Mengapa Fobia Dengan Pemasaran di Facebook

Ketika saya menulis artikel ini saya baru sahaja habis menyiapkan artikel Formula Bisnes Internet 2014. Mungkin anda sudah membacanya di sini. Kali ini artikel saya agak mencemaskan minda peniaga di facebook. Tetapi artikel ini akan menyelesaikan masalah anda tentang pemasaran di facebook. Terus terang saya katakan ada yang dah mula fobia dengan pemasaran di facebook terutama sekali apabila tidak pernah merasa income dari produk yang dijual.

Fobia Dengan Pemasaran di Facebook

Anda perlu ingat sebagai jurujual yang hebat anda perlu menutup segala jejak langkah bisnes anda di facebook. Maksud saya anda jangan terlalu 'open' kerana pemasaran di facebook adalah pemasaran tanpa privasi. Silap hari bulan keupayaan anda akan dilihat oleh pesaing anda.

fobia dalam perniagaan atau bisnes di facebook
Fobia Itu Menakutkan

Pemasaran di Facebook adalah pemasaran TANPA PRIVACY. Ini bermakna, setiap apa yang anda lakukan ada banyak pihak yang memerhati. Antara mereka yang akan memerhatikan setiap gerak geri anda adalah prospek anda, pelanggan anda, pelanggan yang pernah berurusan dengan anda, rakan-rakan anda, rakan niaga anda & pesaing anda.

Sama ada anda perasan atau tidak apabila anda post iklan di facebook, iklan anda akan dapat dilihat oleh rakan atau pesaing anda dengan syarat mereka sudah menjadi rakan anda. Jadi apa yang mereka dapat ?

.... Mereka akan tahu bisnes apa yang anda lakukan.
.... Produk apa yang anda jual.
.... Tawaran atau Offer daripada anda.
.... Bagaimana ayat iklan anda.
.... Kebarangkalian, pelanggan anda juga akan di curi.

Secara jujurnya anda perlu menutup segala jejak langkah anda daripada dihidu oleh pesaing anda. Jadi jika anda tanya saya bagaimana caranya ?

Jawapan saya : 

Gunakan Function Group sebaik mungkin dengan teknik licik atau saya namakan Teknik Dominasi Facebook Group. Melalui Group yang 100 % milik anda, anda seolah-olah raja dan pada masa yang sama anda boleh membina kredibiliti.

Saya tertarik dengan teknik yang digunakan oleh salah seorang usahawan ini. Beliau jadikan group sebagai tempat untuk melakukan Close Sale kepada prospek yang betul-betul berminat. Tekniknya sangat simple. 

Beliau post iklan di wall personal atau dimana-mana group dan di akhir post tersebut beliau letakkan link ke Group yang beliau tubuhkan. Jadi apabila terdapat prospek yang join group tersebut bermakna prospek tersebut berminat dengan produk yang ditawarkan.


Contoh :

= = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Kencangkan Bisnes Dengan Seni Jualan
= = = = = = = = = = = = = = = = = = =

Seni jualan akan membantu peniaga :

.... Mendapatkan Sale tanpa promosi.
.... Dapatkan pembeli bertubi-tubi.
.... Teknik wujudkan repeat buyers.
.... Buatkan prospek tidak sabar untuk membeli.

Seni jualan ini hanya RM 5 sahaja. Opps harga RM 5 ini
sangat TERHAD dan akan dinaikkan bila-bila masa.

Sila join Group ==>> (Link Group yang ditubuhkan)
untuk mendapatkan Seni Jualan Pada Harga RM 5.


....... Nampak tak bagaimana untuk menjalankan promosi kepada pelanggan yang betul-betul berminat. Daripada anda buang masa menjual kepada golongan yang tidak berminat, lebih baik anda fokus kepada golongan yang betul-betul berminat.

Lakukan Close Sale sampai lebam terhadap mereka di Group yang anda tubuhkan. Jangan terkejut jika dengan senang-senang mereka bayar kepada anda.

Saya harap anda sudah faham dan hadam satu persatu apa yang saya sampaikan. Jika anda ingin mendapatkan maklumat penuh berkenaan Teknik Dominasi Facebook Group untuk pemasaran di facebook, anda boleh rujuk sekarang : Teknik Dominasi Facebook Group



Sekian saya dari...

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia