Beriklan Di Facebook Tanpa Menggunakan FB Ads ?

Sebelum saya menulis artikel ini saya sempat menghirup secawan kopi untuk memanaskan badan memandangkan hujan kat luar sana terlalu lebat. Akhirnya terlintas untuk menulis artikel " Bagaimana Nak Beriklan Di Facebook Tanpa Menggunakan FB Ads ? ". Sejak saya berkenalan dengan facebook, saya tidak pernah terjumpa pun iklan di facebook. Pada awal penubuhannya ia adalah laman untuk bersosial semata-mata. Sehinggalah ia dimanupulasi untuk tujuan bisnes.

Beriklan Di Facebook Tanpa Menggunakan FB Ads ?

Berbalik kepada tajuk artikel, sebenarnya pemasaran di facebook terbahagi kepada dua iaitu berbayar dan percuma. Jika anda tanya saya yang mana satu berbayar ? Of Course lah Facebook Ads.

cara beriklan di facebook secara percuma tanpa facebook ads

Saya juga tidak terkecuali dari menggunakan Fb ads. Namun teknik ini kalau tidak kena pada cara boleh membawa kerugian kerana kos pengiklanan. Tetapi kalau dilakukan dengan betul hasilnya memang AJAIB.

Sebelum Melakukan Iklan Berbayar saya nak anda tanya diri anda " Adakah anda sanggup menanggung risiko ? ''. Jika jawapannya tidak, bermakna anda tidak bersedia lagi untuk menggunakan fb ads. Jika anda sanggup, anda boleh Go On.

Teknik Percuma Beriklan Di Facebook

Wall Facebook

Anda boleh gunakan teknik ini sama ada di wall sendiri atau wall rakan. Biar saya ingatkan lebih awal. Sebenarnya pengguna di Fb memang tidak suka dengan iklan apatah lagi anda tag atau mention nama mereka dengan iklan.

Saya lebih suka gunakan strategi lembut " Soft Selling " maksud saya perkongsian. Anda kongsikan informasi berguna dan bukannya iklan terang-terangan. Jangan menampakkan anda sedang menjual sebaliknya tunjukkan bahawa anda sedang berkongsi informasi berguna.

Kaedah iklan di wall rakan pula dilihat agak janggal seolah-olah anda terdesak. Teknik ini hampir sama dengan SPAM. Saya tidak galakkan sangat teknik ini silap hari bulan mereka block anda kerana anda telah mencacatkan wall mereka dengan iklan.

Fan page

Saya lebih gemar gunakan fan pages. Boleh dikatakan setiap produk yang saya jual ada fan pages. 1 Produk = 1 Fan Pages. Ini dilihat lebih beretika dan efektif. Create Fan Page melambangkan produk anda. Sentiasalah update Page anda setiap masa agar kelihatan hidup di mata pelanggan anda.

Ingat pelanggan anda seorang yang BIJAK mereka sentiasa berhati-hati sebelum membeli. Malah sepanjang saya terlibat dengan pemasaran saya pernah jumpa 2 kriteria pembeli :

Lebih baik rugi sebab tak beli daripada Rugi sebab beli.

Rugi sebab tak beli sekurang-kurangnya duit tidak hangus tetapi kalau rugi sebab beli ? Rasa tak puasa hati dan duit pula hangus.

Jika anda mahukan Fan pages anda menarik cuba gunakan Facebook Shopping Tab dan Viral kan Fan Pages anda dengan teknik Viral Fan Page.

Group

Ini adalah kaedah ketiga yang anda boleh gunakan. Mungkin anda pernah join sesebuah group contohnya group pengiklanan. Anda akan lakukan kerja yang memenatkan. Maksud saya anda post iklan setiap masa di group pengiklanan yang anda dah join. Sebenarnya saya tak galakkan sangat kerana memenatkan anda melainkan anda guna Software Autopost seperti Hootsuite ataupun Oohcron Percuma.

Awas !! buka semua group anda boleh post iklan, kecuali group tersebut Group Pengiklanan. Ada ke alternatif lain dalam Teknik Group ?

Ya !! memang ada. Saya galakkan anda Create Group anda dan mulakan promosi anda secara Soft Selling. Create Group berdasarkan bidang anda atau bisnes yang anda lakukan. Sekurang-kurangnya mereka yang Request untuk join group anda adalah mereka yang berminat dengan bisnes anda.

Melalui teknik ini, anda boleh bina kredibiliti dan jadikan group anda ini sebagai Group Support selepas pelanggan membeli produk anda. Malah teknik Facebook Group telah diterangkan dalam Ebook ini. Anda boleh download percuma sahaja : Baca disini

Jadi anda dah sedia untuk mula sekarang ?? Saya tidak menjanjikan hasil dalam masa yang singkat tetapi jika anda berusaha bersungguh-sungguh insyaAllah hasilnya setimpal dengan usaha anda.

Sekian sahaja dari saya. Semoga berjaya sahabatku. Setiap usaha yang dilakukan, ada ganjaran yang setimpal.

Adakah anda juga menggunakan Instagram untuk mempromosikan produk anda? Ketahui Bagaimana Mendapatkan 10,000 Real Follower Dan Letupkan Jualan Anda Menerusi Instagram Dalam Hanya 5 Minggu. Saya mohon anda berikan masa 5 minit untuk baca website ini sehingga habis untuk tahu rahsia letupkan jualan anda pada tahun ini. Baca disini.


Dah Penat Layan PM Pelanggan?

Nak tak saya berikan anda software AUTOREPLY PM pelanggan anda. Takde lah penat sangat anda nak reply pm mereka satu-satu.

Meh tengok macam mana software ini dapat bantu anda. Pasni dah tak payah nak pening-pening kepala lagi. Jom kita tengok sama-sama di laman web berikut : Nah Software Auto PM



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
Anonymous
June 18, 2014 10:03 AM delete

Trust your internal psychic when making choices.
If not, perhaps you should start searching for it.

Thursday, Might 31, 2012The asteroid, Chiron has moved into an opportunistic kind of angle with Pluto.



My web site: AskNow Psychics Review

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia