Cara Buat Duit Dengan Blog

Cara Buat Duit Dengan Blog - Masa saya mula-mula blogging pada tahun 2012, ada sesuatu yang membuatkan saya tertanya-tanya boleh atau tidak saya tambah pendapatan melalui blog. Ramai blogger di luar sana sudah berjaya buat duit melalui blog. Persoalan di fikiran saya masa tu bagaimana mereka lakukan? Teknik apakah yang mereka gunakan ? Apakah produk yang mereka jual? Akhirnya saya menemui jawapannya dan jawapan itulah yang saya akan kongsikan kepada anda.

Cara Buat Duit Dengan Blog

cara buat duit dengan blog untuk jana pendapatan online

Jika anda follow teknik yang saya tunjukkan Isyaallah anda berpeluang jana pendapatan walaupun dari rumah.

Melalui Program Pengiklanan

Sebenarnya ada beberapa kaedah untuk buat duit dengan blog. Ini antara yang terawal pernah saya lakukan ketika mula berblogging dulu. Melalui program pengiklanan ini anda akan menjadi 'publisher' maksudnya anda menjadi pengiklan kepada mereka.

Antara yang digemari oleh blogger ialah Nuffnang dan juga Komli. Pendaftaran hanyalah percuma semudah ABC. Apa yang perlu anda lakukan ialah merletakkan banner-baner yang diberi di blog anda.

Letakkan banner mengikut syarat yang ditetapkan oleh syarikat. Anda akan menjana pendapatan apabila pelawat blog anda klik pada banner-banner iklan tersebut.

Melalui Program Affiliate.

Program Affiliates antara cara termudah untuk jana pendapatan walaupun tanpa produk sendiri. Anda cuma perlu mendaftar dan pilih produk untuk dipromosikan. Gunakan blog yang anda bina untuk menulis review ataupun perkongsian dan pandangan anda berkaitan produk yang anda pilih.

Bayaran komisen diberikan berdasarkan pay per sales. Maksudnya bayaran komisen setiap kali anda berjaya hasilkan jualan. Seperti contoh yang pernah saya dapat..

komisen affiliate dominasi facebook group


Antara program yang boleh anda sertai ialah :

1. Ashadee.

2. Klikjer.

3. Aztetic

Pilih mana-mana produk dan gunakan link affiliate yang diberi untuk anda letakkan dalam artikel blog anda serta gunakan banner-banner yang telah disediakan. Seeloknya anda jangan tamak dan fokus terhadap satu produk. Jika anda ingin belajar affiliate lebih lanjut, belajar melalui Formula Pendapatan Affiliate.

Sewa Ruang Iklan

Cara ini antara cara untuk anda menjana pendapatan dengan blog. Anda buka tawaran untuk mana-mana peniaga untuk sewa ruang pengiklanan di blog anda .

Tapi perkara yang perlu anda pertimbangkan ialah dari segi trafik blog anda. Maksud anda perlu pastikan trafik blog anda ramai dan mantap supaya pengiklan rasa berbaloi untuk menyewa ruang iklan di blog anda.

Misalnya sebuah blog mendapat trafik antara 4000 hingga 8000 pengunjung unik sehari dan bayaran untuk sewa iklan adalah antara RM150 hingga RM300 itu sudah dikira berbaloi.

Jadi pentingnya untuk anda pelbagaikan teknik tarik tarafik antaranya Teknik SEO.

Artikel Review

Anda juga boleh menawarkan perkhidmatan review artikel. Contohnya anda membuat ulasan berkenaan sesuatu produk atau sesebuah syarikat di blog anda sendiri. Review dengan seikhlas hati termasuklah kelebihan dan kekurangan jangan sekadar tulis je.

Bina dan Jual Blog

Bila blog anda sudah terkenal dan sudah kukuh termasuklah bilangan trafik yang konsisten, anda boleh jual blog anda. Contohnya macam ni, andai kata anda mempunyai sebidang tanah kemudian anda majukan tanah tersebut.

Akhirnya tanah tersebut subur dengan tanaman dan memberi pulangan kepada anda. Begitu juga dengan blog. Anda bina blog anda dan apabila blog anda mula terkenal, anda jual sahaja blog tersebut untuk membina pendapatan segera.

Jika blog yang anda bina menjana pendapatan RM 100 untuk satu bulan, anda boleh jual sehingga RM 600 untuk blog tersebut.

Sekian sahaja perkongsian dari saya. Saya harapkan anda manfaatkan teknik yang saya ajarkan dan pratikkkan satu persatu. Insyaallah ada rezeki untuk kita semua. Mudah-mudahan anda berjaya buat duit dengan blog.


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
May 07, 2014 4:59 PM delete

Jual beli blog tu pulak tak pernah cuba lagi, rugi betul sebab dah banyak blog habis macam tu je. Nyesal tak jual

Reply
avatar
May 08, 2014 2:43 AM delete

Tak mengapa tuan, kadang-kadang sayang juga nak jual blog ni terutamanya bila dah mantain trafik.

Reply
avatar
May 12, 2014 6:42 AM delete

ada usaha adalah hasilnya. yang penting jangan putus asa kan..mcm2 cara boleh buat duit sekarang ni.

Reply
avatar
May 13, 2014 12:42 PM delete

Betul tu syu, nak atau tidak je. Yang penting jangan putus asa. Semoga kita semua berjaya :-)

Reply
avatar
September 08, 2014 9:22 AM delete

Betul kalau mau jual blog apalagi traffic udah tinggi sayang sekali... rugi kita

seo dasar | tutorial blogger | tips dan trick online

Reply
avatar
September 08, 2014 9:24 AM delete

Maaf saya tidak tahu jika tidak di izinkan menggunakan link aktif.... sekali lagi saya mohon maaf
Terimakasih.

Reply
avatar
September 18, 2016 12:45 AM delete

Haah.. Jual Blog baru ni dongar. hehe

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia