3 Tips Buatkan Pelanggan Jatuh Hati

Saya teringat pula kisah sebuah restoran dan gerai kecil yang menjual makanan yang sama. Tapi apa yang menarik walaupun gerai tersebut kecil, pelanggan yang datang tidak pernah putus. Berbeza pula dengan restoran tadi walaupun ruang yang besar dan lebih selesa namun pelanggan yang datang tidak sehebat gerai kecil tadi. Apa sebenarnya yang membezakannya ialah dari segi masakan. Masakan di gerai kecil tadi lebih sedap berbanding restoran tadi jadi tidak mustahil pelanggan jatuh hati dan nama gerai ini mula melekat dalam kepala pelanggan. Biasalah kedai makan pelanggan yang datang tiada tujuan lain kecuali untuk makan. Peringkat inilah sangat penting untuk kita buatkan pelanggan jatuh hati dan mendapatkan repeat customer.

3 Tips Buatkan Pelanggan Jatuh hati

3 tips peniaga perlu tahu untuk buat pelanggan jatuh hati


Di internet adalah tidak manis jika kita campur adukkan urusan bisnes dengan urusan peribadi. Sebab itu lah Facebook memperkenalkan 3 function iaitu fb profile, fb fanpage dan fb group. Ketiga-tiga function ini adalah berbeza. Bagi tujuan bisnes saya lebih galakkan gunakan fan page dan group.

Saya tertarik dengan Joel Comm, salah seorang pakar pemasaran internet. Beliau berkata dalam bukunya :

Saya menulis di Twitter berkaitan politik, sosial media dan permainan elektronik. Tetapi anda tidak akan jumpa tulisan saya yang mempromosikan produk yang saya jual...

Joel berbuat demikian kerana media sosial adalah tempat beliau jenamakan diri dan membina komuniti. Bagi Joel cara ini akan membawa pelanggan dengan sendirinya kepada beliau.

Jadi 3 tips yang saya maksudkan ialah :

Tip 1 : Jangan Promosi Secara Kerap

Terus terang saya katakan adalah tidak manis jika kita datang umah orang semata-mata untuk menjual.
Media sosial adalah tempat untuk manusia membina komuniti.

Saya masih ingat lagi facebook pada awalnya bukan digunakan untuk tujuan bisnes seperti sekarang. Saya yakin pada masa tu Mark tidak berhasrat untuk jadikan facebook sebagai platform bisnes.

Promosi 3 hari sekali sudah dikira banyak. Adalah lebih elok gunakan sahaja Softselling iaitu strategi menjual secara halus. Boleh rujuk artikel saya yang lepas == >> Baca Disini


Tips 2 : Pelanggan Beli Faedah Bukan Produk

Macam mana ye ? Maksud saya anda jangan menjual produk tetapi jual faedah atau manfaat yang ada produk tersebut. Ingat pembeli bukan sebenarnya membeli produk tetapi mereka membeli faedah yang mereka dapat dari produk tersebut.


Tips 3 : Jangan Lupa Untuk OTO (On Time Offer)

Cara ini adalah anda memberi tawaran atau bonus istimewa kepada pembeli pada satu-satu masa. Contoh Dsikaun 50 % untuk 10 orang pembeli terawal dan tawaran ditutup apabila kuota 10 orang telah penuh.

3 Tips ini anda boleh cuba dan jadikan gula yang cukup-cukup manis untuk buatkan pelanggan anda jatuh hati. Bila mereka sudah terpikat, anda nak dapatkan repeat buyer pun senang.

Sekian dari saya..

Sekiranya anda mahu belajar seperti saya Seni Untuk Menjual  ? 

Anda boleh rujuk Panduan Seni Jualan Ini : Klik Disini Untuk Baca

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia