Cara Program Affiliates Dijalankan

Affiliates bermaksud kita menjadi jurujual siber dan mendapat komisen daripadanya. Kita menjual produk-produk yang terdapat di internet. Kita boleh memilih sebanyak mana program  Affiliates dan menjual produk tanpa perlu berjumpa dengan pelanggan,membimbit katalog, serta bercakap tanpa henti dan tidak perlu bijak berkata-kata untuk melariskan jualan.

Pada artikel kali ini saya akan terangkan tentang bagaimana program Affiliates dijalankan. Tujuannya supaya anda dapat memahami Affiliates dengan mendalam.
Program affiliates terbahagi kepada tiga jenis iaitu :

Pay Per Sale

program Affiliates pay per sale

Dikenali sebagai program Partnership dan Percentage Partner. Ia bermaksud apabila kita dibayar dengan sejumlah komisen tetap ataupun peratus tertentu apabila kita berjaya menghasilkan jualan melalui LINK Affiliates yang kita gunakan bagi mempromosikan produk sesebuah syarikat.

Pay Per Click


program Affiliates pay per kos



Program ini hampir sama dengan Pay Per Lead. Melalui program ini kita dibayar komisen apabila pelawat laman web kita klik pada link yang kita sediakan dan memasuki laman web program affiliate yang kita sertai.


Pay Per Lead




program Affiliates pay per sale



Melalui program Pay Per Lead, kita dibayar dengan sejumlah komisen apabila pelanggan kita mengisi maklumat yang diperlukan oleh sesuatu laman web ataupun mengisi maklumat tentang penyelidikan atau bancian yang mereka perlukan.

Sekian sahaja dari saya, diharap artikel ini dapat membantu anda memahami perniagaan internet dengan lebih mendalam. Jangan lupa untuk Subscribe blog ini untuk mendapatkan Tips Perniagaan Internet secara PERCUMA.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia