Mailing List dan Squeeze Page

Sungguh cepat masa berlalu kan ? Sedar tak sedar dah penghujung tahun 2013. Artikel kali ni simple sahaja dan saya akan sentuh tentang Mailing List dan Squeeze Page. Hampir setahun lebih saya mengenali dunia perniagaan internet saya dapati antara senjata yang paling hebat adalah pemasaran email. Ramai internet marketer sama ada tempatan atau luar negara menggunakan teknik ini. Bagi saya ini adalah teknik yang paling HOT.

Pemasaran Email

Ya !! saya tegaskan bahawa jika anda kaji berkenaan perniagaan internet, salah satu teknik yang paling digemari oleh Internet Marketer adalah teknik pemasaran melalui email. Saya berani katakan bahawa ianya senjata killer. Irfan Khairi turut menggunakan teknik ini. Malah ramai lagi internet marketer seperti Raja Kamil, Zamri Nanyan, Razif Yusof, Rahman Basri dan ramai lagi turut menggunakan teknik ini. Inilah yang saya dapat sepanjang saya mengenali dunia perniagaan internet.

Mengabaikan pemasaran email bererti melingkupkan perniagaan internet anda.

Sebagai seorang usahawan internet yang memasarkan produk sendiri atau affiliate, kita jangan mengabaikan pemasaran email.  Namun masalahnya sekarang mungkin kita tidak tidak tahu bagaimana untuk mengumpul senarai email kan? Apatah lagi masih bergelar seorang Newbie. Betulkan ?

Sekiranya tidak mampu cuba fikirkan bagaimana supaya anda mampu.

Dalam hal ini cuba anda fikirkan bagaimana supaya anda mampu mengumpul senarai email. Salah satu cara yang paling digemari IM adalah penggunaan Squeeze Page.

Squeeze Page Rakan Sekerja Anda.

Squeeze Page adalah minisite yang ringkas dengan tujuan tunggal untuk mendapatkan nama dan email pelawat anda. Biasanya Squeeze Page akan diletakkan produk yang ingin diberi secara percuma dan borong opt-in. Ini adalah contoh squeeze page.


contoh squeeze page untuk kumpul senarai email prospek
Contoh Squeeze Page

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis squeeze page yang boleh dihasilkan. Ingat tujuannya adalah untuk mengumpul senarai email untuk tujuan kempen pemasaran. Squeeze page tidak sama dengan Salesletter. Untuk membina squeeze page kita memerlukan autoresponder, domain dan hosting.

Terdapat banyak panduan membina squeeze page jika anda search di Google. Tetapi cadangan saya jika anda tidak mahir dengan html lebih baik anda terus dapatkan persisian atau software untuk membina squeeze page contohnya perisian Auto Squeeze Page yang disediakan oleh Bro Fahmi.

Bagi autoresponder pula anda boleh cuba yang berbayar seperti Aweber dan Getresponse. Ini adalah autoresponder yang paling femes. Ada juga autoresponder lain seperti ImnicaMail, Traffic Wave, Norabot, Thru dan lain-lain lagi. Anda boleh research sahaja menggunakan Google dan jangan lupa ke forum Wangcyber kerana banyak topik yang di bincangkan.

Ada juga autoresponder PERCUMA seperti Listwire dan Emelmatik. Listwire adalah percuma dan Emelmatik diberi percuma selama setahun dan saya kira ia autoresponder yang paling murah yang dicipta oleh anak tempatan. Harga emelmatik setakat ini hanya rm 150 (lifetime). Bayaran cuma sekali sahaja dan tiada caj bulanan walhal bilangan list bertambah sekalipun.

Bagi nama domain dan hosting pula, anda boleh dapatkannya di Sempoi Hosting yang merupakan antara penyedia nama domain dan hosting di negara kita. Sekiranya produk anda untuk pasaran anda, saya nasihatkan beli nama domain dan hosting dari penyedia tempatan.

Sekian sahaja dari saya. Jumpa lagi di lain masa. Semoga berjaya Sahabatku sekalian.

Jangan lupa untuk melihat kursus TERKINI : Mesin Komisen

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia