Tambah Pendapatan Online Melalui Edy Click

Kalau anda rujuk artikel saya yang lepas, saya telah kongsikan peluang untuk anda Tambah Pendapatan Dengan EdyBiz. Program Affiliate Edy Click hampir sama dengan program-program affiliate yang pernah saya kongsikan sebelum ini cuma ada beberapa keistimewaan yang saya akan ceritakan lebih lanjut dalam artikel ini.

Tambah Pendapatan Melalui Affiliate Edy Click


pendapatan online dengan edy click

Seperti Program Affiliate yang lain, Edy Click juga menawarkan pelbagai jenis produk sama ada fizikal mahupun digital untuk dipromosikan oleh agen affiliate.

Keistimewaan Edy Click

1. Komisen Affiliate 1 dan 2 tier.

Inilah salah satu keistimewaan Edy Click. Kalau anda lihat ada sesetengah produk memberikan komisen 1 tier malah ada yang 2 tier.

Jadi anda berpeluang mengembangkan downline anda. Bermakna jika downline anda berjaya melakukan jualan anda juga akan mendapat komisen.


2. Menyediakan Komisen PPC

Selain menyediakan komisen setiap kali jualan iaitu Pay Per Sales (PPS), Edy Click juga menyediakan komisen PPC. Boleh rujuk artikel saya yang lepas 3 Cara Program Affiliate Dijalankan.

PPC adalah singkatan bagi Pay Per Click. Maksudnya anda dibayar setiap kali pelawat klik pada link yang anda promosikan.

Ketika artikel ini ditulis setiap 1 klik bersamaan RM0.03 sen. Bermakna lagi banyak klik lagi banyak jumlah komisen PPC anda. Kalau lepas ni pihak Edy Click naikkan komisen PPC ? Alhamdulillah . . . .

Jadi jika anda tidak berjaya melakukan jualan sekalipun, anda tetap mendapat komisen PPC apabila pelawat klik pada link affiliate anda.

Jangan pula anda main klik-klik palsu pula ye contohnya auto klik, klik-klik sendiri dan juga tukar-tukar klik antara agen-agen yang lain.

Jadi gunakan cara yang betul dan diberkati. Hasil yang sedikit dan diberkati lebih baik dari hasil yang banyak dan tidak diberkati. Pilihan di tangan anda.

Panduan Pendaftaran Edy Click

Pihak Edy Click memberi 2 cara untuk mendaftar.

Layari laman rasmi Edy Click .

Pertama anda boleh mendaftar hanyak klik 'Connect With Facebook' atau kaedah

Kedua anda boleh mengisi borang pendaftaran secara manual.


Selepas proses pendaftaran selesai, anda sudah boleh melakukan promosi. Sila ke ruangan "Affilate Program" untuk melihat senarai produk dan senarai program affiliate yang disediakan.


Sekian sahaja perkongsian dari saya, jemput Download Panduan Bisnes Affiliate Ini :



First name

E-mail address



 
 
Ikhlas
Azzahairi Sulaiman

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
May 17, 2014 10:20 AM delete

menarik.. belum register lagi..

Reply
avatar
May 24, 2014 1:09 AM delete

terima kasih atas kunjungan. ada masa nanti blh la register :-)

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia