Program Affiliate 2 Tier Bayaran Komisen 2 Peringkat

Berjumpa lagi kita dengan izin-Nya. Blog ini telah menjadi medan pertemuan antara kita semua. Banyak tips yang telah saya sampaikan dan saya harapkan anda boleh cedok idea dari sini dan hadam satu persatu. Sebelum saya menulis artikel ini, saya sempat ke blog Tuan Aqif Azizan pengasas Write To Wealth. Kerap kali juga saya membaca idea-idea dari beliau terutama sekali berkaitan Skill Penulisan dan idea Copy Writer serta Content Marketing. Saya rasa tercicir pula jika tidak menyentuh tentang Komisen 2 Tier dalam Affiliate Marketing. Secara automatik jari jemari saya menari di atas keyboard untuk menulis artikel ini.

Komisen 2 Tier : Bisnes Affiliate Untung Berganda

Rasanya saya tidak perlu lagi terangkan tentang maksud affiliate kerana ia sangat simple untuk difahami. Bila sebut affiliate anda tidak perlu cipta produk sendiri.

komisen affiliate second tier buatkan bisnes affiliate untung berganda


Komisen second tier adalah komisen peringkat kedua kepada seorang affiliater. Begini ceritanya :

Andaikan Sebuah Produk

...Bayaran Komisen First Tier adalah RM 50 dan
...komisen Second Tier adalah RM 20.

Situasi Pertama

...Seorang affiliater menjual sebuah produk kepada Prospek A dan mendapat komisen sebanyak RM 50. Ini adalah komisen first tier atau komisen peringkat pertama.


Situasi Kedua

...Kemudian Prospek A menjual produk tersebut kepada Prospek B. Apa yang berlaku, Prospek A akan mendapat komisen sebanyak RM 50 (komisen first tier). Manakala Affiliater tadi akan mendapat komisen sebanyak RM 20 (komisen second tier). Ini lah yang dinamakan komisen second tier. Walaupun Prospek A yang melakukan promosi tetapi Affiliater tadi tetap mendapat komisen.


Mengapa saya katakan komisen 2 tier buatkan affiliater untung beranda ?

...Sekiranya Affiliater menjual sebanyak 10 unit produk tadi kepada 10 orang prospek dan komisen yang bakal di perolehi adalah RM 500.

...Dan sekiranya setiap 10 orang prospek tadi berjaya menjual produk tersebut kepada seorang prospek atau 1 unit. Affiliater tadi akan mendapat komisen sebanyak RM 200.


Mari kita kira-kira, komisen first tier RM 500 + komisen Second Tier RM 200 = RM 700

Satu jumlah yang saya kira menarik dan menguntungkan. Jadi tiada sebab untuk tidak cuba affiliate second tier bukan ?

Antara Bisnes Affiliate Second Tier Yang Terhangat Pada Masa Ini Ialah.. Sistem Jualan Pro. Ya Sistem Jualan Pro Oleh Tuan Rahman Basri dengan komisen :

..First Tier RM 100
..Second Tier RM 50

Saya rasa anda sudah jelas sekarang. Itu saja dari saya jumpa lagi pada masa akan datang. Sekian Terima Kasih.

Opss Ini Pula Formula Jana Wang : Jangan Lupa Untuk Membacanya

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia