Rahsia Memilih dan Menjual Produk Di Internet.

Asssalamualaikum dan apa khabar semua. Saya harap anda semua sihat dan semakin memahami dunia PERNIAGAAN di Internet. Sudahkan anda membaca Artikel saya yang lepas berkenaan AFFILIATES. Sebelum anda membaca Artikel saya kali ini. Cuba anda jawab beberapa soalan saya.

1.Adakah anda minat untuk menceburi bidang PERNIAGAAN?
2.Adakah anda ingin menceburi perniagaan di INTERNET ?
3.Adakah anda masih tercari-cari bagaimana untuk memilih dan menjual PRODUK di Internet ?

Sekiranya jawapan anda bagi ketiga-tiga soalan ini adalah 'Ya', anda berada di landasan yang TEPAT.
Satu tepukan untuk diri anda sendiri. Mengapa saya berkata demikian? Kerana hari ini saya akan terangkan tentang Cara MEMILIH dan MENJUAL produk di Internet.


Memilih PRODUK untuk dijual di Internet adalah sangat PENTING. Berdasarkan pengalaman saya, sebagai usahawan internet, anda boleh memilih produk dari beberapa kriteria :

1.Produk dan perkhidmatan yang diusahakan sendiri
2.Produk dan perkhidmatan dari perniagaan orang lain atau DROPSHIP.
3.Produk dan perkhidmatan yang menawarkan tentang program AFFILIATES.


1.Produk dan perkhidmatan yang diusahakan sendiri

  • Anda sebernarnya berpeluang menjual produk dan perkhidmatan anda di internet. Sekiranya anda mempunyai kemahiran melukis anda boleh menawarkan perkhidmatan melukis. Saya tahu anda diluar sana mempunyai kemahiran masing-masing misalnya kemahiran membaiki telefon bimbit, membuat perhiasan, membuat kuih dan sebagainya. Anda boleh menggunakan Blog, Web, Facebook atau Forum untuk memperkenalkan perniagaan anda.


2.Produk dan perkhidmatan dari perniagaan orang lain atau DROPSHIP.

  • Menjual produk dan perkhidamtan dari perniagaan orang lain sangat MENGUNTUNGKAN anda. Hal ini demikian kerana anda tidak perlu menyimpan produk dan menguruskan proses penghantaran produk kepada pelanggan. Anda cuma perlu melakukan promisi dan mengambil tempahan sahaja. Anda boleh memilih mana-mana produk dan cubalah menghubungi penjual dan berbincang dengan mereka. Biasanya, mereka akan memberikan harga pengedar kepada anda. Anda hanya perlu mempromosikan produk mereka atau menjadi orang tengah.


3.Produk dan perkhidmatan yang menawarkan tentang program AFFILIATES.

Apakah Program Affiliates ?

Sebelum kita memahami apa itu Affiliates, mari kita tanya diri kita dengan beberapa soalan :

1. Pernahkah kita didatangi jurujual yang mempromosikan produk mereka?
2. Pernahkah kita bergaul dengan mereka yang menjual produk melalui syarikat
jualan langsung (MLM) ?
3. Pernahkah kita menjadi ejen kepada mana-mana syarikat jualan langsung?
4. Pernahkah kita membantu sesiapa bagi menjual produk ataupun perkhidmatan
dan menerima komisen?
5.Pernahkah kita cuba menjual produk dengan membuat temu janji dengan pelanggan
dan terpaksa mengejar masa serta membimbit sejumlah katalog yang berat ?



Namun hasilnya tidak menggalakkan. Jadi sekarang apa jawapan anda? Sekiranya jawapan anda adalah 'Ya', maka program  Affiliates adalah yang sesuai buat kita. Affiliates bermaksud kita menjadi jurujual siber dan mendapat komisen daripadanya.

Kita menjual produk-produk yang terdapat di internet. Kita boleh memilih sebanyak mana program  Affiliates dan menjual produk tanpa perlu berjumpa dengan pelanggan, membimbit katalog, serta bercakap tanpa henti dan tidak perlu bijak berkata-kata untuk melariskan jualan.

Untungnya,kita tidak perlu menyimpan stok bagi produk yang kita jual. Apa yang perlu kita buat cuma lakukan promosi dan jualan dari rumah hanya menggunakan internet sahaja. Ianya menjimatkan masa dan tenaga.

Jadi selepas membaca Artikel ini anda sudah memahami 3 perkara yang perlu ada untuk membina perniagaan anda.

Sebelum saya akhiri artikel ini saya tinggalkan anda dengan


# Rahsia Menjual Produk Tanpa Menyakitkan Hati Pelanggan

Ianya disediakan KHAS untuk Anda yang ingin memahami selok belok untuk memahami Psikologi pelanggan anda.

Sekian dari saya. Terima Kasih kerana berkunjung. Jangan lupa untuk Subcribe blog ini untuk mendapatkan Tips Buat Duit melalui Internet secara PERCUMA.
Adakah anda juga menggunakan Instagram untuk mempromosikan produk anda? Ketahui Bagaimana Mendapatkan 10,000 Real Follower Dan Letupkan Jualan Anda Menerusi Instagram Dalam Hanya 5 Minggu!

Saya mohon anda berikan masa 5 minit untuk baca website ini sehingga habis untuk tahu rahsia letupkan jualan anda pada tahun ini. Baca disini


- See more at: http://www.azzahairi.com/2013/08/mengenali-perniagaan-affiliates.html#sthash.1dfyu0ZY.dpuf

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia