Bisnes Online Jangan Kerana RM1000 Segalanya Hancur

Perlu ke berhenti kerja tetap dan buat perniagaan online sepenuh masa ? Saya sedar tajuk artikel ini pernah menjadi soalan yang berlegar-legar dalam fikiran anda. Tidak mengapa sebab perkara ini jugalah yang pernah bermain di fikiran saya suatu ketika dulu. Jadi jika anda pernah terfikir untuk berhenti kerja dan buat perniagaan online sepenuh masa saya cuma ingin berikan nasihat sebab saya tak nak " Hanya kerana RM 1000 segala-galanya hancur".

Bisnes Online Jangan Kerana RM1000 Segalanya Hancur

Jangan sesekali mengambil tindakan untuk berhenti kerja hanya kerana memperolehi keuntungan RM 1000 sebulan melalui internet. Sebenarnya ada yang sanggup berhenti kerja untuk fokus kepada perniagaan internet.

Bisnes Online Jangan Kerana RM1000 Segalanya Hancur


Saya tidak galakkan sangat untuk orang yang baru mengenali perniagaan internet berbuat demikian. Sebenarnya ini adalah langkah yang silap khususnya bagi mereka yang masih bertatih dalam dunia perniagaan internet.

Dunia perniagaan internet sebenarnya ada pasang surutnya kerana segala-galanya ditentukan oleh Allah swt. Kerana tidak kira cabang perniagaan apa yang anda usahakan hakikatnya Allah swt jugalah yang memberi rezeki.

Realitinya mereka yang sudah berjaya dan fokus kepada perniagaan internet sepenuh masa adalah mereka yang pernah gagal berkali-kali. Hakikatnya mereka telah melalui zaman jatuh dan bangun.

Jatuh dan bangun itulah yang kita perlu berikan perhatian untuk berjaya dan bukannya terus berhenti kerja begitu sahaja. Sebaliknya biarlah kukuh dan konsisten terlebih dahulu.
Kuncinya belajarlah daripada kegagalan, kesilapan dan zaman kegelapan mereka. Jangan pandang pada kejayaan mereka semata-mata.

Mereka mungkin mengambil masa 1 hingga 2 tahun atau 5 tahun untuk berjaya menjana sekurang-kurangnya RM 3000 sebulan melalui internet.

Jalan selamat untuk anda, buatlah perniagaan internet secara part time. Biar lambat asal selamat kerana itu lebih baik. Jadi teruskanlah dengan pekerjaan tetap anda sebagai pendapatan aktif dan jadikan pernigaan internet sebagi pendapatan pasif.

Terokai dan pelajari lebih banyak ilmu berkenaan dengan bidang perniagaan internet. Buku buku, beli ebook dan tonton video kemudian hadam satu persatu semoga suatu hari nanti internet menjadi Paip Wang untuk anda.

Ingat lakukan perniagaan internet sebagai punca pendapatan pasif anda. Ingatlah tulang belakang di sebalik sesuatu perkara yang anda lakukan :

. . .Doa

. . .Usaha

. . .Ikhtiar

. . .Tawakal


Apabila kita memahami yang asas insyaAllah rezeki melimpah ruah seolah olah anda memahami Rahsia Rezeki.

Sekian sahaja pandangan untuk saya kongsikan. Jika artikel ini bermanfaat untuk anda, sila tinggalkan komen dan kongsi bersama rakan-rakan anda.
Adakah anda juga menggunakan Instagram untuk mempromosikan produk anda? Ketahui Bagaimana Mendapatkan 10,000 Real Follower Dan Letupkan Jualan Anda Menerusi Instagram Dalam Hanya 5 Minggu!

Saya mohon anda berikan masa 5 minit untuk baca website ini sehingga habis untuk tahu rahsia letupkan jualan anda pada tahun ini. Baca disini.

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
May 07, 2014 4:42 PM delete

Bagus jugak sebenarnya kalau nak fokus buat full time. Mind set orang yang buat full time dengan part time ni lain

Reply
avatar
May 08, 2014 2:40 AM delete

Betul tu Tuan, bagus juga kalau buat fulltime ni. Saya juga bercadang untuk fokus full time. Tapi orang baru macam saya ni memang banyak lagi la nak kena belajar.

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia