3 Tips Menjemput Dan Membina Ombak Rezeki

Assalamualaikum dan salam hormat pembaca setia. Sebelum ini saya telah menyentuh tentang Tips Murah Rezeki melalui artikel Konsep Rezeki dan Kelebihan Bersedekah. Mudah-mudahan apa yang saya kongsikan dapat membantu anda semua ke arah hidup yang lebih diberkati. Baru-baru ini saya menerima email dari rakan usahawan berkenaan dengan 3 Tips Murah Rezeki dan adalah lebih baik jika saya kongsikan kepada anda ilmu yang bermanfaat ini.

3 Tips Murah Rezeki


tips murah rezeki dengan amalan istighfar

Tips 1 : Bangun Di Awal Pagi

Hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Berpagi-pagilah kalian (memulakan aktiviti pada awal pagi) untuk mencari rezeki dan keperluan. Sesungguhnya ia membawa keberkatan dan kejayaan.” (Riwayat al-Tabarani)


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Wahai anakku, bangunlah dan hadapilah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi daripada kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Riwayat al-Baihaqi)

Tips 2 : Banyakkan Bersedekah

Allah berfirman. "Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkah hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak.” (QS. al-Baqarah : 245 ).


Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: "Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.)


"Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)


"Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan jalinkanlah hubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya (berzikir) dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Tips 3 : Bertawakal Sepenuh Hati

Dengan bertawakal semata-mata kepada Allah SWT, seseorang itu akan direzekikan dengan rasa kaya jiwanya. Ini bersesuaian dengan Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang


bermaksud:


"Barangsiapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)


Nabi Muhammad SAW pula telah bersabda: "Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.”(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)


Alhamdulillah...

Mudah-mudahan perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua dalam memperolehi rezeki yang berlipat kali ganda dan diberkati oleh Allah swt.

Kredit to : Tuan Khairul Anuar


ps : Rezeki akak ni melimpah ruah selepas amalkan formula ini. Buat sale RM10,000 dari bisnes part time sambil jaga anak je. Nak tahu formula apa yang akak ni guna ? Muat turun sekarang --> Formula luar biasa

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

8 comments

comments
July 15, 2014 7:07 AM delete

Yap.

Perbanyakkan sedekah dan sentiasa usaha sungguh-sungguh.

Reply
avatar
July 29, 2014 1:56 PM delete

Betul tu tuan..Inshaallah pasti ada ganjaran bagi setiap kebaikan :-)

Reply
avatar
August 07, 2014 8:03 PM delete

setiap kebaikan ada ganjaran dari allah

Reply
avatar
May 04, 2015 8:09 AM delete

saya sangat bersetuju dengan tip tersebut..

Reply
avatar
May 05, 2015 2:21 AM delete

ya tuan, memang bagus kalau amalkan :-)

Reply
avatar
May 15, 2015 6:31 PM delete

Alamat Pejabat Kebangsaan - Bangunan Nationwide Swindon Persatuan Seluruh Negara Blok D Avenue SN12 England TN GPS / Postal Code Geographic Hanya: SN10 1B2
Tuan / Puan,
Tawaran kebangsaan dilindungi dan pinjaman peribadi tidak bercagar kepada pelanggan untuk tujuan memulakan perniagaan baru, individu dan perniagaan. Pinjaman kami juga diinsuranskan untuk keselamatan maksimum dan ia adalah pemindahan dalam talian. pinjaman euro 10,000.00 euro 20,000,000.00 dengan faedah 2%, pinjaman dibayar balik dalam tempoh antara 1 hingga 20 tahun, pinjaman disediakan untuk sebarang tujuan mengisi ruang untuk mendapatkan nama penuh: ____________ Alamat: _____________ Jumlah Pinjaman: ____________ pinjaman Tempoh : ___________ Telefon: __________. Maklumat lanjut mengenai pinjaman Nationwide akan dihantar kepada anda selepas kami menerima permohonan pinjaman anda. Nationwide Building Society memeluk Kanun Pinjaman.
Permohonan pinjaman anda adalah sangat dihargai.
Charles A. Staf Akauntan ______________________________ _____ Email: anitacharlesloancompany@gmail.com

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia