9 Ubat Mujarab Tingkatkan Sales di Facebook

Baru-baru ini ada yang emailkan saya bertanya bagaimana kaedah untuk menjual di facebook. Memandangkan soalan begini kerap kali saya terima jadi saya kongsikan 9 tips MUDAH ini di sini. Jualan mengecewakan itu sudah menjadi lumrah bagi seorang peniaga malah ada yang sudah putus asa. Sebenarnya ada beberapa kriteria mengapa jualan mengecewakan. Mungkin produk yang dijual tiada permintaan atau kesilapan kita sendiri semasa mejual. 9 tips ini saya terima dari pakar pemasaran facebook iaitu Tuan Jamaludin Bahari dan saya namakannya 9 ubat mujarab tingkatkan sales di facebook.


9 tips atau ubat mujarab tingkatkan sales di facebook

9 Ubat Mujarab Tingkatkan Sales di Facebook


Ubat #1 : GUNAKAN GAMBAR YANG RELEVAN, MEMUKAU


Pernah tak anda membeli buku ? Bukan kah perkara pertama yang membuatkan anda ingin memegang dan membelek buku itu adalah COVER buku tersebut ?

Dalam FB Marketing, gambar atau imej memainkan peranan besar untuk menarik perhatian audiens dan seterusnya mampu membuatkan mereka berminat atau berniat untuk membeli. Gunakan gambar yang mampu memainkan emosi prospek !!

Emosi prospek mudah ‘dicuit’ dengan menggunakan gambar yang mempersembahkan unsur-unsur adjektif seperti “cantik, mudah, cepat, murah, jimat, lain dari lain, ekslusif dll.

Ubat #2 : GUNA PERKATAAN-PERKATAAN YANG MAHAL PADA IKLAN


Di Facebook terlampau banyak iklan. Mungkin kita akan tenggelam jika mesej pemasaran kita kurang berkesan. Nak beriklan di Facebook perlu mengandungi mesej pemasaran yang gagah. Antaranya guna perkataan-perkataan yang mahal pada iklan.

Penggunaan perkataan yang akan membuatkan orang klik pada iklan kita, sebagai contoh, PERCUMA, TERKINI, BARU, MUDAH, BONUS, CEPAT adalah perkataan yang mahal dan menarik minat untuk orang klik.

Ubat #3 : FAHAMI SIAPA BAKAL PELANGGAN KITA


Tak kenal, maka tak dapat pembeli lah! Jadi, cuba kenali pelanggan anda sebaiknya. Kenali maklumat demografi mereka (umur, jantina, pekerjaan, status family dll) , di mana mereka, apa yang mereka suka, apa yang mereka buat, apa masalah mereka, apa situasi mereka, apa mereka inginkan dan sebagainya.

Semakin anda mengenali mereka, semakin mudah anda menjual kepada mereka. Setuju ?

Ubat #4: ORANG SUKA PERGI KE KEDAI YANG RAMAI ORANG


Katakan anda ingin makan ikan bakar di satu kawasan yang belum pernah anda pergi yang mana terdapat lebih dari 10 restoran ikan bakar yang bersebelahan antara satu sama lain.

Anda pergi yang mana satu? Saya yakin anda pasti akan memilih restoran yang memiliki paling ramai pelanggan bukan?

Begitu juga di Facebook !! Orang membeli dari fanpage yang paling ramai !! Iaitu ramai fans, ramai komen! Jadi, tingkatkan jumlah fans anda dan tingkatkan respons di fanpage anda !!

Ubat #5: MENJUAL PADA WAKTU ORANG BERDUIT


Jika nak menjual, jual lah pada ketika orang berduit. Iaitu waktu gaji masuk. Pada waktu ini, memang lebih mudah menjual berbanding hari biasa. Kita boleh buat iklan tentang produk kita kepada prospek ketika ini, ataupun anda boleh follow up semula mereka yang pernah berminat dengan produk anda (orang yang komen dan juga yang PM).

AMARAN: Jangan menjual di hari-hari PERAYAAN! Ataupun sehari dua sebelum perayaan !! Ini kerana prospek anda sedang berada di ‘alam lain’ ketika itu! (mood raya)

Ubat #7 : ELAKKAN JAM 12AM – 9AM


Why? Why? Kenapa nak dielakkan masa ni? Mudah je jawapannya! Kan ini waktu tidur dan waktu orang nak bergerak ke tempat kerja! Jika anda buat Facebook Ads pada ketika ini, agak sia-sia! Kenapa ?

Jika audiens layari Facebook pada waktu ini, mereka layarinya menggunakan smartphone mereka, di atas katil sambil berbaring !! Satu kedudukan yang kurang sesuai untuk membuat pembelian.

Anda boleh kurangkan bajet iklan anda untuk perlahankan iklan anda, ataupun pause iklan anda sepanjang tempoh ini.

Ubat #8 : JUAL MANFAAT, BUKANNYA PRODUK


Anda kena tahu, orang membeli disebabkan MANFAAT yang bakal mereka perolehi dari produk yang dibeli. Orang membeli steam iron kerana dapat bantu mereka menggosok baju dengan cepat, mudah dan selamat di pagi hari.

Orang membeli produk pemutih wajah kerana mereka ingin kelihatan cerah, cantik dan menawan. Kaum Adam membeli produk ‘ubat kuat’ kerana mereka ingin nampak hebat di depan isteri mereka. Wanita Melayu membeli baju kurung di FB kerana mereka ingin kelihatan cantik, menawan lagi tertawan.

Beli aircond, bukan sebab aircond tu cantik, canggih, tapi aircond tu boleh memberi kesejukan pada kita, tak panas! Orang beli cermin mata anti silau sebab ianya dapat kurangkan silau. Orang beli Burger Bakar sebab ianya nampak sedap, lazat berkrim. Anda pula bagaimana? Apa manfaat produk anda?

Ubat #9 : SUKA, KENAL, PERCAYA


Di Facebook, anda juga perlu gunakan konsep ini. Pertama, buatkan audiens suka dengan page anda. Bagaimana nak buat orang sukakan page anda? Anda boleh gunakan gambar yang menarik, yang lain dari lain, atau gunakan ayat-ayat yang memikat.

Ini mampu buatkan audiens sukakan page anda! Seterusnya, kenalkan diri anda kepada mereka. Tunjukkan siapakah anda di sebalik fanpage anda. Anda boleh tunjukkan diri anda, ataupun syarikat anda. Letakkan nama, alamat, website dan sebagainya yang mampu membantu buatkan orang mengenali anda.

Dan seterusnya buatkan mereka percaya dengan anda, dan juga produk yang dijual. Bagaimana? Anda boleh gunakan testimonial, tunjukkan pengiktirafan terhadap produk anda, mahupun endorsement dari mereka yang berpengaruh.

9 Tips ini saya harap menjadi ubat yang mujarab untuk anda tingkatkan sales di facebook. Mesti cuba dan tengok hasilnya.
Adakah anda juga menggunakan Instagram untuk mempromosikan produk anda? Ketahui Bagaimana Mendapatkan 10,000 Real Follower Dan Letupkan Jualan Anda Menerusi Instagram Dalam Hanya 5 Minggu!

Saya mohon anda berikan masa 5 minit untuk baca website ini sehingga habis untuk tahu rahsia letupkan jualan anda pada tahun ini. Baca disini.

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia