Jom Daftar Program Affiliate Edy Biz

Sehingga sekarang saya masih memberi fokus terhadap beberapa Program Affiliate tempatan yang boleh memberikan pendapatan online tanpa modal. Antara yang menjadi pilihan saya untuk tambah pendapatan online adalah Program Affiliate EdyBiz. Jujur saya katakan kebanyakan program affiliate yang saya sertai tidak memerlukan bayaran.

Program Affiliate Edy Biz

daftar program affiliate edy biz

Seperti biasa apabila anda telah mendaftar mana-mana program affiliate tugas anda adalah mempromosikan link affiliate anda. Itulah tugas seorang affiliate.
Bagi kerja-kerja pemasaran, saya banyak menggunakan Facebook Group dan Blog. Tapi yang paling saya suka adalah melalui Blog kerana saya lebih suka kaedah yang Long Term seperti Usahawan Blog.

Inilah kaedah marketing yang terbaik bagi saya. Tetapi saya perlu berjuang untuk menempatkan blog saya di kedudukan pertama enjin carian melalui Teknik SEO.

Berbalik kepada Program Affiliate EdyBiz singkatan bagi Easy Do Your Business. Pertama kali saya dengar tentang EdyBiz adalah pada pertengahan March 2014. Jadi macam biasa saya akan gunakan khidmat Google untuk mendapatkan maklumat berkenaan EdyBiz.

Rupa-rupanya program affiliate EdyBiz adalah milik anak tempatan. Selain EdyBiz saya juga menyertai program affiliate :

  • Ashadee,
  • Wang dot com,
  • Klikjer.

EdyBiz menawarkan komisen 1 level, 2 level dan lebih dari itu. Maksudnya jika saya berjaya melakukan jualan saya akan mendapat komisen dan jika agen yang saya perkenalkan melakukan jualan saya juga akan mendapat komisen.

AWAS ia bukan seperti program MLM yang berbentuk piramid. Sila buang jauh-jauh andaian sedemikian.

Buat masa ini EdyBiz menawarkan produk fizikal dan juga digital. Terpulang kepada anda untuk mempromosikan produk fizikal ataupun digital.

Cara Pendaftaran EdyBiz

Sebenarnya ada dua kaedah untuk mendaftar. Mana-mana pun boleh.

Untuk mendaftar layari laman web rasmi Edy Biz.


Kaedah 1

Isikan borang yang disediakan selengkapnya. Tak sampai 5 minit pun.


Kaedah 2

Anda juga  boleh mendaftar melalui Facebook. Cuma klik connect with facebook itu sahaja.


Tugas anda sebagai affiliate adalah mempromosikan link affiliate yang diberikan. Anda boleh pilih apa saja produk dan ambil link affiliate yang diberikan untuk dipromosikan.

Sekiranya anda berjaya hasilkan jualan, anda boleh melihat maklumat pembeli yang membeli melalui link affiliate anda. Komisen dibayar melalui konsep PPS iaitu Pay Per Sale.


Sekian sahaja dari saya. Semoga membantu anda.


Ikhlas,

Azzahairi Sulaiman

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

5 comments

comments
May 14, 2014 10:49 AM delete

Saya dah join jugak. Sama la... promote pakai teknik SEO sesekali blast juga dekat mailing list :-) itupun kalau ada produk yang memang bagus dan sesuai

Cuma yang kurang best dia tak bayar cash kalau komisen sikit :-)

Reply
avatar
May 15, 2014 9:35 PM delete

Betul tu Tuan,itu pentingnya ada pelbagai kaedah pemasaran... cuma tu la yang kurang best dorang tak bayar cash kalau komisen sikit.

terima kasih sudi baca post ini :-)

Reply
avatar
March 05, 2015 2:35 PM delete This comment has been removed by the author.
avatar
March 05, 2015 2:36 PM delete

Oh ok. Nampak gaya, untuk berjaya dalam affiliate, kena ada strategi pemasaran yang betul kan awak. And too, daftar affiliate yg pelbagai

Reply
avatar
March 07, 2015 10:32 PM delete

Yer..kena pelbagaikan teknik yang kita gunakan dan belajar dengan orang yang betul :-)

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia