Milik Kita Belum Tentu Rezeki Kita

Formula menarik rezeki sungguh unik. Milik kita belum tentu rezeki kita. Begitulah uniknya konsep rezeki yang perlu kita fahami. Apa yang kita miliki belum tentu 100 peratus rezeki kita. Inilah yang dikatakan konsep hak dan milik dalam rezeki. Ingatlah rezeki itu jaminan Allah SWT dan tidak pernah diketahui bila masanya akan datang. Kadang-kadang tak menang tangan dibuatnya.

Milik Kita Belum Tentu Rezeki Kita

Saya beri contoh yang mudah. Suatu hari semasa sedang makan di sebuah kedai, seekor kucing yang comel datang mengiau-ngiau di sisi saya. Kelihatan kucing itu mengiau-ngiau begitu bersungguh-sungguh sehingga ia melompat ke atas kerusi. Melihat keadaan kucing itu membuat hati saya tersentuh. Kucing ini sangat lapar bisik hati kecil saya.

gambar kucing yang comel

Kisah Kucing dan Pemilik Rezeki

Lalu saya ambil sedikit lauk yang ada dan menghulur kepadanya. Kejadian ini membuatkan saya berfikir lagi mengapa kucing ini datang ke meja saya dan bukan ke meja orang lain?


Saya mula berfikir apa yang berlaku. Saya datang ke kedai makan ini mengambil makanan dan membayarnya dengan duit saya. Boleh dikatakan makanan ini makanan saya dan milik saya. Itu kata saya tetapi hakikatnya milik saya bukanlah semuanya rezeki saya. Rupa-rupanya sebahagiannya adalah rezeki kucing itu.

Sejak hari itu persepsi saya berubah dan setiap kali keadaan ini berlaku lagi saya sudah mengerti apa yang ditentukan oleh Allah SWT.

Usaha dan Rezeki

Apa yang diperolehi melalui usaha kita terdapat padanya rezeki orang lain. Kemudian saya lihat saki-baki makanan di atas pinggan. Ada tulang dan beberapa cebisan lauk yang berbaki. Sekali lagi ia bakal menjadi rezeki semut dan lipas.


Malah mungkin makhluk lain yang tidak nampak seperti jin. Tulang-tulang adalah makanan jin. Sekali lagi milik kita bukannya semua rezeki kita.

Begitulah unik rezeki pembahagian Allah SWT. Apa yang diperolehi dari usaha kita terdapat padanya rezeki orang lain dan jangan lah kita merasa kurang sebaliknya bersyukurlah kerana inilah salah satu kunci rezeki semakin melimpah ruah.



ps : Rezeki akak ni melimpah ruah selepas amalkan formula ini. Buat sale RM10,000 dari bisnes part time sambil jaga anak je. Nak tahu formula apa yang akak ni guna ? Muat turun sekarang --> Formula luar biasa


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
May 11, 2014 3:44 AM delete

Assalamualaikum

Semua rezeki telah ditetapkan,kita perlu usaha sahaja ;)

Reply
avatar
May 28, 2014 7:17 AM delete

Betul tu. Pesan mantan bos saya "rezki atau gaji kita sebenarnya bukan semua milik kita. Sebahagiannya adalah milik oranglain dan perlu kita kongsikan bersama". Nice tazkirah. Syukran kongsi ilmu bermanfaat

Reply
avatar
May 29, 2014 7:08 AM delete

Ya Ieta. Terima kasih atas pandangan yang bernas. Itulah hakikatnya. Hak kita belum tentu milik kita. Sungguh unik konsep rezeki. Sama-sama :-)

Reply
avatar
June 02, 2014 9:21 AM delete

menarik blog en. Azzahairi. Saya perlukan tunjuk ajar dari tuan

Reply
avatar
June 08, 2014 8:37 AM delete

Terima kasih Encik Ariff, Silakan Tuan :-)

Reply
avatar
August 02, 2014 10:07 AM delete


tapi memang betoi pon.
sebelum ni, bila saya sedekah pada orang lain..tak kiralah ssiapa pon,
lepas tu saya dapat banyak peluang buat duit.

allah gandakan pendapatan saya. 10x ganda.
kadang2 bila tengah xda duit pon, sedekah juga.
memang berat hati, tapi allah memang ganda lagi.

Reply
avatar
February 11, 2015 12:56 AM delete

Ya..betul tu, Alhamdulillah Cik Puan, mudah-mudahan kita semua sentiasa dimurahkan rezeki yang berkat. Nice sharing :-)

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia