Mengenali Perniagaan AFFILIATES

Apakah Program Affiliates ?
 
Sebelum kita memahami apa itu Affiliates, mari kita tanya diri kita dengan beberapa soalan :

1. Pernahkah kita didatangi jurujual yang mempromosikan produk mereka?
2. Pernahkah kita bergaul dengan mereka yang menjual produk melalui syarikat jualan langsung (MLM) ?
3. Pernahkah kita menjadi ejen kepada mana-mana syarikat jualan langsung?
4. Pernahkah kita membantu sesiapa bagi menjual produk ataupun perkhidmatan dan menerima komisen?
5.Pernahkah kita cuba menjual produk dengan membuat temu janji dengan pelanggan dan terpaksa mengejar masa serta membimbit sejumlah katalog yang berat ?

Namun hasilnya tidak menggalakkan. Jadi sekarang apa jawapan anda? Sekiranya jawapan anda adalah 'Ya', maka program Affiliates adalah yang sesuai buat kita.

Mengenali Perniagaan AFFILIATES


Affiliates bermaksud kita menjadi jurujual siber dan mendapat komisen daripadanya. Kita menjual produk-produk yang terdapat di internet. Kita boleh memilih sebanyak mana program Affiliates dan menjual produk tanpa perlu berjumpa dengan pelanggan,membimbit katalog, serta bercakap tanpa henti dan tidak perlu bijak berkata-kata untuk melariskan jualan.

Untungnya,kita tidak perlu menyimpan stok bagi produk yang kita jual. Apa yang perlu kita buat cuma lakukan promosi dan jualan dari rumah hanya menggunakan internet sahaja. Ianya menjimatkan masa dan tenaga.



Share this

Related Posts

First

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia