Pemasaran Facebook : Peniaga Pasar Malam VS Jurujual Perfume

Rasanya sudah hampir sebulan saya tidak menulis artikel disebabkan laptop mengalami masalah. Habis semua artikel yang pernah saya tulis sebelum ini hilang sekelip mata. Nak atau tidak saya perlu tulis semula. Artikel kali ini masih berkisar tentang pemasaran di Facebook dan mengapa tajuknya agak pelik. Sebenarnya tajuk artikel ini merupakan formula saya yang merujuk kepada budaya penjual di Facebook yang saya lihat seolah-olah seperti Peniaga Pasar Malam dan Jurujual Perfume.

Pemasaran Facebook : Peniaga Pasar Malam VS Jurujual Perfume


pemasaran facebook peniaga pasar malam dan jurujual perfume strategi hardselling dan softselling


Anda pernah ke Pasar Malam ? Sudah tentu pernah kan ? Ketika tengah asyik berjalan di tengah-tengah kesibukan orang ramai anda lihat pelbagai gelagat penjual. Ada yang melaung-laung dan menjerit-jerit :

" Bang pilih bang baju ni murah RM 10 sehelai "

" Kak pilih kak kain ni murah RM 25 je sepasang "


Ini dinamakan Hardselling. Iaitu iklan secara terus kepada pelanggan. Malah teknik ini juga digunakan oleh penjual dalam pemasaran di Facebook.

Sebab itulah apabila saya melihat iklan sebegini di Facebook ia hampir sama dengan teknik Penjual Pasar Malam.

Softselling juga di gunakan dalam pemasaran. Contohnya jurujual Perfume. Biasanya jurujual perfume mahupun jurujual kerusi urut Ogawa sekalipun, mereka tidak beriklan secara terus.

Mereka cuba tunjukkan kelebihan produk mereka malah memberikan kita mencuba produk mereka terlebih dahulu. Pada masa ini Softselling telah digunakan tanpa kita sedari.

Sekiranya pelanggan menunjukkan minat, barulah mereka iklankan produk mereka dengan pelbagai tawaran menarik.

Teknik Hardselling dan Softselling boleh digunakan dalam pemasaran di facebook bergantung kepada kreativiti anda. Anda pilih sama ada mahu menjadi Penjual Pasar Malam atau Jurujual Perfume. Saya juga mempratikkan kedua-dua teknik ini dalam pemasaran. Semoga berjaya !!
Adakah anda juga menggunakan Instagram untuk mempromosikan produk anda? Ketahui Bagaimana Mendapatkan 10,000 Real Follower Dan Letupkan Jualan Anda Menerusi Instagram Dalam Hanya 5 Minggu!

Saya mohon anda berikan masa 5 minit untuk baca website ini sehingga habis untuk tahu rahsia letupkan jualan anda pada tahun ini. Baca disini.

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
May 24, 2014 8:54 PM delete

memang betul tu tuan.. kadang2 hardselling ni lebih memenatkan dan blh frust kalau orang tak beli dgn kita. banyak nak kena belajar lagi ni dgn tuan..

Reply
avatar
May 25, 2014 3:52 AM delete

Setuju, kadang-kadang hardselling ni memenatkan. Biasanya pelanggan tidak suka kita menunjukkan yang kita sedang menjual secara terus. Semoga sukses ye Tuan :-)

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia