Cas Kuasa Fitrah Dalam Bisnes

Seperti biasa saya menulis artikel untuk dimuatkan dalam blog ini. Sebenarnya sudah lama saya menulis artikel ini cuma hari ini baru diberi kesempatan untuk di postkan. Ini adalah Artikel yang paling penting yang menjadi kunci A to Z dalam bisnes. Dah baca kan tajuk artikel ini "Cas Kuasa Fitrah dalam Bisnes". Ini adalah apa yang saya dapat dari saudara Zamri Mohammad penulis buku Mudahnya Bisnes Dengan Blogshop.

Cas Kuasa Fitrah Dalam Bisnes

Berbalik kepada tajuk artikel ini berkaitan cas fitrah dalam bisnes. Kuncinya cuma "Kenali fitrah kita agar dapat memaksimakan potensi kita". Jadi apa yang saya maksudkan ini ? Teruskan pembacaan.

cas kuasa fitrah dalam bisnes

Apakah Fitrah


Maka hadapkanlah wajahmu lurus kepada agama Allah. Allah telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Maksud Surah Rum ayat 30.
Fitrah dalam tafsir al-Quran bermaksud agama. Oleh itu kembali kepada agama bermakna kembali kepada sistem yang mengimbangi potensi manusia dengan mengakui potensi diri adalah milik Tuhan.

Kunci Kejayaan Setiap Pekerjaan


Dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan kita perlu sentiasa merendah diri kepada Tuhan. Hasilnya menjadikan kedudukan kita tinggi disisi Nya. Jadi rendah hati inilah yang meninggikan kedudukan.

Jadi cuba terapkan sistem ini dalam perniagaan. Sistemnya mudah cuma berusaha membina bisnes yang halal dan berkat. Secara tidak langsung meletakkan Tuhan sebagai Gol peribadi dalam kehidupan.

Jangan membelakangi Tuhan dan harus diingati bukan manusia yang memberi rezeki kepada kita tetapi hanya Allah swt.

Sekian sahaja dari saya,

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia