Rahsia Resume Kerja Lengkap

Rahsia resume kerja atau rahsia resume diterima bekerja. Nampaknya soal menyediakan resume yang lengkap perlu dititikberatkan memandangkan kesukaran mendapatkan peluang pekerjaan dalam kalangan anak muda di Malaysia. Yang menghairankan, ada dalam kalangan mereka terdiri daripada pelajar lepasan ijazah yang gagal diterima bekerja berpunca daripada resume yang tidak lengkap.

Rahsia Resume Kerja





Zaman sekarang cukup berbeza. Saingan untuk mendapatkan pekerjaan cukup sengit dan ada yang beranggapan masuk universiti belum tentu menjaminkan kerjaya yang bagus-bagus. Ini disebabkan oleh persaingan daripada graduan yang begitu ramai.

Ya, berpuluh ribu, malah ratusan ribu yang menamatkan pengajian pada setiap tahun dan mereka juga turut mencari kerja bersama-sama anda. Semua orang mencari kerja selepas tamat pengajian mereka. Sudah tentu mereka mahukan kerja yang setaraf dengan kelayakan mereka.

Memandangkan sukarnya untuk mendapatkan kerja, salah satu cara yang terbaik yang perlu dibuat adalah menyediakan resume yang bagus sebagai persediaan untuk memohon kerja. Malangnya, resume yang gagal disediakan dengan baik untuk memohon kerja menjadi punca anda tidak diterima kerja.

Ramai orang fikir mereka 'boleh' menyediakan resume mereka sendiri. Buat resume, bukannya susah pun pada fikiran mereka. Memang benar buat resume tak susah, tapi adakah resume anda itu akan membantu anda mendapatkan pekerjaan yang bakal anda minta? Fikir - fikirkanlah....

Ramai orang menganggap mereka TAHU untuk menulis resume, Tapi hakikatnya, lebih 90% daripada mereka tak tahu menulis resume yang baik yang juga memikat. Itulah yang sering terjadi. Malah jangan terkejut jika resume anda ditongsampahkan.


Nampaknya anda memerlukan beberapa kemahiran lain sebelum anda mendapat kerja yang HEBAT dan gaji yang LUMAYAN. Selain ijazah sebagai tiket anda perlu mahir tentang Teknik Penulisan resume Yang Baik.

Saya mengambil inisiatif ini untuk membantu anda dengan menyenaraikan 7 kesilapan utama yang sudah mulai serius di kalangan pemohon pekerjaan. Oleh itu, sebelum ianya menjadi lebih teruk, anda perlu membaca dan menghindari 7 kesilapan utama ini. jika tidak, resume anda bakal dihumban ke dalam longkang.

7 Kesilapan Kritikal Resume Ditolak


review-rahsia-resume-kerja



1. Copy & paste resume.

Perkara ini terjadi apabila anda meminta satu contoh resume dari rakan yang sudah mempunyai resume. Perkara pertama yang anda lakukan ialah mengubah maklumat tersebut kepada perkara yang berkaitan dengan diri anda. Seterusnya, maklumat akademik dan ko-kurikulum juga diubah. Anda lupa satu perkara yang perlu diubah iaitu susunan resume tersebut. Jadi elakkan sikap copy & paste resume dan mulakan penulisan resume yang serius.


2. Crowded data.

Adakalanya anda mahu bakal majikan mengetahui kelebihan dan kepakaran anda sekaligus diterima bekerja dalam syarikatnya. Jadi anda pun berfikir untuk memasukkan kesemua pencapaian yang pernah anda miliki bermula dari sekolah rendah hinggalah ke universiti. Ini bukanlah perkara yang tepat kerana anda hanya perlu memasukkan pencapaian yang perlu dengan keperluan jawatan yang dipohon sahaja. Paling tidak pun pastikan ianya berkaitan dengan skop kerjaya yang anda pohon.


3. Tulisan atau font yang fancy.

Anda pasti mahukan resume yang benar-benar menarik perhatian majikan. Jadi anda akan mengambil langkah untuk mencantikkan resume anda. Salah satu aspek yang bakal diubahsuai adalah jenis tulisan atau font. Anda boleh gunakan font yang standard iaitu Arial, Times New Roman dan Tahoma. Menggunakan font atau tulisan yang fancy hanya akan mengelirukan majikan anda contohnya font atau tulisan tersebut berkerawang seperti rekaan tulisan kad jemputan kahwin. Ini akan menyebabkan resume anda diketepikan dan dilontarkan ke bakul sampah.


4. General resume.

Anda mempunyai satu resume dan ianya akan dihantar ke bakal majikan anda disebuah syarikat. Resume yang sama juga anda hantar kepada satu lagi syarikat yang lain. Ini merupakan satu strategi yang salah untuk memohon pekerjaan kerana resume anda bersifat umum atau general. Setiap syarikat mempunyai kriteria jawatan yang berbeza dan cara penilaiannya juga tidak sama.


Kaedah yang terbaik adalah sekiranya anda mempunyai lebih dari satu permohonan kerja, hasilkan satu resume untuk satu permohonan. Pastikan setiap resume yang dihasilkan memenuhi syarat dan kriteria jawatan yang dimahukan oleh sesebuah syarikat.


5. Guna lebih dari 2 warna.

Selain daripada tulisan, warna yang digunakan dalam resume turut memainkan peranan. Dalam penulisan resume, hanya perlu gunakan warna dengan kadar yang minimum, iaitu warna hitam dan putih sahaja. Paling tidak pun pada bahagian gambar pasport sahaja. Untuk membezakan  seksyen dalam resume, anda hanya perlu gunakan fungsi bold pada tulisan-tulisan yang tertentu.


6. Cover letter atau surat iringan.

Pada bahagian ini, surat iringan yang dihantar hanya perlu menyatakan pengenalan ringkas tentang diri anda, mengapa dan kenapa anda memohon jawatan di syarikat tersebut. Terdapat beberapa kes di mana pemohon meletakkan terlalu banyak informasi dalam surat iringan sehingga menenggelamkan resume yang dihantar. Sebahagian daripada maklumat di dalam resume diterangkan secara panjang lebar dalam surat iringan. Ini akan menghilangkan minat bakal majikan anda untuk meneliti resume anda sekaligus beralih kepada resume pemohon yang lain.


7. Tidak faham keperluan jawatan.

Dalam satu bidang jawatan, pasti ada beberapa pecahan jawatan dan skop tugasan. Bidang kerja seorang pegawai operasi tidak sama dengan seorang akauntan. Sekiranya jawatan yang ditawarkan ialah pereka bangunan, ianya pasti tidak sama dengan pereka grafik biar pun nama jawatannya hampir sama. Pereka bangunan menggunakan ukuran secara tepat dan logik, pereka grafik menggunakan ukuran tepat tetapi kreatif, pasti skop kerja dan tugasannya tidak sama.

Oleh itu sebelum anda membuat permohonan, pastikan skop kerja, tanggung jawab dan kriteria yang diperlukan dapat diteliti bagi mengelakkan anda menerima risiko kerja yang tidak sepatutnya diterima. Bayangkan jika anda menerima tawaran kerja yang berbeza dengan kelulusan dan pengetahuan yang ada, kerja dan tugasan yang bakal anda terima tidak dapat disiapkan dan bakal menghasilkan kerja yang tidak sempurna.


Credit : Rahsia Menulis Resume Kerja

Perlu Ke Rahsia Resume Kerja

Perlu ke rahsia resume kerja ? Jawapannya ada pada anda. Anda berhak menentukannya, jika anda seorang yang tidak ambil mudah dalam menulis resume dan ingin menyediakan resume kerja, rujukan sebegini adalah sangat penting. InshaAllah rezeki anda juga seperti mereka "


review-rahsia-resume-kerja


review-rahsia-resume-kerja

Kesimpulannya, menghasilkan resume untuk memohon pekerjaan bukanlah perkara yang main-main. Dari resume anda akan dinilaikan untuk diambil bekerja. Dari resume jugalah anda akan ditemuduga. Pendek kata apa yang anda tulis dalam resume sebenarnya mencerminkan diri anda, sikap anda dan tahap pengetahuan anda. Biar pun anda memiliki kelulusan yang tinggi seperti diploma atau ijazah tetapi tidak tahu menulis resume atau menulis resume seperti acuh tidak acuh bakal memberi impak kepada kerjaya anda.


Sekiranya anda benar-benar mahukan kerjaya yang serius, menjamin masa depan dan kemajuan dalam kerjaya, anda haruslah mengambil serius dengan cara penulisan resume anda. Satu cara yang paling mudah untuk menghasilkan resume yang berkualiti ialah dengan merujuk kepada panduan penulisan resume yang telah digunakan dalam industri pekerjaan.

Ramai rakyat Malaysia yang sukses dalam kerjaya telah mendapatkan panduan ini. Jadi saya cadangkan anda mendapatkan panduan rahsia resume kerja ini supaya anda tidak menghadapi masalah di masa hadapan. Terus klik pada link di bawah untuk masa depan kerjaya anda :



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia