Tips Pemasaran SEO Mudah Untuk Orang Baru

Saya teringat pula kisah saya di tahun 2012. Masa tu saya memang tak pandai nak bina blog sendiri apatah lagi teknik SEO. Saya ingatkan bila bina blog dan tulis artikel automatik blog saya berada di first page search engine. Rupa-rupanya jangkaan saya meleset sama sama sekali. Jadi Kali ini saya akan kongsikan Tips Pemasaran SEO Untuk Orang Baru.

Tips Pemasaran SEO Untuk Orang Baru


Tips Pemasaran SEO Mudah Untuk Orang Baru

SEO adalah teknik untuk menempatkan blog yang dibina di page pertama search engine seperti Google. Teknik ini amat penting bagi blogger atau usahawan internet untuk tarik pelawat datang ke laman web atau blog mereka.

Tak ada pelawat maknanya sepilah sesebuah laman web atau blog. Jika anda boleh kuasai teknik ini, tak mustahil anda akan menjadi Usahawan Blog

Malah teknik SEO pernah diajar dalam Ebook Kitab Teknik SEO Merah Jambu. Boleh rujuk artikel saya yang lepas. Klik Disini.

SEO adalah singkatan bagi Search Engine Optimization yang bermaksud menempatkan blog atau web di halaman utama enjin carian berdasarkan carian sesuatu keyword.

SEO itu memenatkan kerana memakan masa sebab itulah ada yang mengambil perkhidmatan SEO. SEO sangat penting bagi anda yang menjadikan internet sebagai cara buat duit online.

Jika anda mahu jadikan blog anda sama ada blogspot mahupun wordpress untuk menjana pendapatan, teknik SEO perlu dipelajari dan digunakan.

Jadi pastikan dalam artikel yang anda post mengandungi keyword yang anda target. Contohnya jika anda target keyword cara buat duit online, pastikan keyword ini ada dalam tajuk post anda, di perenggan pertama dan dalam isi kandungan post anda.

Jika anda menggunakan Blogspot, sebelum anda publish entri pastikan keyword yang anda target ada dalam permalink, description dan label. 3 elemen ini anda boleh setting sebelum anda publish sesebuah entri.

Biasanya pelawat atau traffic yang masuk ke laman web disebabkan oleh keyword yang mereka cari. Jika mereka taip 'cara buat duit online' di Google kemudian Google menyenaraikan laman web anda di halaman pertama.

Besar kemungkinan pelawat tadi akan klik laman web anda. Itulah pentingnya teknik SEO bagi anda yang gunakan blog untuk jana pendapatan.

Contoh Pemasaran SEO Mudah

Jika saya ingin mencari maklumat tentang cara kumpul list tanpa domain dan hosting''. Saya akan taip 'cara kumpul list tanpa domain dan hosting'.

Jadi Google akan menyenaraikan 10 laman web di halaman pertama.

tips pemasaran seo mudah oleh azzahairi sulaiman

Gambar di atas adalah teknik bagaimana saya menempatkan artikel blog saya di halaman pertama Google.

Sebenarnya jika anda ingin menjana pendapatan atau buat duit dengan blog, teknik SEO adalah sangat penting seperti yang diajar dalam Kitab Teknik SEO Merah Jambu.

Jadi anda sudah jelas sekarang mengapa teknik seo penting dalam pemasaran. Saya harap anda boleh hadam apa yang saya sampaikan.

Sekian sahaja perkongsian saya. Jika anda rasa tips pemasaran SEO ini bermanfaat silalah kongsikan dengan rakan-rakan anda.

Adakah anda juga menggunakan Instagram untuk mempromosikan produk anda? Ketahui Bagaimana Mendapatkan 10,000 Real Follower Dan Letupkan Jualan Anda Menerusi Instagram Dalam Hanya 5 Minggu!

Saya mohon anda berikan masa 5 minit untuk baca website ini sehingga habis untuk tahu rahsia letupkan jualan anda pada tahun ini. Baca disini.

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
June 08, 2014 7:15 PM delete

Assalamualaikum Azzahairi,

Tahniah atas post yang hebat. Cuma keyword ni ada yang tinggi persaingan dan rendah persaingannya. Jika kita memilih keyword yang tinggi persaingannya maka kita bersaing dengan otai2 yang lebih berpengalaman.

Jadi pada pendapat saya, carilah keyword yang tinggi permintaan dan rendah persaingan. Itu lebih mujarab. Harap tuan dapat menghasilkan post yang hebat lagi pada masa akan datang.

Reply
avatar
June 12, 2014 6:03 AM delete

Waalaikumussalam,

Terima kasih Tuan Shamshul, Betul tu jika kita memilih keyword yang tinggi persaingannya kita perlu bersaing dengan otai2 berpengalaman.

Jadi cara yang terbaik pilih keyword yang tinggi permintaan dan kurang persaingan.

InshaAllah, terima kasih atas pandangan dan kunjungan :-)

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia