Belajar Cara Berkesan Hasilkan Komisen Program Affiliate

Belajar Cara Berkesan Hasilkan Komisen Program Affiliate - Sebelum menulis artikel ini saya baru sahaja habis menonton Video Kursus Terkini Mesin Komisen. Ternyata apa yang Edmund Loh sampaikan telah membantu saya untuk belajar cara sebenar hasilkan komisen affiliate. Sehingga hari ini saya boleh menonton kesemua modul tersebut berulang-ulang kali maklumlah dalam Mesin Komisen ini Edmund sendiri yang akan guide sesiapa sahaja untuk hasilkan komisen dengan Teknik Super Affiliate. Jadi tak rugi saya Invest untuk mendapatkan ilmu dari Mesin Komisen.

Cara Berkesan Hasilkan Komisen Program Affiliate

Modul 5 Membina Empayar Bisnes Affiliate Berkesan
Kebanyakan affiliater gagal menghasilkan komisen disebabkan mereka tidak menggunakan teknik sebenar. 
Jadi sebagai salah seorang yang pernah merasa komisen affiliate saya ingin kongsikan kepada anda apakah cara sebenar yang dilakukan oleh affiliater di luar sana yang berjaya menjana ribuan ringgit. Saya berjaya kenal pasti 5 cara yang dilakukan oleh mereka yang dinamakan Teknik Super Affiliate. Jadi jika anda boleh follow teknik yang saya ajarkan ini anda sudah boleh digelar sebagai super affiliate.

Belajar Cara Berkesan Hasilkan Komisen Program Affiliate

Untuk berjaya menjana komisen menerusi affiliate, apa yang perlu ada ialah :

Produk Untuk Dipromosikan
Tanpa produk tiadalah komisen untuk anda. Jadi pilih produk yang mempunyai permintaan tinggi dan komisen RM50 ke atas jika anda ingin menjana keuntungan lumayan. Tapi terpulang kepada anda. Boleh pilih di Ashadee.net atau Klikjer.com. Sebelum tu jangan lupa untuk mendaftar.

Squeeze Page
Ini yang paling penting bagi seorang super affiliate. Squeeze page digunakan untuk mengumpul database prospek iaitu nama dan email. Kebanyakan affiliate biasa cuma tarik pelawat terus ke laman jualan. Jadi jika pelawat tidak membeli, affiliater tersebut akan rugi.

Maksud saya jika anda berjaya kumpul database mereka anda berpeluang untuk melakukan kempen follow up kerana anda sudah mempunyai nama dan email mereka. Malah ia untuk jangka masa panjang kerana mereka juga berpotensi untuk menjadi pembeli kepada produk anda di masa akan datang.

Untuk membina Squeeze Page anda memerlukan nama Domain dan Hosting. Bagi pasaran tempatan anda boleh dapatkannya dari laman web Sempoi Hosting. Kemudian anda perlu membina Squeeze Page. Biasanya saya gunakan NVU Software dan Software Autosqueeze Page. Auto Squeeze Page dah bantu saya bina squeeze page hanya sekali setup sahaja.

Tidak payah pening kepala untuk bermain kod html. Tetapi anda perlu mengeluarkan modal sedikit untuk dapatkan Software Auto squeeze. Yang kedua anda memerlukan autoresponder contohnya aweber, getresponse, traffic wave atau emelmatik. Sebelum menggunakan autoresponder anda perlu fikir masak-masak kerana memerlukan kos.

Jadi jika anda masih baru saya sarankan anda guna sahaja Emelmatik. Yang menariknya anda boleh menggunakannya secara percuma selama 365 hari maksud saya selama setahun.

Promosi Squeeze Page
Pada peringkat ini anda cuma perlu tarik traffik atau pelawat ke laman Squeeze Page anda. Anda tidak perlu sakit kepala untuk melakukan promosi produk kerana anda telah setup siap-siap kempen follow up menggunakan autoresponder.

Perkara yang anda perlu utamakan pada peringkat ini adalah promosi squeeze page anda. Anda boleh gunakan :

1. Facebook
Promosi squeeze page menggunakan facebook. Anda boleh gunakan group. Biasanya saya gunakan teknik Dominasi Facebook Group untuk gabungkan kaedah group dan email marketing. Klik Untuk Lihat

Selain itu anda boleh gunakan wall facebook anda. Saya galakkan anda gunakan strategi Softselling. Gunakan Fan Page dan saya juga gunakan teknik ini. Jika anda mahu gunakan teknik berbayar Of Course Facebook Ads. Tetapi memerlukan anda mahir untuk dapatkan CTR yang tinggi dan kos ads yang murah.

2. Direktori Pengiklanan Percuma
Buka google dan buat carian ‘iklan percuma’. Di sana terdapat banyak laman web yang menyediakan pengiklanan percuma. Pelawat yang melawat laman web iklan percuma selalunya terdiri dari mereka yang melakukan perniagaan.

Jadi iklan kan Squueze Page anda di sana . Jangan lupa letakkan link ke squueze anda selepas ayat promosi.

3. Blogging
Yang ini salah satu cara yang saya guna. Hasilkan artikel yang unik dan menarik. Unik yang saya maksudkan ialah memberi tarikan kepada pembaca dan bermanfaat. AWAS jangan pulak anda copy paste ye.

Kemudian letakkan Opt In form di akhir artikel anda dengan tawaran-tawaran yang relevan. Jangan lupa juga untuk letakkan Opt In Form di sidebar blog anda.

Opt In Form boleh diperolehi melalui autoresponder yang anda gunakan. Tujuannya untuk menyimpan nama dan email pelawat.

Jika anda boleh faham teknik ini, kerja anda menjadi lebih senang dan menjimatkan masa. Rasanya dah panjang lebar saya terangkan. Tunggu tindakan dari anda pula. Alhamdulillah sekarang saya boleh menarik nafas lega kerana telah berjaya menyiapkan artikel ini untuk dikongsikan kepada anda.



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia