Rahsia Pemasaran Melalui Email ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sedar tak sedar sudah berada di bulan september 2013.Namun dunia internet tidak pernah sepi dengan Internet Marketer.Siapakah Internet Marketer?Mungkin juga anda salah seorang dari mereka.

Saya tertarik dengan email yang dihantar oleh Irfan Khairi tentang teknik perniagaan melalui email.Berniaga melalui email merupakan alternatif yang sangat hebat.Saya berkesempatan menulis artikel ini untuk saudara saudari.Jangan lupa Take To Action Yer.


pemasaran melalui email dalam teknik perniagaan internet


Kuasa Pemasaran Email Sangat Berkesan


Rugi sekiranya anda tidak menggunakan pemasaran melalui email.Salah satu sebabnya kerana kuasa beli melalui email adalah sangat tinggi.
Jika anda bertanya saya Apakah Strategi Pemasaran di Internet yang berkesan? Saya akan jawab salah satunya adalah melalui Email.

Namun begitu ia menjadi masalah bagi anda kerana tidak memiliki ilmu yang sebenar.Oleh sebab itulah tergerak hati saya untuk menulis artikel pada kali  ini berkenaan dengan Pemasaran Melalui Email.

Saya yakin anda juga sudah memiliki email samada daripada Yahoo ataupun Google. Email bersifat mesra pengguna dan perkhidmatannya adalah percuma. Jadi bagaimana anda boleh menjana keuntungan melalui Pemasaran melalui email.

Sebenarnya sudah ramai Newbie diluar sana yang telah menggunakan Teknik pemasaran melalui  Email. Mereka telah mengumpul seberapa banyak senarai email prospek tanpa perlu berhadapan  dengan mereka.

Pemasaran melalui Email memerlukan anda mengumpul senarai email sebanyak  yang mungkin dan message Follow Up kepada mereka.

Semakin besar Mailing List anda  semakin besar kuasa beli yang ada dalam Mailing List anda. Pemasaran melalui Email juga dilakukan untuk mensasarkan pelanggan yang BERMINAT
terhadap produk anda.

Jadi saranan saya untuk menguasai Pemasaran Melalui Email anda perlu mengumpul senarai email sebanyak yang mungkin. Senarai email anda seolah-olah Pasaraya yang mempunyai ramai pembeli dan andalah pemilik Pasaraya tersebut.

Oleh hal yang demikian ambillah pendekatan yang terbaik untuk berjaya dalam Perniagaan di  Internet. Andalah yang memacu dan menentukan halatuju perniagaan anda.

Akhir Kata dari saya

“ Berniagalah di Internet dengan Cara Yang Betul ”

Harapan saya semoga anda dapat menguasai teknik dan strategi Pemasaran Email yang betul dalam masa yang SINGKAT.


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia