Malaysia Best Blog 2015

Malaysia Best Blog 2015. Dah seminggu saya perhatikan rakan-rakan blogger mula menyenaraikan Malaysia Best Blog 2015 di blog masing-masing. Kebanyakan blogger yang disenaraikan ada yang saya kenali dan ada dalam kalangan mereka pernah datang ke blog ini. Pada pandangan anda blog manakah yang layak disenaraikan dalam senarai Malaysia Best Blog 2015.

Malaysia Best Blog 2015 


Baiklah, cerita tentang tajuk artikel hari ini, Malaysia Best Blog 2015, ia adalah contest SEO yang dianjurkan oleh OhDuit.com dan ini adalah contest SEO pertama yang saya sertai sejak mula menulis blog. Mana tau ada rezeki dapat jadi pemenang. hihi


contest SEO malaysia best blog 2015 anjuran ohduit.com

Sebagai memenuhi syarat pertandingan, setiap blogger perlu menyenaraikan 10 Malaysia Best Blog 2015 mengikut pandangan masing-masing. Sepanjang saya berkunjung ke blog rakan blogger yang lain, saya dapati ada blog yang disenaraikan terdiri daripada blog yang sama. Bertuah betul ye, mana-mana blog ada tulis tentang mereka. Agak-agak ada tak yang menyenaraikan blog saya dalam Malaysia Best Blog 2015 :-)

Saya juga rasa terpanggil untuk menyenaraikan Malaysia Best Blog 2015 sepanjang saya menjadi seorang blogger.

Senarai Pilihan Malaysia Best Blog 2015

1. Hasrul Hassan

Hasrul Hassan - Pernah dengar tak tentang nama beliau, kalau anda mahukan panduan, tips blogging atau belajar asas-asas SEO saya rasa blog hasrul hassan adalah rujukan yang tepat. Beliau memang dah lama dalam dunia blogging dan antara top blogger di malaysia. Pada awal penglibatan saya dalam dunia blogging, boleh dikatakan blog beliau antara blog yang saya jadikan rujukan. Malah saya juga pernah turut serta dalam segmen yang dianjurkan.

2. Sabree Hussin

Sabree Hussin - Saya pun dah tak ingat macam mana saya boleh terjumpa blog beliau dan sampai sekarang saya masih mengikuti blog beliau walaupun kadang-kadang sebagai silent reader. Yang pastinya gaya penulisan beliau buatkan saya tertarik dan beliau memang sesuai untuk kaki bisnes jadikan rujukan untuk belajar teknik copywriting dan seni psikologi pelanggan. Beliau dah keluarkan beberapa buah Ebook antaranya Panduan Dominasi Facebook Group, Seni Jualan Rahsia Psikologi Pelanggan dan Jurnal Pemasaran Affiliate dan yang pastinya saya pernah memiliki ebook beliau. Saya juga pernah menerima komisen dari Tuan Sabree hasil daripada mempromosikan Ebook beliau.

3. Encik Titan

Ahmad Faizal - Bila sebut perkataan Cendol atau Kitab SEO Merah Jambu, anda semua mesti kenal Encik Titan kan? Beliau antara blogger yang menjadi pendorong kepada blogger lain untuk menulis blog sampai dapat income. Beliau dah menang beberapa anugerah dan pernah di jemput dalam seminar untuk berkongsi bagaimana untuk buat duit blog. Malah Ebook beliau yang warna pink tu memang dah jadi rujukan blogger-blogger di luar sana.

4. Mohd Fairiz

MohdFairiz.com - Blog yang dimiliki brader Reezluv. Salah satu blog yang saya follow untuk cedok ilmu tentang dunia blogging. Saya dan beliau ada persamaaan iaitu sama-sama mempromosikan produk affiliate Klikjer. Cuma yang membezakan saya dan beliau ialah beliau selalu dapat Top Affiliate Klikjer dan saya ? memang tak lagi lah. Bukan senang nak jadi top affiliate ni. Baru-baru ini beliau baru saja melancarkan Ebook Rahsia Klikjer untuk sesiapa sahaja yang nak berjaya jana komisen klikjer. Yang belum dapatkannya boleh lah dapatkannya sebab bulan depan harga dah naik. Beliau sendiri yang bagitau, bukan saya.

Ok, seterusnya blog yang saya senaraikan dalam Malaysia Best Blog 2015.

5. Insyirah Azhar

Insyirah Azhar - Blog motivasi ketuhanan. Blog yang penuh dengan perjalanan menuju ilahi. Saya amat gemar dengan ayat dan gaya penulisan beliau. Saya yakin blog beliau ada pengikut yang ramai malah ebook beliau juga mendapat sambutan yang bagus. Saya difahamkan beliau pernah membuka kelas penulisan Ebook untuk mengajar mereka diluar sana untuk menulis ebook dengan betul. Blog yang penuh dengan pengajaran dalam kehidupan menuju cinta ilahi.

6. Denai Hati

Denai Hati - Ramai yang dah kenal dengan denaihati.com. Pelbagai anugerah dan pengiktirafan yang telah diperolehi oleh Denai Hati. Setiap blogger ada kisah yang tersendiri. Jatuh bangun hanya dia sahaja yang tahu. Begitu jugalah dengan Amir Hasan dalam membawa nama Denai Hati dalam dunia blogging. Sudah banyak kejayaan yang dicapai oleh Denai Hati dan kebanyakan program yang dianjurkan mendapat sambutan.

7. OhDuit.com

OhDuit.com - Merupakan penganjur bagi contest Malaysia Best Blog 2015. Blog yang tak asing lagi dengan informasi online.  Langkah yang baik oleh OhDuit.com kerana menganjurkan contest SEO ini sebagai permulaan 2015. Anda boleh rujuk sendiri blog beliau dan berkenalan dengan pemiliknya.

8. Abang Ensem

Abang Ensem - Siapa yang tak kenal blog Abang Ensem. Blog yang warna pink dan kaya dengan pelbagai ilmu bab pelaburan hartanah. Kalau buka blog beliau, banyak tips berkaitan pelaburan. Oh ya, jika anda yang nak belajar ilmu berkaitan pelaburan khususnya ilmu pelaburan hartanah boleh lah rujuk blog beliau. Abang Ensem juga pernah terbitkan beberapa buah Ebook berkaitan pelaburan.

9. Kujie2.com

Kujie2.com - Penulis yang dikenali sebagai kak Ku Jie, Hidup Biar Sedap adalah tagline blog kujie2.com. Bila baca blog beliau, bukan sahaja ilmu berkaitan blogging yang boleh diperolehi tetapi banyak ilmu berkaitan kehidupan akhirat. Kak Ku Jie ni juga peminat kucing dan jika anda juga peminat atau pembela kucing bolehlah baca tips-tips di blog beliau.

10. Tiffin Biru

Tiffin Biru - Blog Dapur Tanpa Sempadan. Blog yang banyak menceritakan topik berkenaan resepi masakan. Nak belajar masak lauk, nak buat kek, nak buat cucur ? Kesemuanya ada diceritakan dalam blog tiffin biru ni. Pendek kata kalau nak belajar resepi masakan, blog Tiffin Biru memang dijadikan rujukan.


Demikianlah 10 buah blog yang menjadi pilihan saya dalam kategori Malaysia Best Blog 2015. Walaubagaimanapun mugkin pendapat saya ini berbeza dengan blogger-blogger yang lain. Kalau diikutkan banyak lagi blog-blog yang saya baca namun 10 buah blog di atas adalah blog yang terbaik bagi saya.

Sekian dari saya, semoga anda terhibur dengan senarai Malaysia Best Blog 2015 pilihan saya.

Mari menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com.

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

10 comments

comments
January 25, 2015 12:08 AM delete

Mohon revise artikel dengan buang tag nofollow pada link penganjur bagi menemenuhi syarat contest

Reply
avatar
January 25, 2015 5:11 AM delete

Baik tuan, saya dah ubah. Boleh tuan semak sekali lagi :-)

Reply
avatar
January 29, 2015 12:27 AM delete

dorang memang power bab buat duit blog

Reply
avatar
January 31, 2015 8:34 AM delete

blog-blog yang power-power semuanya!

Reply
avatar
February 01, 2015 5:39 AM delete

Dorang semua ni memang power betul :-)

Reply
avatar
February 04, 2015 5:45 AM delete

Encik Titan ada di mana-mana sahaja.

Reply
avatar
February 05, 2015 1:07 AM delete

Memang pun..mana-mana blog tulis tentang dia.. :-)

Reply
avatar
February 09, 2015 7:04 PM delete

Ohh terima kasih kerana senaraikan blog saya dalam Malaysia Best Blog 2015 ini ... yang lain pun memang hebat ...

Reply
avatar
February 10, 2015 12:18 AM delete

Terima Tuan HH, blog tuan mesti wajib disenaraikan :-)

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia