Masalah Bila Beriklan Di Facebook Group

Kebiasaan teknik yang saya jumpa bila beriklan di facebook group adalah post iklan di group-group pengiklanan. Kerja ini pasti memenatkan bila anda perlu post iklan setiap masa contohnya anda mahu post iklan ke 200 group iklan. Berapa banyak masa dan tenaga anda telah habiskan walhal belum tentu iklan anda mendapat sambutan.

Masalah Bila Beriklan Di Facebook Group

stress bila tiada pelanggan

Seperkara yang saya nak ingatkan, anda sedar tak segala aktiviti anda di facebook sentiasa dilihat oleh rakan-rakan anda. Misalnya anda post iklan di facebook dan secara automatik iklan anda akan keluar di newsfeed saya. Itupan kalau saya friend dengan anda.

Itu tiada masalah tetapi bagaimana jika yang melihat iklan anda adalah pesaing anda. Secara tak langsung mereka akan tahu produk apa yang anda jual, iklan anda ditiru, mereka menumpang di iklan anda.

Paling menyakitkan bila mereka curi pelanggan anda. Misalnya apabila ada prospek yang minta 'pm'. Silap hari bulan pesaing anda dengan senang hati boleh 'pm' pelanggan anda tadi dengan pelbagai tawaran yang boleh menggelapkan mata mereka. Perkara ini mungkin menyebabkan anda fobia dengan pemasaran di facebook.

Akhirnya anda juga yang rugi. Ingat !! Pemasaran di facebook adalah pemasaran tanpa privasi. Jadi anda perlu cari alternatif yang selamat. Maksud saya anda perlu cari satu platform yang boleh jadikan anda sebagai king setiap masa.

Selesaikan Masalah Ini Dengan Dominasi Facebook Group

Apa yang anda perlu buat untuk menjadi jurujual yang profesional ialah pilih lokasi yang dominan untuk anda. Jadi anda tak perlu takut untuk kehilangan pelanggan dan jauh dari mata pesaing anda. Pendek kata kuasa veto di tangan anda.

Teknik ini akan bantu anda beriklan di group yang mempunyai sasaran yang tepat. Anda beriklan kepada mereka yang benar-benar berpotensi dan memiliki minat yang sama dengan apa yang anda bakal tawarkan.

Bagaimana memujuk prospek untuk sertai group yang anda buat. Dalam strategi Dominasi Facebook Group, kita akan tubuhkan group kita sendiri. Kita perlu bijak untuk memujuk prospek supaya sertai group yang anda tubuhkan. Jangan tunjukkan yang anda semata-mata ingin menjual. Buatkan mereka merasakan selepas mereka menyertai group anda, mereka akan dapat manfaat atau nilai tambah.

Bagaimana nak dapatkan mereka yang mungkin berminat dengan group yang bakal anda tubuhkan? Senang sahaja. Buat tawaran di group yang sedia ada dan perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah buatkan prospek anda faham dengan jelas kelebihan menyertai group anda.

Cara nak tarik mereka adalah sesuaikan dengan tawaran-tawaran yang relevan dengan produk anda. Jika anda ingin tubuhkan group kecantikkan, tawarkan kelebihan selepas join group yang anda tubuhkan.

Contohnya :

1.Dengan menyertai group yang anda tubuhkan, prospek akan mendapat informasi-informasi terbaru dengan cepat.

2.Prospek akan dapat keistimewaan dari segi penjimatan, diskaun dan harga ahli

3.Prospek akan dapat free gift.

4.Prospek akan dapat join aktiviti yang eksklusif untuk ahli.

5.Prospek akan dapat tawaran, promosi istimewa untuk produk-produk tertentu dan untuk masa-masa tertentu.

6.Prospek akan dapat mengetahui insider secret (sesuai untuk group pelaburan). Sebenarnya ada banyak lagi.


Semuanya bergantung pada jenis perniagaan yang anda jalankan, pasti ada sesuatu yang ‘istimewa’ yang dapat anda tawarkan kepada prospek anda untuk sertai group FB anda.


Jadi itu sahaja perkongsian dari saya. Segalanya telah dikupas dengan lebih lanjut dalam Teknik Dominasi Facebook Group.


Saya harap dengan perkongsian ini masalah anda ketika beriklan di facebook group selesai. Jika anda suka artikel ini sila tekan butang like dan tinggalkan komen anda.
Adakah anda juga menggunakan Instagram untuk mempromosikan produk anda? Ketahui Bagaimana Mendapatkan 10,000 Real Follower Dan Letupkan Jualan Anda Menerusi Instagram Dalam Hanya 5 Minggu!

Saya mohon anda berikan masa 5 minit untuk baca website ini sehingga habis untuk tahu rahsia letupkan jualan anda pada tahun ini. Baca disini.

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia