Review Dan Cara Daftar Autoresponder Emelmatik

Saya nak mulakan artikel ini dengan satu soalan. Adakah anda ingin mengumpul database atau senarai pelanggan anda? Jika jawapannya ya, anda memang memerlukan autoresponder. Persoalannya autoresponder manakah yang jadi pilihan. Jika kos yang menjadi ukuran maknanya Autoresponder Emelmatik adalah yang sesuai.

Review Dan Pendapat Tentang Autoresponder Emelmatik


review penggunaan autoresponder emelmatik percuma

Sebenarnya terdapat beberapa sistem autoresponder antaranya Aweber, Getresponse dan Trafficwave. Malah kalau anda membuat carian di Google anda akan temui lebih banyak sistem autoresponder. Saya juga telah sentuh secara tak langsung tentang Emelmatik melalui artikel Cara Kumpul List Tanpa Domain dan Hosting.

Kebiasaan autoresponder yang saya jumpa, memerlukan kos bulanan sama ada kos tetap seperti Trafficwave atau kos yang bertambah setiap kali pertambahan senarai email contohnya Aweber.

Memandangkan kos yang jadi ukuran adalah lebih baik anda pilih Autoresponder Emelmatik. Autoresponder ini adalah dari Malaysia dan diasaskan oleh Tuan Boon Lee.

Apa yang menarik perhatian saya ialah anda boleh cuba sistem autoresponder ini selama 1 tahun. Dari segi yuran pula adalah lifetime maksudnya bayaran sekali seumur hidup dan tidak akan bertambah.

Maka terjawab lah sudah mengapa Autoresponder Emelmatik lebih jimat dan menguntungkan.

Pada awal pelancaran Emelmatik, yuran lifetime adalah RM 120. Kemudiannya dinaikkan ke harga RM150 dan semasa artikel ini ditulis yurannya adalah RM175.

Anda boleh pandu uji autoresponder ini selama satu tahun atau 365 hari. Jika anda berpuas hati barulah upgrade ke pakej premium.

Cara Mendaftar Autoresponder Emelmatik

Memandangkan Tuan Boon Lee memberi peluang anda cuba selama satu tahun secara percuma, adalah lebih baik  jika anda rebut peluang ini.

Saya suggest autoresponder ini berdasarkan pengalaman saya sendiri selepas mengenali emelmatik pada penghujung tahun 2013.

Malah dalam Teknik Dominasi Facebook Group yang saya pernah baca sebelum ini juga turut menyentuh tentang Autoresponder Emelmatik.

Sehingga kini saya masih setia menggunakan Emelmatik. Baiklah jika anda sudah sedia untuk pandu uji sistem autoresponder Emelmatik anda bolehlah mendaftar sekarang. Klik Untuk Mendaftar.

Oh ya jika anda ingin mengumpul database atau senarai pelanggan melalui facebook ads dengan gaya yang pro melalui orang yang berpengalaman, anda boleh rujuk Panduan Kumpul List Gaya Pro.


Sekian perkongsian dari saya. Jumpa lagi.



Ikhlas

Azzahairi Sulaiman

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
June 08, 2014 7:26 PM delete

Assalamualaikum Azzahairi,

Saya sudah menggunakan emelmatik agak lama. Memang saya galakkan newbie menggunakan Emelmatik. Percuma 365 hari, mana nak cari autoresponder macam ni.....

Lagipun email marketing adalah cara "old school" yang sangat berkesan untuk menjalankan marketing.

Tahniah atas post, dapat juga saya belajar.

Reply
avatar
June 12, 2014 4:38 AM delete

Waalaikumusalam Tuan Shamsul,

Terima kasih sudi singgah dan memberikan pandangan,

Ya, email marketing memang antara cara yang berkesan. Emelmatik memang sesuai untuk Newbie.

Autoresponder memang sangat diperlukan :-)

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia