Konsep Niche Dalam Perniagaan

Susahnya sekarang banyak sangat peniaga yang memasarkan produk hampir sama. Itulah keluhan yang saya pernah dengar dari peniaga. Sebenarnya kita perlu menggunakan strategi yang Killer untuk membuatkan diri kita menonjol dari peniaga lain. Cara yang saya maksudkan ialah konsep Niche.Sebenarnya anda rugi jika tidak menggunakan konsep Niche dalam perniagaan anda.

Kalahkan peniaga lain dengan konsep Niche

Mengapa saya katakan sedemikian? Hal ini demikian kerana dalam perniagaan anda sentiasa berhadapan dengan peniaga lain yang berlumba-lumba untuk menarik pelanggan membeli produk mereka.

Hampir setahun saya korek rahsia konsep Niche ini. Rupanya ia telah lama di amalkan oleh peniaga yang sememangnya super berbanding peniaga lain.


konsep niche dalam perniagaan internet

Memang tidak dapat dinafikan, dalam perniagaan Online mahupun Offline kita terpaksa bersaing dengan ramai peniaga. Kadang kala keadaan ini boleh melemahkan semangat kita sehingga tidak keruan dibuatnya.


Betulkan ?

Saya suka amalkan konsep NICHE dalam memasarkan produk. Tujuannya untuk mengalahkan pesaing saya.

Dulu saya seorang yang ZERO dalam Perniagaan Internet tapi setelah belajar selok-belok dalam perniagaan internet ni rupanya ramai otai IM (Internet Marketer) menggunakan teknik ini.

Persaingan Menentukan Kejayaan Anda


konsep niche dalam perniagaan internet

Konsep Niche


Sekarang kita Fokus kepada teknik ini. Mari saya tunjukkan. Misalnya dalam perniagaan online,anda menjual produk berasaskan kesihatan tetapi ramai juga pesaing anda. Anda jangan panik sebaliknya gunakan teknik NICHE.

Contohnya, jika pesaing anda sudah mengeluarkan atau memasarkan produk 

'Cara CEPAT menurunkan berat badan',
anda boleh niche kan lagi produk tersebut misalnya
'Rahsia CEPAT menurunkan berat badan dalam masa 30 hari',
atau anda boleh niche kan lagi produk anda misalnya :
'Rahsia CEPAT menurunkan berat badan dalam masa 30 hari' dan PERCUMA Rahsia KEKAL Langsing

Hebat bukan ? Ini lah salah satu Rahsia Dalam Perniagaan Internet

Anda boleh mencuba cara ini untuk digunakan tajuk Headline Iklan anda supaya pelanggan Take To Action.

Amalkan konsep NICHE ini semoga anda semakin sukses dalam perniagaan.

Sekian dari saya. Terima kasih.

p/s : Jika Anda Ingin Tingkatkan SALES anda, jangan lupa untuk membaca 2 Ebook ini :


Ebook Seni Jualan Psikologi Pelanggan 
Ebook 101 Idea Psikologi Pelanggan


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
May 24, 2014 8:57 PM delete

maksudnya tuan, ayat penulisan kita tu je yang kena power la kan?

Reply
avatar
May 25, 2014 3:49 AM delete

Ya betul tu, mula-mula kita perlu spesifikkan niche kita untuk mengurangkan persaingan. Kemudian barulah senang kita nak karang ayat untuk menjual :-)

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia