Jangan Join Kelab Jutawan Sebelum Baca Artikel Ini

Sebenarnya saya sudah lama berhasrat untuk menulis artikel ini " Jangan Join Kelab Jutawan Sebelum Baca Artikel Ini " tetapi saya perlu ambil masa untuk faham satu persatu sebelum saya menulis. Dari hari ke hari semakin ramai yang mula menjadikan internet sebagai peluang untuk tambah pendapatan khususnya selepas wujudnya laman sosial seperti Facebook.

Program Bisnes Affiliate Kelab Jutawan


pengasas program affiliate kelab jutawan
Founder Kelab Jutawan
Kelab Jutawan adalah program affiliate yang bersifat second tier iaitu komisen dibayar dua peringkat. Sila ke pautan berikut untuk ke laman web Kelab Jutawan.

Ingat affiliate marketing adalah bisnes yang tidak memerlukan anda simpan produk. Apa yang perlu anda lakukan cuma promosi link yang diberi.

Untuk memahami apakah program affiliate, sila rujuk artikel saya yang lepas iaitu Memahami Program Affiliate.

Dalam program affiliate, sekiranya anda berjaya melakukan jualan anda akan menerima komisen daripada owner produk tersebut.

Bagaimana Sistem Affiliate Kelab Jutawan Bekerja

Program affiliate kelab jutawan sebenarnya sama sahaja dengan program affiliate yang lain iaitu membayar komisen setiap kali jualan. Tetapi yang menariknya komisen affiliate kelab jutawan dibayar sehingga dua peringkat atau 2 tier.

Contohnya Begini

Jika anda menjadi ahli berdaftar kemudian berjaya membuat jualan kepada si A, anda akan menerima komisen sebanyak RM50.

Kemudian jika si A pula yang membuat jualan kepada si B, RM50 komisen untuk si A dan RM20 komisen untuk anda (komisen 2 tier). Inilah yang dimaksudkan dengan dengan komisen affiliate second tier atau 2 tier.

Tetapi jika si B berjaya membuat jualan kepada si C, RM 50 komisen untuk si B dan komisen RM 20 (komisen 2 tier) untuk si A.

Bagaimana dengan anda ? Anda tidak akan menerima komisen kerana si B dan si C adalah ahli kepada si A.

Founder Kelab Jutawan iaitu Sujairi Saidali sebenarnya tidak berbuat demikian kerana beliau tidak mahu mewujudkan sistem yang hampir sama dengan program berpiramid MLM. Itulah sebabnya komisen diberi 2 peringkat sahaja.

bentuk sistem affiliate kelab jutawan sujairi saidali
Bentuk Sistem Affiliate Kelab Jutawan
Setahu saya bisnes affiliate kelab jutawan telah wujud sejak tahun 2011 dan masih bertapak sehingga kini.


ahli dalam forum kelab jutawan di facebook
Forum Kelab Jutawan Di Facebook

Group support di atas adalah group yang disediakan untuk ahli KJ. Bilangan ahli KJ semakin bertambah dari hari ke hari.


ahli berdaftar bersama kelab jutawan di dalam forum facebook
Forum Kelab Jutawan II Di Facebook

Sebenarnya saya telah menulis review panjang lebar berkenaan Bisnes Affiliate dan saya rangkumkan menjadi sebuah Ebook.

Jika anda berminat untuk baca dengan lebih lanjut, bolehlah Download Percuma.

" Download Ebook Bisnes Affiliate "
Masukkan Nama dan Email Kemudian Klik Download
 

First name

E-mail address




Sekian dari saya. Jika anda ada tambahan silalah ajukan di ruangan komen ini :-)

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
Anonymous
May 28, 2014 7:07 AM delete

dulu sy prnah join klab jutawan tp dh keluar kelab dah. Sb rase mcm mkn duit judi je.

Reply
avatar
May 29, 2014 9:01 AM delete

Sekarang ni banyak sangat program buat duit di internet. Kena hati-hati memilih :-)

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia