Header Ads Widget

Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora

Hari ni hari minggu yang cukup dinantikan untuk saya kerana hari minggu beginilah saya ada banyak masa untuk update blog. Memandangkan dah ramai rakan blogger yang join " Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora " maka saya juga rasa terpanggil untuk turut serta memeriahkan contest ni selepas penyertaan Contest LetsMasak. Nak tahu herba apa yang akan saya kongsikan kenalah baca dari awal hingga akhir ye :-)

Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora


contest petua dan herba kongsibersamanora


Bagi memenuhi kriteria dan syarat Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora ni, saya telah memilih Pokok " Lengkuas Genting " atau kat kelantan dipanggil " Kuah Genting " . Untung betul saya dapat mengenali tumbuhan herba ni.

Apa Tu Lengkuas Genting

Lengkuas Genting atau lebih dikenali sebagai "Kuah Genting" di tempat saya adalah sejenis tumbuhan yang tak asing lagi. Ia juga dikenali sebagai Alpinia conchigera.
Kalau dekat kampung saya Lengkuas Genting ni tumbuh di tepi pagar rumah saya. Saya suka jadikannnya sebagai ulam. Memang sedap dan amat terasa herbanya tu.
Rasanya seakan-akan lengkuas tetapi pahit sedikit dan pedas macam lada hitam. Unik tak rasanya ? Tak percaya cubalah rasa. Kalau tak unik saya tak cerita pula dalam Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora ni..hehe..


pokok lengkuas genting
Pokok Lengkuas Genting


pokok lengkuas genting
Buah Lengkuas Genting

Perincian Tentang Lengkuas Genting

  • Famili : Zingiberaceae
  • Nama saintifik : Alpinia conchigera
  • Nama tempatan : Lengkuas genting.
  • Kegunaan : Bengkak badan, Bisul, Herba selepas bersalin, Sakit dalam tulang, Kutu di kepala, Panau.
  • Kaedah : Untuk perawatan panau, rizomnya dicampur dengan minyak gasoline lalu digosok pada panau dan dibalut pada kepala bagi perawatan kutu. Manakala bagi perawatan bengkak badan, herba bersalin dan sakit tulang air rebusannya dibuat mandian.
  • Habitat : Biasa terdapat di kawasan tanah pamah .
  • Ciri-Ciri Istimewa : Daunnya kecil dan rumpunnya besar.
  • Kaedah Pembiakan : Rizom


herba lengkuas genting


Cara Hilangkan Panau & Kurap Dengan Lengkuas Genting

  • Sediakan satu genggam akar pohon lengkuas genting.
  • Parut dan peras lengkuas genting yang sudah di bersihkan.
  • Akar yang diperas itu tadi akan mengeluarkan air dan sapukan di kawasan panau atau kurap. Biarkan beberapa saat dan bersihkan dengan air.
Selain dapat mengubati panau dan kurap, lengkuas genting juga dapat mengubati radang sendi, membantu meringankan sakit pada perut atau bisul, meningkatkan peredaran darah dalam tubuh dan mengubati cirit birit.

Kesimpulannya, alam ciptaan Allah swt memang kaya dengan herba semulajadi yang boleh dijadikan penawar. Cuma kita saja yang tidak tahu khasiat dan kebaikannya. Mudah-mudahan perkongsian saya dalam Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca di luar sana.


Jangan lupa juga untuk baca :

Bumi Malaysia kaya dengan alam semulajadi tumbuh - tumbuhan dan herba yang tersembunyi sejuta rahsia dan mampu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk KANSER


Nota :

Contest Petua dan Herba KongsiBersamaNora yang dianjurkan oleh KongsiBersamaNora bersama penaja InspireMagazine MazlindaShop AdamJTanOfficial ByPuji BeeVenomMalaysia AlphaLipidMalaysia ByHawaOrked BabyZoomersShoppe NadiaSecret ZieFauzi NorfaNil KhairulZamri Annisabiz


Jemput juga join Contest Lets Masak dan Menangi iPhone 6 & wang tunai.




Post a Comment

14 Comments

  1. lengkuas pun sedap gak nih..

    ReplyDelete
  2. Info tentang lkengkuas memang jarang saya baca. Terima kasih sebab kongsi khasiatnya. Selamat maju jaya dalam contest petua dan herba.

    ReplyDelete
  3. Salam Azzahairi. Lengkuas banyak kelebihannya, anak saya ada panau. Gosok dengan lengkuas, boleh hilang dalam 3 hari. Tiap hari gosok dgn lengkuas. Moga berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam bro Kamil..terima kasih atas kunjungan..lengkuas memang mujarab untuk dijadikan ubat menghilangkan panau :-)

      Delete
  4. assalam. Terima kasih kerana menghantar penyertaan contest petua herba kongsibersamanora
    Banyakkan herba2 yang mampu memberikan kebaikan kepada kita semua..

    All d best and good luck ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam sis....sama-sama..herba memang banyak cuma kita saja yang tak tahu..mudah-mudahan contest ni dapat memberi pendedahan untuk orang ramai. Terima kasih kerana menerima penyertaan saya :-)

      Delete
  5. Lengkuas pelengkap bagi menyedapkan rasa makanan dan juga ubat panau yg mujarab! Info menarik sekali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, memang baik untuk dijadikan ubat panau ni. Terima kasih sudi baca :-)

      Delete
  6. Banyak sungguh herba dari keluarga halia ni ye. Memang mujarab.

    Selamat berjaya bro Azzahairi. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ye,

      Memang betul, halia ni banyak khasiatnya dan sangat mujarab.

      Delete

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.