Sempoi Hosting Penyedia Domain Dan Hosting

Setelah hampir setahun saya bertukar ke domain berbayar rasanya saya tak pernah sentuh sedikit pun tentang nama domain yang saya gunakan sekarang. Kali pertama saya terjun ke dunia blogger saya cuma menggunakan blogspot sahaja. Memandangkan menggunakan domain berbayar banyak kelebihannya itu sebablah saya beralih ke domain berbayar. Rujuk artikel sebelum ini

Penyedia Domain Dan Hosting Sempoi

Sebenarnya blog ini masih menggunakan hosting blogspot cuma nama domain sahaja yang berbayar. Bayaran yang saya perlu keluarkan untuk setahun adalah RM38 sahaja.

domain hosting murah harga sempoi

Malah syarikat ini juga turut menyediakan pakej hosting RM9 setahun. Syarikat yang saya maksudkan ialah Sempoi Hosting.

Merupakan syarikat domain dan hosting tempatan. Antara sebab mengapa saya beli domain dari syarikat tempatan adalah kerana untuk memudahkan urusan saya sekiranya timbul pelbagai masalah nanti.

Hampir setahun saya berurusan dengan Sempoi Hosting tiada masalah yang timbul dan setiap kali soalan yang saya ajukan akan dijawab dan mana yang perlu dibantu mereka akan bantu.

Pengasas Sempoi Hosting sebenarya seorang Internet Marketer juga iaitu Tuan Suhaimy a.k.a Shuth. Beliau telah banyak menulis pelbagai jenis Ebook.

Berbalik kepada domain berbayar ini, ia juga penting untuk SEO terutamanya untuk blogger yang serius untuk jadikan blog sebagai punca pendapatan seperti yang diajar dalam Kitab SEO Merah Jambu.

Adalah lebih elok jika menggunakan domain berbayar. Kat mana nak dapatkan domain berbayar tu anda boleh pilih dari mana-mana syarikat tempatan seperti Sempoi Hosting.

Alhamdulillah siap juga entri pertama saya setelah hampir sebulan tak update blog ini dengan entri baru. Ramadhan yang lepas memang saya tak update langsung blog ini dan hari ini bersamaan dengan 3 Syawal sempat juga saya update blog ini. :-)




Sekian sahaja dari saya.


Ikhlas

Azzahairi Sulaiman

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
August 13, 2014 3:16 PM delete

Mahal jugak eh kalau RM38,aku guna domain dari Hosting Rajawali RM35 sudah siap dengan 2 emel peribadi seperti webmaster@rozak.net.

Reply
avatar
September 16, 2014 7:22 AM delete

Owh yeker ?? macam best je hosting rajawali ni...boleh cuba nanti ni :-)

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia