Panduan Dan Cara Bina Squeeze Page Dengan Blogspot

Artikel ini adalah kesinambungan bagi artikel Cara Kumpul List Tanpa Domain Dan Hosting. Squeeze page sangat diperlukan untuk mengumpul senarai email atau database pelanggan. Kebiasaannya untuk membina sebuah squeeze page anda memerlukan kos untuk domain dan hosting. Tetapi sebenarnya anda juga boleh membina squeeze page dengan menggunakan blogspot secara percuma.

Cara Bina Squeeze Page Dengan Blogspot


bina squeeze page dengan blogspot untuk kumpul email

Squeeze page adalah laman mini untuk anda mengumpul database atau senarai email pelanggan atau lebih dikenali sebagai mailing list.

Anda memerlukan autoresponder seperti Emelmatik untuk tujuan follow up. Baiklah kita teruskan dengan fokus utama kita iaitu Cara bina squeeze page dengan blogspot.


Bahagian Pertama

Pertama sekali anda perlu membina sebuah blog. Untuk membina blog anda perlu create akaun gmail terlebih dahulu seperti yang saya terangkan dalam Cara Bina Blog Semudah ABC.

Kemudian sila ke blogger.com untuk membina blog. Paparan seperti dibawah akan keluar. Klik New Blog.


panduan dan cara buat blog

Masukkan url blog anda, tajuk dan juga description. Pilih simple template sahaja. Jadi anda sudah selesai membina blog.

panduan dan cara buat blog


Bahagian Kedua


Untuk membina squeeze page anda perlu klik ke bahagian 'layout' dan sila remove gadget yang tidak berkaitan seperti contoh dibawah. Klik edit dan remove.

panduan dan cara buat blog


Bahagian Ketiga

Kali ini anda perlu ke bahagian 'new post', paparan dibawah akan keluar. Masukkan tajuk yang berkaitan mengikut keperluan anda.

panduan dan cara bina blog

Kemudian masukkan isi atau entri ke ruangan post yang berkaitan dengan tawaran anda supaya pelawat memasukkan nama dan email mereka ke dalam 'opt-in' form.

Seterusya anda perlu klik bahagian 'html' dan masukkan kod 'opt-in' form. Kod ini anda boleh dapat melalui autoreponder yang telah anda langgan seperti emelmatik.

Kemudian setelah selesai anda perlu publish entri. Jadi squeeze page anda telah siap dibina. Contoh Squeeze Page menggunakan blogspot. Klik untuk lihat

Setelah Squeeze Page anda siap dibina anda cuma promosikannnya untuk mengumpul list atau senarai email pelanggan seperti yang ditunjukkan dalam Panduan Kumpul List.



Sekian perkongsian dari saya



Ikhlas

Azzahairi Sulaiman


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

4 comments

comments
July 15, 2014 8:50 AM delete

terbaik bro. saya pernah buat sendiri jugak. boleh tahan la jugak. guna style hide sidebar semua. senang untuk kumpul list.

Reply
avatar
July 29, 2014 1:37 PM delete

terima kasih bro atas kunjungan dan komen..wahh dah beralih ke wordpress yer bro...kemas sangat blog yang baru ni..pasni makin mantap la SEO bro khairul asrol :-)

Reply
avatar
November 17, 2014 8:51 AM delete

Terima kasih bro..... memang nampak menarik minisite tu.... apapun banyak lagi perlu saya belajar tentang perkara u\ini.

Reply
avatar
November 19, 2014 7:20 AM delete

Sama-sama, terima kasih atas kunjungan bro kamil, saya pun masih belajar juga. Ada masa nanti bolehlah cuba :-)

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia