Bisnes Tudung Projek Bisnes Sempena Raya

Memandangkan Hari Raya Aidilfitri semakin hampir seperti biasa projek bisnes raya juga akan berlangsung. Maksud saya projek bisnes sempena hari raya nanti misalnya Bisnes Tudung. Jika anda merancang untuk menjalankan Bisnes Tudung sebagai lubuk bisnes, adalah lebih baik jika anda pertimbangkan beberapa perkara.

Bisnes Tudung Lubuk Bisnes Sempena Raya


lubuk bisnes tudung sempena raya


Seperti sedia maklum niche pakaian seperti tudung sentiasa mendapat permintaan tinggi terutamanya menjelang musim perayaan.

Ramai orang sudah memulakan langkah mereka dalam bisnes tudung kerana permintaan sangat luar biasa. Memang tidak dinafikan bisnes tudung antara lubuk bisnes yang mendapat permintaan tinggi.

Semasa di Universiti dulu saya pernah berniaga tudung. Sasaran saya adalah pelajar universiti. Sejak itulah saya mula nampak potensi Lubuk Bisnes Tudung dan merupakan produk yang mempunyai permintaan tinggi.

Dari segi pasaran tidaklah membimbangkan kerana sasaran anda adalah wanita dan wanita mempunyai kuasa beli yang tinggi khususnya menjelang musim perayaan.

Persoalannya sekarang ada beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum terjun ke lubuk bisnes tudung
.

Tips dan Panduan Untuk Mulakan Bisnes Tudung

1. Rahsia mengenal pasti tudung Hot dan Trendy.

Ini adalah tips terawal anda perlu tahu. Kenal pasti jenis tudung yang hot dan trendy. Anda perlu kenal pasti beberapa sebab mengapa tudung dianggap sebagai goreng pisang panas seperti yang diterangkan oleh Cik Zana dalam Ebook Lubuk Bisnes Tudung.

2. Cara dapatkan tudung pada harga rendah.

Sebagi peniaga yang bijak sudah pasti anda ingin meminimakan kos kerugian. Jadi anda perlu bijak untuk tawar-menawar dan cara mengelakkan pelanggan membeli dari orang tengah.

3. Formula untuk menjual tudung.

Anda perlu tahu bagaimana untuk menjual tudung secara online dan offline. Pelajari cara menjual tanpa memerlukan anda sewa kedai seperti yang ditunjukkan oleh Cik Zana.

4. Cara menjual sebagaimana tauke tudung menjual.

Anda perasan tak tauke tudung bijak untuk membuatkan pelanggan membeli dengan banyak. Malah teknik yang mereka gunakan kelihatan mesra pelanggan dan menguntungkan.

Jadi anda perlu tiru gaya mereka menjual. Malah anda boleh belajar lebih lanjut melalui Seni Jualan.

5. Cara promosi untuk laku keras.

Antara cara yang boleh digunakan untuk promosikan tudung adalah melalui kaedah visualisasi iaitu gambar yang menarik dan membuatkan pelanggan menjadi geram untuk membeli. Biasanya teknik ini digunakan oleh otai dalam Bisnes Tudung.


5 kriteria diatas merupakan tips dan panduan sebelum anda memulakan bisnes tudung.

Saya tidak nafikan tudung mendapat permintaan yang tinggi seperti yang diterangkan oleh Cik Zana dalam Ebook beliau iaitu Lubuk Bisnes Tudung.

Ebook beliau telah mendapat sambutan dan feedback yang baik daripada pembaca. Anda boleh lihat sendiri testimoni-testimoni pembaca ebook Lubuk Bisnes Tudung.

Malah 5 tips dan panduan saya sebutkan diatas turut disentuh dengan lebih lanjut dan jelas dalam Ebook ini.

Jika anda ingin dapatkan Ebook Lubuk Bisnes Tudung Oleh Cik Zana. Sila ke laman web Lubuk Bisnes Tudung.









Sekian sahaja perkongsian dari saya,


Ikhlas,

Azzahairi Sulaiman.





 

 

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
August 30, 2016 9:46 AM delete

Tudung memang laku keras bila tiba musim raya.

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia