Pengalaman Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41

Alhamdulillah dengan izin-Nya saya sudah selesai menduduki Temuduga SPP Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG 41 pada 12 Mac 2014. Sebenarnya saya mula terfikir untuk menulis artikel ini semasa sedang menunggu giliran untuk di temuduga..

Temuduga SPP Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41


engalaman temuduga pegawai perkhidmatan pendidikan Gged DG41


27 Mac 2014, maka berakhirlah sesi temuduga untuk semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di seluruh Malaysia. Tahniah kepada semua pelajar ISMP yang telah berjaya menamatkan ujian Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ini. Sama-sama kita doakan yang terbaik semoga semua calon lulus dan berjaya menjadi seorang guru.

Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41


Dengan lafaz Bismillah saya kongsikan pengalaman saya...

Sebenarnya saya tertarik untuk menyentuh tentang apa yang perlu di baca sebagai persiapan untuk Temuduga SPP Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG 41. Soalan ini adalah soalan yang kerap bermain di fikiran calon termasuklah saya sendiri.

Penemuduga terdiri daripada Wakil Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan seorang guru cemerlang mata pelajaran.

Apa yang mereka akan tanya adalah apa yang terlintas di fikiran mereka tetapi sesuai dengan tema pendidikan dan juga dasar-dasar. Maksud saya soalannya sesuai untuk bakal guru dan juga bidang yang diambil.

Lain padang lain belalang, Lain bilik lain ceritanya. Sebabnya,situasi Temuduga SPP Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG 41 berbeza bagi setiap bilik sebab yang menjadi panel adalah manusia. Manusia biasanya dipengaruhi oleh pengalaman, mood dan perasaan mereka.

Temuduga SPP Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG 41 dilakukan secara berkumpulan. Biasanya 5 hingga 6 orang sahaja bagi satu kumpulan. Masa yang diperuntukkan sejam lebih.

Masa tu kumpulan kami hampir 1 jam setengah berada di bilik temuduga tetapi rasa sekejap sahaja masa berlalu memandangkan masing-masing sibuk menjawab soalan yang dilontarkan.

Alhamdulillah soalan yang diajukan tidaklah menekan kami. Kebiasaanya solan KBKK akan ditanya dengan spontan. Panel banyak bertanyakan soalan KBKK dan pada penilaian saya soalan yang diajukan mengikut citarasa dan selera mereka.


 


Jika anda prepare bab isu semasa tu dikira bagus tetapi belum tentu mereka akan tanya. Nasihat saya lebih baik anda prepare sebagai bekalan. Kumpulan saya memang dah prepare beberapa isu antaranya isu ibu bapa rotan pelajar tidak solat di Sweden, isu tindakan guru paksa pelajar makan rumput dan isu MH370 sebab tarikh kami diinterview hanya selang beberapa hari selepas pesawat MH370 hilang.

Masa tu sambil tersenyum panel SPP mengajukan soalan kepada saya 'Agak-agaknya dimana hilangnya pesawat MH370'. Dan sambil tersenyum juga saya menjawab saya sendiri tidak pasti sebab masa tu bukti kukuh belum ditemui. Itu jawapan yang paling relevan saya berikan memandangkan masih tiada bukti yang konkrit tentang kehilangan pesawat MH370.

Tak ketinggalan juga mereka tanyakan tentang isu PBS dan minta kami berikan pendapat serta penambahbaikan tentang PBS. Betul atau salah bukan persoalannya yang penting anda jawab dengan yakin dan jelas.

Sekian sahaja pengalaman yang saya kongsikan. Yang penting Doa Usaha Ikhtiar dan Tawakal bagi semua perkara kerana itulah cas kuasa fitrah kita yang sebenar.

Jika anda mempunyai pengalaman Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan SPP boleh kongsikan di ruangan komen.

Jika anda mahukan maklumat tambahan sebagai persiapan Temuduga SPP Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG 41



Jangan lupa tinggalkan komen dan kongsikan dengan dengan rakan-rakan anda.




Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

5 comments

comments
December 04, 2014 9:20 AM delete

Soalan memang selalu tak diduga.. dan kebiasaan panel hanya ingin menduga kemahiran dan pengetahuan am kita.. Yg penting jawab dengan yakin dan disokong fakta.. tak tepat pun belasah ajee lah..

Reply
avatar
December 09, 2014 11:32 PM delete

Ditambah dengan perasaan gementar, memang belasah je lah jawapan. Yang penting jawab dengan yakin :-)

Reply
avatar
December 13, 2014 11:39 PM delete

dari pengalaman aku sendiri yang pernah di temuduga SPA..aku pernah beri jawapan yang salah semasa temuduga..akhirnya aku tetap diterima kerja..hu3..kena pandai cakap semas adalam bilik temuduga..bila ditanya jangan senyap

Reply
avatar
December 16, 2014 8:23 AM delete

Tulah..jawab je ape yang ditanya..jgn diam seribu bahasa..alhamdulillah dah diterima kerja :-)

Reply
avatar
gee
April 01, 2016 5:58 PM delete

tq share experience... sangat mendebarkan jiwa ni...

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia