Kelebihan Sedekah Rahsia Matematik Allah

Saya bersyukur ke hadrat Allah swt kerana membuka mata hati saya untuk melihat sendiri kebesarannya. Tiada sebab yang kukuh untuk saya terus menulis melainkan untuk perkongsian formula menarik rezeki melimpah ruah bersama rakan blogger dan pembaca setia. Alhamdulillah rupa-rupanya disebalik sedekah tersembunyi formula matematik Allah swt. Maha suci Allah sungguh unik formula ini. Sesungguhnya, janji Allah itu benar.

Kelebihan Sedekah Rahsia Matematik Allah


kisah kucing dan pemilik rezeki

Sebelum ini saya telah menulis tentang Konsep Rezeki. Sudah banyak kisah yang saya dengar tentang kelebihan bersedekah misalnya kisah sedekah si penarik beca. Kisah ini telah berlaku di daerah Klaten, Jawa Tengah, Indonesia.

Seperti biasa, sedekah beliau ialah memberi perkhidmatan menaiki beca percuma setiap kali hari jumaat. Maksudnya beliau tidak mengenakan tambang pada hari tersebut.

Sehinggalah suatu hari seorang wanita kaya menaiki beca beliau untuk ke satu tempat. Setibanya di destinasi, wanita tersebut bertanyakan tambang dan dengan tersenyum si penarik beca tadi menjawab saya tidak mengenakan bayaran pada hari ini.


Wanita tadi masih ragu-ragu dan mengulangi pertanyaan namun begitulah jawapan yang di berikan oleh si penarik beca tadi. Keikhlasan penarik beca tadi telah membuka hati wanita tadi.

Beliau tertarik dengan penarik baca tadi. Dengan penuh keinsafan wanita tadi berkata "Walaupun bapak hidup dalam serba kekurangan tetapi bapak sentiasa bersedekah. Sedangkan saya hidup dengan penuh kemewahan tidak pernah bersedekah.

Dengan hati yang terbuka wanita tadi mengajak penarik beca itu dan keluarga untuk menunaikan haji. Lihat begitu ajaibnya bersedekah. Beribu-ribu rahsia di sebalik sedekah.

ps : perkongsian daripada Ustaz Fathuri Salehuddin penulis Buku Mudahnya Menjemput Rezeki.

Formula Matematik Allah Di Sebalik Sedekah.

Subhanallah sungguh ajaib kisah di atas. Besarnya kekuasaaan Allah swt kerana amalan bersedekah. Jadi bagaimana pula dengan Formula Matematik Allah di sebalik sedekah yang dimaksudkan.

Begini.....

Dari kiraan ilmu matematik manusia 1 - 1 = 0. Ini formula ciptaan manusia.

Tetapi formula matematik Allah swt 1 - 1 = 10.
Apa yang mahu di tolak (-) itu adalah sedekah. Maksudnya diberi 1 diganti dengan 10.
Setiap seringgit yang tuan sedekahkan pasti akan digandakan sepuluh kali ganda. Insya Allah
Mari kita amati janji Allah swt :
Sesiapa berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali ganda amalannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi). (Al-An'am 6: 160)

Jadi Apa Yang Perlu Dibuat ?

Nanti dulu, sebelum menggunakan formula ini sila patuhi syarat ini iaitu :
  • Yakin
  • Berdoa
  • Beribadat dan
  • Bertindak

Itulah hakikat sedekah. Ianya Ajaib dan syaratnya mesti Yakin. Sesungguhnya Allah swt Maha Kaya dan Maha Luas Pemberiannya.

Jadi apabila kita merasa sempit rezeki, segera perluaskan dengan banyak memberi, terus memberi dan memberi. Kerana Allah swt pasti membalasnya.

Sedekah juga merupakan Pelaburan Ghaib. Pulangannya berlipat kali ganda. Datangnya dari arah yang tidak disangka-sangka. Sesungguhnya Allah swt maha mengetahui segala Rahsia Rezeki. Sesungguhnya banyak kelebihan sedekah dan bukan kah sedekah juga dapat menjauhkan kita dari bala.

MasyaAllah sungguh besar dan hebat kuasa dan kelebihan sedekah yang dijanjikan oleh Allah swt. Malah dalam Ebook Rahsia Sedekah turut menyentuh tentang kelebihan sedekah. Mudah-mudahan Pendedahan Rahsia Sedekah dapat membuka kunci kepada kita tentang rahsia-rahsia sedekah.

Sekian sahaja perkongsian dari saya, mudah-mudahan kita semua sentiasa dimurahkan dan dilimpahi rezeki yang berkat.Nak tahu 111 Formula Menarik Rezeki yang melimpah luah --> Baca Formula Rezeki


ps : Rezeki akak ni melimpah ruah selepas amalkan formula ini. Buat sale RM10,000 dari bisnes part time sambil jaga anak je. Nak tahu formula apa yang akak ni guna ? Muat turun sekarang --> Formula luar biasa


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

6 comments

comments
May 22, 2014 8:17 PM delete

Betul tu. Saya pernah baru terniat je nak bersedekah RM50 untuk rakan yang ditimpa musibah tapi bos lupanak collect. Tup2 esok Allah beri rezki berlipat ganda, produk bisnes saya sold out dan untung RM200 lebih. Inilah kuasa sedekah... Subhanallah...

Reply
avatar
May 23, 2014 5:41 AM delete

Begitulah ajaibnya rezeki. Niat yang baik sahaja sudah digandakan dengan kebaikan. Alhamdulillah Ieta atas rezeki yang diberikan. Semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki. InsyaAllah.

Reply
avatar
February 20, 2015 4:14 AM delete

Info yang bagus. Dengan bersedekah membuatkan hati kita jadi tenang. Rahsia Allah.

Reply
avatar
February 25, 2015 10:17 PM delete

InshaAllah mudah-mudahan..semoga kita terus ringan tangan dan hati untuk bersedekah :-)

Reply
avatar
March 10, 2015 2:20 AM delete

Saya mengamalkan sedekah setiap hari tak kiralah kecil atau besar. Kadang-kadang saya guna wang atau pun sedekah makanan kepada binatang Saya dapat rasakan kelainannya selepas mengamalkan sedekah.

Reply
avatar
March 10, 2015 10:36 PM delete

Terima kasih tuan atas perkongsian, sedekah adalah salah satu cara untuk menjemput rezeki. InshaAllah tuan sentiasa beroleh ketenangan dengan amalan ni :-)

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia