Masa Untuk Bina Minisite Dengan Blogspot

Ok.. topik pemasaran online kali ini ialah bina minisite dengan blogspot. Artikel ini saya tujukan khas untuk sesiapa sahaja yang berniaga secara online. Jika anda seorang peniaga online anda wajib mempunyai minisite.

Gunakan Blogspot Sebagai Minisite

Minisite atau laman mini adalah sebuah halaman yang merupakan perantara antara anda dan pembeli atau prospek. Dalam dunia pemasaran online, minisite diibaratkan promoter atau jurujual yang bekerja untuk anda.

Dalam erti kata lain dalam pemasaran online anda perlu membuat persembahan jualan. Anda perlu sediakan laman web dan biarkan laman web tersebut melakukan jualan bagi pihak anda dengan syarat anda perlu tahu apa yang perlu ditulis bersama adunan Kemahiran Psikologi Pelanggan .

Contoh halaman minisite seperti di bawah :


Atau boleh rujuk contoh minisite ini --->> Contoh Minisite Blogspot

Bagaimana Membina Minisite Dengan Blogspot

Dengan menggunakan blogspot untuk membina minisite, anda tidak perlu menyewa nama domain  dan hosting.

Sebabnya.... Blogspot adalah percuma dan  anda boleh membina sebanyak mungkin Minisite, Landing Page dan juga Squeeze Page tanpa had dan percuma. Tetapi jika anda mahu gunakan nama domain dan hosting itu terpulang pada anda.

Jika anda lihat contoh melalui link di atas, Minisite yang dibina adalah profesional walaupun menggunakan Platform Blogspot.

Baiklah jika anda seorang jurujual online, apakah anda patut  atau tidak gunakan Minisite ?? Jika jawapannya ya..saya nak kongsikan template minisite ini secara percuma untuk anda.

Sila ke laman berikut : Percuma Panduan Blogspot Minisite dan klik ruangan Free Template untuk muat turun seperti gambar di bawah :





Semoga berjaya,


Ikhlas


Azzahairi Sulaiman

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia