Nak Berniaga Tapi Tiada Produk Sendiri

"Tiada Produk Bukan Penghalang Untuk Berniaga". Sekali pandang kenyataan saya ini menampakkan saya seolah-olah macam cakap je senang. Mana taknya kalau tiada produk macam mana nak berniaga. Apatah lagi nak merasa pendapatan hasil daripada urusan jual beli.

Tiada Produk Bukan Penghalang Untuk Berniaga

bagaimana nak berniaga tanpa produk sendiri
 
Sekarang, kita sudah berada di tahun 2015 dan merupakan tahun ke empat saya berniaga tanpa ada produk sendiri. Serius saya katakan kesemua pendapatan yang saya perolehi hasil daripada komisen produk-produk affiliate di internet yang kebanyakkannya adalah dari Ebook.

Walaupun tak sehebat mereka yang memang dah pakar dalam menghasilkan komisen affiliate yang ada juga dalam kalangan mereka pengamal Kitab SEO Tak Terkalah, namun alhamdulillah saya juga turut merasa komisen affiliate ni.

Sebenarnya, semenjak blog ini ditubuhkan dan kekerapan saya menulis boleh di katakan ia membantu saya untuk mempromosikan produk affiliate walaupun tak sehebat Blogger Reezluv yang selalu dapat Top Affiliate Klikjer.

Beliau memang dah berjaya menjana komisen entah ke berapa ratus kali kat Klikjer sehingga dah keluarkan Ebook Rahsia Klikjer untuk membantu blogger atau anda diluar sana untuk hasilkan komisen affiliate klikjer. Sebelum terlupa, beliau juga pengamal kitab SEO Merah Jambu tu ye ... :-)


Ok....

Sambung cerita saya, bisnes affiliate ni anda tak perlu pun susah-susah untuk cipta produk. Anda cuma perlu daftar secara percuma kat mana-mana platform affiliate seperti Ashadee dan Klikjer, kemudian anda pilih mana-mana produk untuk di promosikan.

Bagaimana Cara Nak Promosi Affiliate ?

Bila masuk part ni lah yang selalu orang tanya saya. Cara nak promosi affiliate ada beberapa cara antaranya melalui facebook, email, blog dan banyak lagi terpulang mengikut kreativiti anda. Kalau anda nak ikut panduan atau langkah demi langkah dalam Formula Pendapatan Affiliate pun boleh.

.... Dan kalau anda nak gunakan blog pun boleh. Malah dalam Kitab SEO Merah Jambu dan Rahsia Klikjer pun memang khas ditujukan untuk sesiapa sahaja yang nak jana komisen affiliate dengan blog. Apa-apa pun terpulang kepada anda dan jika anda tanya saya cara apa saya guna ?

Ok salah satunya adalah melalui blog...hehe


Baiklah, itu sahaja dari saya untuk kali ini.

Tak faham tanya yer.


Sekian....

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

12 comments

comments
January 16, 2015 10:27 PM delete

pelbagai manfaat blog sebenarnya kan..dan salah satunya dengan bijak mencari peluang spt affiliate ini

Reply
avatar
January 16, 2015 10:56 PM delete

Betul tu, affiliate ni salah satu cara dan kena selalu bijak rebut peluang :-)

Reply
avatar
January 20, 2015 1:12 AM delete

Baguslah tu..semoga berjaya ye :-)

Reply
avatar
January 29, 2015 2:42 AM delete

skrng nak berniaga ada bermacam cara....

Reply
avatar
January 30, 2015 2:31 AM delete

Betul tu..kena rebut peluang yang ada :-)

Reply
avatar
March 05, 2015 1:53 AM delete

Awak, serius! Sangat tak faham lagi ttg affiliate ni, even da letak lazada punya affiliate dalam blog saya. teach meeeee pleaseeee!!!! :D

Reply
avatar
March 07, 2015 10:30 PM delete

Owh..boleh godek-godek panduan yang saya tulis dalam blog ni yer :-)

InshaAllah berjaya

Reply
avatar
May 24, 2015 2:02 AM delete

itu pun ramai dok kata susah nak buat business sebab takde modal. ramai kena baca entri ekau ni, kasi bukak besar2 mata diorang :D

Reply
avatar
May 24, 2015 7:28 AM delete

betul tu, mudah-mudahan dorang jumpa entri ni dan baca :-)

Reply
avatar
June 02, 2015 3:41 PM delete

Tahniah Tuan Azzahairi kerana menulis tentang perkara ini..semoga semakin ramai yang akan menceburi bidang bisnes tanpa produk sendiri ini

Reply
avatar
June 14, 2015 9:07 AM delete

Terima kasih Tuan Halim, ya betul tu, harap-harap begitulah..semoga selepas ini semakin ramai yang mula menceburi bisnes ini dengan menggunakan teknik-teknik yang betul :-)

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia