membuat apa-apa pembelian kamera. Kemudian seperti biasa bila rasa bosan saya buka facebook dan tiba-tiba saya perasaan iklan kamera tadi muncul di wall facebook saya dan iklan tersebut terus kejar saya walaupun saya buka youtube, iklan tadi tetap muncul.

bagaimana software instant retargeter berfungsi

Nampaknya selagi saya tak beli selagi tulah iklan ni akan membayangi saya. Jadi dalam situasi seperti saya ni apakah yang akan berlaku ? Akhirnya saya mungkin akan terbeli sebab saya pernah ada keinginan untuk membelinya sebelum ni.

bagaimana software instant retargeter berfungsi

Pendek kata iklan yang anda buka di lazada akan mula mengekori anda kemana saja website yang anda pergi. Kalau tak percaya anda boleh cuba.


1. Masuk ke laman web lazada

2. Pilih apa saja produk dengan andaian anda berminat

3. Katakanlah anda berminat dengan tablet dan klik iklan tablet yang dipromosikan

4. Cuba log in facebook anda dan lihat iklan tersebut akan terpapar di newsfeed anda.

5. Jangan terkejut kalau anda buka youtube, iklan tersebut juga akan muncul


Inilah yang dinamakan ‘'Retargeting” ataupun “Remarketing” yang digunakan lazada. Mereka mensasarkan iklan pada golongan yang pernah menunjukkan minat. Licik tak teknik pemasaran lazada ni?
Kaedah ini adalah sangat berkesan untuk jana kuantiti dan kualiti jualan yang lebih tinggi. kerana ianya memastikan prospek yang merupakan 'window shoppers' ini dapat kembali semula ke iklan dan page anda bila-bila masa apabila mereka betul-betul bersedia dan yakin untuk beli.

Berkesan Ke Strategi Retargeting” ataupun “Remarketing ni ?

Mestilah berkesan dan saya ada beberapa sebab :

1. Kebanyakan prospek perlu lihat iklan berulang kali sebelum beli. Ianya memang lumrah dan perkara biasa bagi kita sebagai manusia yang memerlukan masa buat keputusan dalam memilih dan berbelanja.

Hampir kesemua pembeli online akui mereka perlu melihat iklan yang sama lebih daripada sekali sebelum mereka bersedia untuk menempah dan membeli daripada peniaga tersebut.

2. Kajian menunjukkan pelanggan perlu melihat iklan berulang kali sebelum beli. Sudah tentu sesiapa yang telah klik iklan dan telah masuk ke dalam site anda merupakan PROSPEK yang sangat berpotensi kerana mereka menunjukkan respon pada promosi anda tawarkan dengan  melawat website anda.

Namun begitu, mereka perlu lihat iklan anda berulang-ulang kali sebelum mereka betul-betul bersedia untuk beli!

3. 96% Pengunjung atau prospek yang datang  pada kali pertama akan beredar keluar tanpa membeli apa-apa. Pengunjung yang sering melihat iklan yang sama dalam 2-4 kali mempunyai 46% Keberangkalian untuk melakukan pembelian.

4. 70% Responden Terdiri daripada peniaga online setuju bahawa pentingnya prospek-prospek mereka sentiasa melawat iklan dan site mereka berulang-ulang bagi meningkatkan 'brand Awareness' produk dan bizz mereka.


Retargeting adalah adalah kaedah yang terbaik untuk pastikan iklan anda akan dipaparkan semula khusus kepada prospek yang berpotensi sebaik sahaja mereka keluar daripada website atau page anda tanpa membeli. Iklan tersebut akan ikut mereka ke mana-mana dan berada di website-website lain mahupun di facebook wall mereka.

Bagaimana Retargeting dilakukan?

Anda mungkin pernah dengar istilah cookies dalam browser  atau di internet. Setiap orang yang telah melawat atau berkunjung ke website atau site page akan memberikan kesan seperti cap jari di dalam website tersebut sebaik sahaja beredar.

Cap jari atau kesan tersebut dinamakan cookies, dan pemilik website tersebut dapat mengenalpasti pengunjung mereka berdasarkan data cookies tersebut! Jadi tidak mustahil untuk peniaga tersebut dapat kejar dan buru semula pengunjung website mereka!

Bagi memperoleh data akses cookies ini anda perlu meletakkan kod khas yang dinamakan kod 'Tracking Pixel ke dalam Website milik anda. Kod ini boleh diperoleh dari aplikasi Facebook Retargeting website traffic atau servis retargeting lain seperti Perfect Audience dan AdRoll.

Kod ini boleh diperoleh secara percuma. Tetapi anda perlu memasukkan sendiri kod yang rumit ini ke dalam html kod milik website anda. Sudah Tentu ianya merupakan kerja yang leceh jika anda langsung tiada pengetahuan berkenaan coding dan programming dan sudah tentu, anda perlu mempunyai website anda sendiri untuk lakukan.

Yang menariknya teknik ini juga dapat digunakan terhadap laman web affiliate anda dan juga blog.
Retarget sebarang website yang anda mahu dalam kempen anda seperti Site Affliate, Blog, Facebook Page, Website klon, Minisite

Segalanya tidak mustahil dengan >> Instant Retargeter

Macam mana nak tiru strategi Retargeting” ataupun “Remarketing” Lazada ni ?

Ok, tak lain tak bukan adalah dengan menggunakan software instant retargeter. Kalau lazada pun sudah gunakan kaedah ini mengapa anda tak boleh, sedangkan software ni telah disediakan disini : Software Yang Digunakan Lazada

Saya yakin anda tak ada masalah untuk gunakannya meskipun anda tak punyai kemahiran dalam koding dan html. Hanya copy dan paste kod yang telah disediakan.

Kesimpulannya, jika anda mempunyai produk untuk diniagakan mahupun seorang blogger atau mempromosikan website affiliate, software insntant retargeter adalah sangat sesuai. Baiklah, apa kata anda fahamkan dulu software instant retargeter ni dan apa kelebihan dan kebaikkannya untuk anda.

Kalau sesuai bolehlah gunakan sekarang sebelum jatuh ke tangan pesaing anda. Software Instant Retargeter sememangnya terbukti berkesan.

Lazada Malaysia 


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

3 comments

comments
March 28, 2015 1:25 AM delete

ohh..

macam gitu rupanya. namanya instant retarger. noob betul gua nih kann..

Reply
avatar
March 29, 2015 3:59 AM delete

Yee Encik X, saya pun baru tahu, bijak dan licik teknik lazada ni ye :-)

Reply
avatar
February 03, 2016 8:31 PM delete

Baru tgk .. mcm mana nak dapat software ni .. klik link naik website shutdown

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia