Punca Perniagaan di Internet GAGAL

Kali ini anda akan mengetahui 6 Punca kegagalan perniagaan di internet. Ianya merupakan perkara yang perlu anda tahu dan wajib dielakkan.
Sebelum anda pergi lebih jauh dalam perniagaan di internet. Anda seharusnya memahami dan memiliki ilmu supaya perniagaan anda BERJAYA. Kerana 6 perkara inilah yang menentukan KEJAYAAN perniagaan anda.

6 PUNCA Perniagaan di Internet Anda GAGAL




punca perniagaan internet gagal


Antaranya :

1.      Menganggap perniagaan di internet bergerak SENDIRI


Kita sebenarnya silap sekiranya beranggapan laman web kita ramai dikunjungi tanpa berbuat apa-apa. Sebenarnya perniagaan di internet sama sahaja dengan perniagaan sebenar. Kerana kedua-duanya memerlukan USAHA. Anda perlu berfikir, merancang dan mempelbagaikan kaedah perniagaan anda.

2.      JANGAN menumpukan perhatian hanya kepada Search Engine (enjin pencari) semata-mata


Sebenarnya terdapat banyak cara lain untuk membantu anda melakukan promosi. Misalnya mendapatkan kedudukan pertama di search engine hanyalah teknik bagi mendapatkan pengunjung datang ke laman web anda. Ianya perlu disokong dengan teknik-teknik promosi yang lain untuk menukarkan pengunjung menjadi pembeli misalnya teknik Opt-in dan Autoresponder.

3.      STRATEGI pemasaran yang salah


Anda seharusnya menggunakan teknik pemasaran yang betul misalnya pemasaran melalui email, blog, forum dan e-zine.

4.      Tidak serius dalam perniagaan internet. 


Kita sebenarnya silap sekiranya tidak serius dalam apa jua yang dilakukan. Dalam perniagaan di Internet kita juga perlu berusaha. Satu contoh yang ketara adalah kita berusaha untuk memiliki nama domain dan webhosting. Memiliki nama domain sendiri misalnya mampu menunjukkan bahawa kita serius dalam perniagaan di internet. Jika anda lihat kebanyakan Internet Marketer memiliki nama domain masing-masing. Hal ini adalah kerana mereka serius dalam perniagaan di Internet.

Anda boleh mendapatkan nama domain pilihan anda dengan harga yang MURAH untuk perniagaan anda di :

5.      Sikap mengambil MUDAH terhadap pengunjung dan pembeli


Sikap mengambil mudah perlu dielakkan dalam perniagaan di internet. Misalnya kebanyakan pemilik laman web cuma melihat dan mementingkan bilangan pengunjung yang ramai semata-mata.

Anda boleh lakukan tips yang saya berikan ini iaitu menggunakan online form atau borang untuk pengunjung subscribe laman web anda. Tujuannya untuk mengambil email mereka. Sekiranya mereka subscribe ini bermakna mereka sedikit sebanyak berminat dengan produk kita. Kita terus melakukan promosi susulan melalui email mereka untuk menukar mereka menjadi pembeli suatu hari nanti.

Jangan abaikan mereka yang telah membeli produk anda. Sentiasalah menghubungi mereka dengan menghantar kad-kad ucapan atau artikel menarik. Ianya sangat penting untuk menjaga hubungan anda dengan pembeli. Mereka sangat berguna untuk produk anda yang akan datang.

6.      Menganggap perniagaan berjaya jika memiliki pengunjung yang RAMAI.


Inilah kesilapan kita yang sebenar. Jika ada anggapan begini ia boleh menjejaskan perniagaan kita. Sebenarnya bilangan pengunjung yang ramai adalah tidak penting kerana yang paling penting adalah bagaimana kita menukar mereka menjadi PEMBELI.

Sekian sahaja dari saya. Jadikan 6 perkara di atas sebagai prinsip atau garis panduan dalam perniagaan ANDA. Tiada yang lebih menggembirakan saya apabila melihat anda berjaya.

Sumber rujukan : 15 Efektif Internet Marketing karya Fuad Latip.


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia