Tips Dan Formula Kumpul List Melalui Facebook

Sebelum artikel ini ditulis saya telah kongsikan Cara Kumpul List Tanpa Domain dan Hosting. Kali ini saya akan kongsikan panduan, cara atau tips kumpul list (senarai email) menggunakan facebook sama ada secara percuma atau berbayar menggunakan facebook ads.

Tips Serta Formula Kumpul List Melalui Facebook

cara kumpul list senarai email melalui facebook

Seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ini iaitu Rugi Tidak Berniaga Melalui Pemasaran Email, mengumpul list atau senarai email umpama mengumpul aset untuk perniagaan anda.

Biasanya usahawan internet mengumpul list mengikut niche tertentu seperti niche kerjaya, kesihatan dan pelaburan. Mengumpul senarai email bermaksud mengumpul senarai pelanggan atau pembeli.

Apabila anda sudah mempunyai list sendiri, dengan senang hati dan bila-bila masa anda boleh menghubungi pelanggan anda untuk menyampaikan maklumat serta tips dan produk-produk yang baru dilancarkan.

Sebab itulah saya katakan list adalah aset anda dan Rugi Tidak Berniaga Melalui Pemasaran Email. Untuk mengumpul list di facebook anda memerlukan tools atau perkara berikut :

Squeeze Page

Pertama sekali anda memerlukan Squeeze Page seperti yang pernah saya terangkan sebelum ini. Boleh gunakan Perisian Autosqueezepage. Walaubagaimanapun kaedah ini adalah berbayar.

Jadi jika anda kekurangan bajet, anda boleh gunakan blogspot. Cara ini dapat mengelakkan anda daripada mengeluarkan kos melanggan domain dan hosting. Jadi gunakan sahaja blogspot untuk membina Squeeze Page.

Jika anda mahukan Squeeze Page yang lebih profesional menggunakan Blogspot, anda boleh lihat panduan yang disediakan dalam Teknik Dominasi Facebook Group.

Autoresponder

Kedua, anda memerlukan autoresponder. Saya cadangkan anda gunakan autoresponder Emelmatik dan Trafficwave. Mengapa saya cadangkan dua autoresponder ini. Alasannya macam ni :


Emelmatik :

Boleh guna secara percuma selama satu tahun. Yuran langganan adalah lifetime. Maksudnya bayaran hanya sekali seumur hidup.


Traffic wave :

Yuran bulanan yang redah. Paling menarik perhatian saya yuran bulanan adalah tetap walaupun senarai email semakin bertambah.

Cara Promosikan Squeeze Page Dengan Facebook

Sekarang anda sudah memiliki Squeeze Page anda tidak kisahlah menggunakan Domain dan Hosting berbayar mahupun blogspot.

Jadi tugas anda adalah promosikan Squeeze Page tadi menggunakan facebook.

Facebook Wall

Mulakan kaedah softselling di wall personal anda. Jangan menampakkan promosi semata-mata. Sebaiknya gunakan kaedah perkongsian dan jangan lupa letakkan link squeeze page yang telah dibina.

Facebook Group

Anda boleh gunakan fungsi facebook group. Anda boleh search group pengiklanan atau group iklan. Baca syarat yang telah ditetapkan oleh admin dan mulakan promosi squeeze page anda.

Ingat tujuan promosi untuk kumpul list atau senarai email terhadap produk anda. Jika ada yang berminat dengan tawaran anda, mereka akan subscribe. Boleh gunakan autopost melalui Sistem Oohcron. Jangan spam pula ye :-)

Proses jualan akan dilakukan oleh autoresponder melalui kempen follow up yang telah ditetapkan.

Facebook Ads

Apa yang anda perlu buat adalah Create Sebuah Fanpage. Untuk beriklan menggunakan facebook ads, fan page adalah wajib.

Biasanya pegiklanan di facebook ads memerlukan anda mahir untuk setting iklan anda supaya CTR tinggi dan kos ads rendah.

Jadi jika anda serius untuk kumpul list melalui facebook ads saya cadangkan anda belajar daripada orang yang mahir dengan facebook ads.

Saya kenal seorang usahawan internet ni, kepakaran beliau adalah menghasilkan income melalui affiliate marketing.

Cara yang beliau buat adalah dengan mengumpul list melalui facebook ads. Anda tentu kenal beliau.

Beliau yang saya maksudkan ialah Oswald Justin. Saya pernah mendapatkan produk beliau iaitu 'Formula kumpul list niche kerjaya'.

Beliau akan melancarkan Ebook terbaru beliau iaitu Formula Kumpul List. Fokus beliau ialah teknik kumpul list menggunakan facebook ads.

Beliau akan kongsikan pengalaman dan kepakaran beliau. Produk ini akan dilancarkan pada 26 Mei 2014. Iaitu hari isnin tepat jam 9 malam.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ebook formula kumpul list oleh Tuan Oswald Justin, segera ke laman web utama sekarang : Formula Kumpul List Facebook Ads
Adakah anda juga menggunakan Instagram untuk mempromosikan produk anda? Ketahui Bagaimana Mendapatkan 10,000 Real Follower Dan Letupkan Jualan Anda Menerusi Instagram Dalam Hanya 5 Minggu!

Saya mohon anda berikan masa 5 minit untuk baca website ini sehingga habis untuk tahu rahsia letupkan jualan anda pada tahun ini. Baca disini.

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
May 25, 2014 6:45 AM delete

Oswald ni mmang pakar dalam bab-bab FBAds ni :-)

Reply
avatar
May 25, 2014 8:37 AM delete

Ya Tuan, seronok tengok orang pakar dengan fb ads ni :-)

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia