3 Teknik Pemasaran | Content Marketing + Copywriting + SEO

Kadang-kala saya merasakan semakin banyak yang saya baca dan pelajari sesuatu ilmu, semakin membuatkan saya rasa kurangnya ilmu yang saya ada. Sebab itulah proses pembelajaran tidak pernah ada titik noktahnya. Dalam dunia pemasaran banyak benda yang perlu dipelajari disebabkan peredaran masa sangat cepat berlaku.

Adakalanya sesebuah teknik hanya berkesan pada masa sekarang dan belum tentu berkesan lagi di masa hadapan tahun. Jadi pelbagai teknik yang perlu kita pelajari dan cuba. Dalam dunia pemasaran terdapat 3 teknik yang perlu dipelajari iaitu Content Marketing, Copywriting dan SEO. Ketiga- tiga teknik ini jika dipraktikkan sehingga mahir ia dapat mengurangkan kos pengiklanan walaupun kadang-kadang anda terpaksa mengambil masa.

Content Marketing + Copywriting + SEO

Content Marketing + Copywriting + SEO


..Content Marketing - Pemasaran Artikel

Kebiasaannya ciri-ciri produk atau servis diperkenalkan. Pada masa yang sama peniaga cuba menonjolkan faedah atau manfaat disebalik produk.

..Copywriting - Teknik Penulisan Berpengaruh

Dalam teknik ini peniaga cuba melakukan pengiklanan dengan menggunakan kata-kata yang pembeli suka. Teknik ini dapat memujuk dan meyakinkan prospek untuk membeli dengan rela hati.

..SEO - Optimunkan Artikel di Enjin Carian

Teknik ini adalah teknik untuk menempatkan artikel atau blog anda berada di halaman pertama enjin carian
seperti Google dengan kata kunci yang telah ditarget. Jika anda ingin belajar SEO boleh Klik Disini 


Jadi itu secara ringkas tentang ketiga-tiga teknik diatas. Mulakan Teknik Content Marketing, Copywriting dan SEO Sekarang


Sebelum anda menjual anda WAJIB faham dan hafal 3 sifir ini iaitu :

... Pemilihan Produk : Apakah produk yang anda jual

... Pemilihan Kata Kunci : Apakah kata kunci yang ingin digunakan

... Target Market : Kepada siapa anda ingin menjual (siapa bakal pelanggan anda)


Mengenali bakal pelanggan adalah sangat penting untuk mengelakkan anda membazir masa melakukan promosi kepada mereka yang tidak berminat. Setelah anda mengenali pelanggan anda barulah anda fikirkan apakah produk yang anda jual sesuai dengan mereka dan paling PENTING dapat menyelesaikan masalah mereka.

Pelanggan sebenarnya membeli kerana produk tersebut dapat menyelesaikan masalah mereka. Jadi pelanggan amat berpuas hati jika anda masalah mereka selesai.

Pastikan kriteria di bawah sentiasa ada sebelum anda post iklan tersebut. Kriteria ini boleh di katakan format ayat iklan anda.

  • PERSOALAN

  • MASALAH

  • PENYELESAIAN

  • TAWARAN

  • HILANGKAN KERAGUAN

Credit To : Projek Skill Zon

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Jangan takut untuk bermula kerana saya juga bermula dari bawah.
Adakah anda juga menggunakan Instagram untuk mempromosikan produk anda? Ketahui Bagaimana Mendapatkan 10,000 Real Follower Dan Letupkan Jualan Anda Menerusi Instagram Dalam Hanya 5 Minggu!

Saya mohon anda berikan masa 5 minit untuk baca website ini sehingga habis untuk tahu rahsia letupkan jualan anda pada tahun ini. Baca disini.

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia