5 Patah Perkataan Memerangkap Pelanggan

Sudahkan anda membaca tajuk artikel ini? Mesti anda tertanya-tanya apa yang cuba saya sampaikan. Apa lagi kalau bukan teknik perniagaan yang wajib anda ketahui untuk menarik pelanggan anda. Ianya teknik killer yang saya pelajari dari saudara Zamri Mohamad penulis buku Mudahnya Bisnes Dengan Forum Online. Anda patut membaca artikel ini sampai habis sekiranya ingin menjadi peniaga yang super dalam perniagaan.

Fikirkan Lima Patah Perkataan yang Dapat Memerangkap Pelanggan

5 patah perkataan atau ayat untuk tarik pelanggan

Saya masih teringat pengalaman saya melalui jalan raya. Sepanjang perjalanan banyak papan iklan gergasi atau billboard yang dapat saya lihat. Ada yang di sebelah kiri dan ada yang di sebelah kanan bahu jalan. Kadang-kadang ada juga yang berada di tengah-tengah jalan sehinggakan saya terpaksa mendongak ke atas apabila menghampiri papan iklan tersebut. Billboars adalah salah satu teknik yang digunakan oleh peniaga untuk beberapa tujuan. Setiap kali kita melihat papan iklan, ia sudah cukup memberitahu kita beberapa perkara :


  • Pertama, kita sedar kewujudan perniagaan itu.
  • Kedua, kita tahu produk dan perkhidmatan yang ditonjolkan.
  • Ketiga, kita mula tahu nama perniagaan tersebut.
Namun, sejauh mana kita mengingati setiap baris perkataan di billboard tersebut ?

Di sini barulah psikologi pengiklanan mula mengambil tempat tujuannya supaya setiap baris perkataan melekat dalam fikiran pelanggan. Tidak mungkin kita akan berhenti semata-mata untuk membaca iklan ?

Disinilah Formula 5 mula diperkenalkan. Formula 5 adalah lima patah perkataan yang sekali imbas sudah cukup memberitahu pelanggan tentang sesuatu perniagaan atau produk dalam masa kurang satu saat.

Bagaimana untuk menggunakan Formula 5 dalam perniagaan anda?

Oleh itu gunakanlah formula 5 patah perkataan untuk memulakan tajuk iklan.

Jadi anda perlu bijak mencuri perhatian pelanggan anda. Anda anggaplah pembeli seorang yang sibuk dan tidak sempat membaca iklan yang meleret-leret. Jadi anda wajib mencuri perhatian mereka.

Keadaan inilah yang membezakan anda dengan peniaga-peniaga yang lain. Saya yakin anda boleh menjadi peniaga yang Super berbanding peniaga yang lain.

p/s : artikel ini diolah daripada buku Mudahnya Bisnes Dengan Forum Online oleh saudara Zamri Mohamad dan disesuaikan mengikut gaya penyampaian penulis.



Sekian sahaja artikel kali ini, jangan lupa untuk membaca :

[+] Strategi Memulakan Perniagaan Internet dengan Mesin Komisen : Klik Untuk Maklumat Lanjut

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia