Bisnes Fotografi Cara Tambah Pendapatan

Bisnes Fotografi Cara Tambah Pendapatan - Semua orang boleh ambik gambar tapi tak semua orang jadikannya sebagai hobi. Tapi sebenarnya ia adalah hobi yang menguntungkan yang penting korang kenalah ada minat dan kesungguhan. Macam member saya sejak zaman sekolah lagi dah bergelut dengan kamera dan sampai sekarang pun masih photoshot sana-sini sebab member saya tu memang minat gila tangkap gambar.

Member saya tu dah buat bisnes fotografi untuk tambah pendapatan.  Tanpa modal yang besar dan peralatan canggih pun, sesiapa sahaja termasuk korang juga boleh memulakannya. Dengan syarat korang mestilah mengetahui langkah-langkah buat duit dengan bisnes fotografi.

Korang bayangkan dengan berbekalkan kamera DSLR dan cara marketing yang betul, korang akan mendapat sekurang-kurangnya dua projek fotografi perkahwinan setiap bulan. Dan untuk satu majlis perkahwinan korang boleh kenakan bayaran sebanyak RM1,500. Dua majlis perkahwinan korang dapat RM3,000. Tolak kos cetak custom album, gambar dan sebagainya, korang masih boleh untung sekitar RM2,000 sebulan.


Bisnes Fotografi Cara Tambah Pendapatan

"Jurufoto Profesional, Dibayar Sehingga RM7,000 Untuk 1 Sesi Fotografi."
Itu hanyalah contoh. Dalam industri fotografi, jurufoto profesional dibayar di antara RM1K - 7K untuk satu sesi fotografi perkahwinan. Ada juga jurufoto yang dibayar di antara RM1K – 3K sehari. Dan korang juga boleh sampai ke tahap ini dalam masa yang singkat sekiranya korang berminat dan tahu cara memasarkan perkhidmatan fotografi anda.

cara buat bisnes fotografi

Saban tahun semakin ramai bakal pengantin yang akan berkahwin. Untuk melangsungkan perkahwinan, mereka akan mengadakan kenduri dengan menjemput saudara-mara dan kenalan seramai mungkin untuk memeriahkan majlis.

Kalau setakat nak keluar belanja RM20,000 itu satu perkara biasa bagi masyarakat Melayu moden terutamanya di kawasan bandar. Belanja untuk catering, khemah, pelamin, khidmat jurufoto, p.a. system, hantaran, doorgift, kumpulan kompang, solekan, mandi bunga, pakaian pengantin dan banyak lagi – itu perkara-perkara yang mesti ada untuk mengadakan walimatul-urus.

Apabila korang telah mendapat banyak tawaran dan menjadi semakin pro, korang boleh tawarkan pakej berharga dari RM3,000 sehingga RM7,000. Cuba kira, berapa keuntungan korang dapat sekiranya korang mendapat kerja fotografi perkahwinan setiap minggu sepanjang tahun?

Fotografi kahwin ialah salah satu bisnes yang tidak akan merosot sampai bila-bila pun. Tiada jurufoto individu atau syarikat fotografi yang mampu memonopoli pasaran fotografi kahwin di Malaysia. Setiap jurufoto baru seperti korang berpeluang untuk merebut ‘lubuk duit’ ini.

Peluang Jana Pendapatan Dengan Bisnes Fotografi

panduan bisnes fotografi

Jika korang pelajar lepasan SPM atau sedang belajar di IPT, mungkin korang terfikir apakah peluang terbaik untuk dapatkan income secara lumayan. Korang mungkin tidak mahu jadi terlalu kaya-raya, tetapi kalau boleh beli motor, laptop, smartphone, pakaian atau apa-apa sahaja keperluan, apa salahnya mencuba satu peluang bisnes mudah yang mampu memberikan pulangan sekurang-kurangnya RM500 sebulan.

Tidak kira sama ada korang :
  • baru habis sekolah dan sedang tunggu keputusan SPM
  • masih belajar di sekolah, kolej atau universiti
  • siswazah yang masih terkial-kial mencari pekerjaan tetap
  • ada pekerjaan tetapi mahu cari peluang tambah pendapatan
  • ibu bapa yang mahu anak mereka menjadi usahawan part-time dengan satu kemahiran hebat.
  • Minat dengan fotografi tetapi tak tahu langsung bagaimana untuk jadikannya satu sumber pendapatan.
  • Ataupun sedang cari idea bisnes untuk bermula.

Untung Ke Bisnes Fotografi?

Korang masih tak percaya? Berikut ialah anggaran purata bayaran khidmat fotografi yang dikenakan di Malaysia :
  • Engagement – RM600 – RM1,000
  • Wedding (basic) – RM800 – 1,200
  • Wedding (standard) – RM1,500 – RM2,500
  • Wedding (vip) – RM3,500 - RM7,000
  • Birthday party (basic) – RM600
  • Birthday party (standard) – RM1,200
  • Potrait (per session/2 hours) – RM500 – RM1,000
  • Product (per item) – RM100 – RM300
  • Product (full set) – RM1,000 – RM 5,000
  • Event (half-day) – RM400
  • Event (full-day) – RM800
  • Universities/colleges graduation (per student) - RM150 – RM300
  • Kindergarten graduation (per student) – RM50 – RM80
  • Staff profile (per staff) – RM50 – RM100

Kalau sebulan korang boleh dapat dua wedding photography, dua event, satu birthday party – RM4,000 sudah ada dalam tangan. Jika korang telah berpengalaman dan tahu selok-belok industri ini tidak mustahil untuk anda dapatkan tender fotografi majlis graduasi dari taska, kolej dan universiti.

Contoh Keuntungan Untuk Fotografi Majlis Konvokesyen:

Seorang siswazah korang boleh caj RM200 untuk graduation potrait termasuk gambar bersaiz 8R dan frame + glass.

Untuk majlis konvokesyen sesuatu tahun itu, terdapat 1,000 orang pelajar berjaya bergelar siswazah di universiti tersebut. Anda mendapat bayaran RM200,000!!! Tolak kos peralatan kamera, strobe set, backdrop, cetakan dan framing korang masih boleh untung kira-kira RM50,000!!!

Tidak mustahil untuk mendapat projek fotografi graduasi sekiranya korang bijak mencari peluang tender dan pandai cara meletakkan sebut harga. Fotografi ialah satu industri baru yang semakin pesat berkembang setiap tahun. Daripada perkahwinan sehingga ke konvokesyen, korang berpeluang untuk menceburinya sekiranya korang tahu langkah-langkah yang betul untuk bermula dan mengembangkannya.

7 Rahsia Bisnes Fotografi

Ebook ini akan membantu orang baru seperti korang bagaimana untuk bermula dengan bisnes fotografi. Tanpa mengetahui 7 rahsia dalam ebook PANDUAN BISNES FOTOGRAFI, korang akan mengalami banyak kesukaran seperti yang dihadapi ramai jurufoto baru.

Paling teruk, korang akan berhenti sekerat jalan tanpa mengetahui apakah kesilapan yang telah korang lakukan. Ebook PANDUAN BISNES FOTOGRAFI ini akan membantu korang memulakan bisnes fotografi langkah demi langkah secara betul dan teratur dengan risiko paling rendah.

Ebook PANDUAN BISNES FOTOGRAFI

ebook bisnes fotografi

Banyak kelebihan yang korang akan nikmati selepas membaca ebook PANDUAN BISNES FOTOGRAFI kerana korang akan tahu bagaimana cara untuk bermula dari A-Z dengan risiko paling minima.

Dengan mengetahui rahsia yang terkandung dalam ebook ini, korang akan mempunyai banyak kelebihan berbanding jurufoto di luar sana yang tidak tahu tentang selok-belok perniagaan fotografi cara pantas dengan mudah.

Daripada ebook ini, korang akan tahu :
  1. Set kamera DSLR dengan bajet paling minima untuk bermula
  2. Cara pantas untuk belajar fotografi secara PERCUMA!
  3. Rahsia pengiklanan khidmat fotografi yang ramai photographer tak tahu.
  4. Bagaimana nak iklankan khidmat fotografi secara berkesan dengan bajet RM10 sahaja buat selama-lamanya.
  5. Bagaimana nak bina kredibiliti dan rangkaian untuk mengembangkan perniagaan fotografi anda sebagai monthly cash-flow.
  6. Apakah aksesori-aksesori fotografi tambahan yang diperlukan untuk memajukan perkhidmatan fotografi anda ke tahap lebih tinggi.
  7. Panduan meletakkan harga pakej untuk fotografi kahwin dan lain-lain.
Dengan mempraktikkan panduan daripada ebook ini, korang boleh terus memulakan bisnes fotografi korang tanpa berasa ragu-ragu lagi. Ikut panduan dalam ebook ini satu-persatu dan korang akan nampak hasilnya sedikit demi sedikit. Dengan usaha dan komitmen terbaik yang korang berikan dalam fotografi, tidak mustahil untuk korang mendapat lebih banyak bayaran sebagai jurufoto.

Jom baca Ebook Bisnes Fotografi disini. Semoga berjaya.

Prosedur Beli Rumah Pertama Dari Mula Sampai Dapat Kunci

Prosedur Beli Rumah Pertama Dari Mula Sampai Dapat Kunci - Artikel ini diambil daripada blog Gila Hartanah. Untuk rujukan dan manfaat bersama saya kongsikan di ruangan ini.

Mungkin ramai yang tak berani beli rumah sebab tak tahu proses dan prosedur yang terlibat.

Sebab terlampau baru, ramai yang tak berani nak bertindak sebab tak tahu selok-belok membeli rumah pertama.

panduan beli rumah hingga dapat kunci

Takut pula kalau “terkena” nanti. Ya lah, banyak duit boleh lebur kalau tersalah langkah kan?

Kalau ini masalah korang, Tok cadangkan untuk teruskan bacaan sampai habis.

Tuan Arif Hussin ada kongsikan tutorial membeli rumah secara komprehensif dan mudah nak hadam. Semoga ia bermanfaat buat korang semua.

Anda dijamin berani bertindak bila dah tahu prosedur ini.

Prosedur beli rumah mungkin asing bagi korang yang bercadang membeli hartanah pertama.

Membeli hartanah secara amnya, melibatkan 5 langkah:
  1. Membuat persediaan pembelian,
  2. membuat tawaran,
  3. mendapatkan khidmat guaman dan pinjaman,
  4. menandatangani perjanjian,
  5. Urusan pindah milik.
Mengetahui prosedur adalah penting kerana ianya dapat:

  • Membantu anda membuat perancangan, dan
  • Mengelakkan kelewatan yang boleh menyebabkan kerugian.

Dalam tutorial kali ini, saya akan berkongsi tentang jangkamasa dan prosedur membeli hartanah.

Apa yang anda perlu sediakan sebelum membeli rumah? 

Korang dah bersedia bersedia untuk membeli rumah, kalau cukup syarat di bawah ini:
  1. Ada 10% tunai dari nilai rumah untuk deposit (30% deposit untuk rumah ketiga dan seterusnya). Untuk pengeluaran KWSP, kebanyakan pemilik masih memerlukan korang membayar deposit dahulu & kemudian baru buat pengeluaran,
  2. Ada tunai 4% dari nilai rumah untuk kos guaman dan duti setem,
  3. layak buat pinjaman dengan bank atau perunding hartanah,
  4. Untuk pinjaman sedia ada (pinjaman peribadi, kad kredit), korang dah urus bayaran dengan baik dan tak ada sebarang kelewatan,
  5. jika berkerja tetap, status perkerjaan korang dah confirm sebagai pekerja tetap, atau melebihi 6 bulan,
  6. dokumen untuk permohonan pinjaman dan guaman lengkap,
  7. mesti ada sedikit komitmen. Kalau bersih, tak pernah ada pinjaman, susah juga bank nak terima. Dapatkan credit card, guna sikit, bayar terus dalam tempoh grace period yang ditetapkan.

Masuk pula bab surat tawaran.

Setelah memilih hartanah untuk dibeli, korang akan menandatangani surat tawaran.

Korang dinasihatkan supaya meneliti terma-terma dalam surat tawaran tersebut.

Korang juga akan membuat bayaran sebanyak 3% sebagai wang tanda jadi, atau booking fee dekat agensi hartanah.

Agensi hartanah akan bertindak sebagai pemegang amanah. Ini bagi memastikan wang diurus dengan selamat dan adil.

Tip elakkan booking fee anda hangus begitu saja.
  • Pastikan kita berurusan dengan perunding hartanah berdaftar. Minta mereka tunjukkan tag & business card,
  • Kalau beli terus dengan pemilik, wang tanda jadi dibayar dekat peguam sebagai pemegang amanah,
  • Baca, teliti dan patuh klausa perjanjian (offer to purchase),
  • Pastikan kita layak meminjam berkadaran dengan harga rumah. Letak klausa wang tanda jadi (booking fee) akan dipulangkan kalau pinjaman tak lulus.

Macam mana nak dapatkan khidmat guaman dan pinjaman perumahan?

Apabila tawaran dipersetujui pemilik, kita perlu mendapatkan pinjaman jika belian dibuat melalui pembiayaan.

Selain itu, kita juga perlu mendapatkan khidmat guaman untuk mengurus pindah milik hartanah dan pinjaman.

Untuk kemudahan, kebanyakan ejen hartanah boleh membantu untuk menghubungkan pembeli dengan peguam dan juga jurubank.

Tip memilih peguam yang ohsem.

Peguam ni ada kepakaran masing-masing.

Seeloknya pilihlah yang berpengalaman dalam mengurus jual beli hartanah.

Jangan tergesa-gesa dalam memilih. Terutama kalau kita pakai pinjaman kerajaan yang perlukan banyak bantuan dari mereka. Minta pendapat rakan taulan atau perunding hartanah.

Siapkan dokumen ini sebelum buat pinjaman perumahan.

Untuk mereka yang berkerja tetap, berikut adalah senarai dokumen yang perlu disediakan untuk memohon pinjaman perumahan dan juga untuk tujuan guaman:

  • Salinan kad pengenalan,
  • slip gaji 3 bulan,
  • bank statement 3 bulan,
  • EPF statement dan /atau borang EA,
  • dokumen sokongan untuk pendapatan sampingan (sewa, ASB, atau lain-lain),
  • Surat tunjuk minat membeli rumah (surat tawaran / tunjuk minat / booking form).

Tiba masa untuk tandatangan surat perjanjian.

Dalam tempoh 14 hari berkerja selepas surat tawaran dipersetujui, anda dan pemilik akan menandatangani perjanjian jual beli atau Sales and Purchase Agreement (S&P).

Kita juga perlu membuat bayaran baki 7% kepada peguam. Wang tanda jadi 3% ditambah dengan baki 7% ini menjadi deposit 10% untuk rumah tersebut.

Proses uruskan pindah milik hartanah jenis pegangan bebas (freehold).

Kemudian, proses pindah milik bermula. Proses ini diurus dengan bantuan peguam dan perlu diselesaikan dalam tempoh 90 hari.

Bayaran baki 90% harga hartanah juga perlu dibuat oleh kita atau bank dalam tempoh ini.

Untuk hartanah berstatus hakmilik kekal atau ‘freehold’ tempoh 90 hari ini bermula dari tarikh perjanjian jual beli.

Apa nak buat kalau hartanah itu bukan jenis pegangan bebas (freehold)?

Ini adalah berbeza untuk hartanah selain freehold. Contohnya hartanah:

  • Berstatus hakmilik pajakan (atau leasehold),
  • geran induk belum disempurnakan.

Pindah milik untuk hartanah ini perlu mendapat kebenaran dari pihak berkuasa negeri atau pemaju.

Proses ini boleh memakan masa antara 1 hingga 6 bulan. Tempoh 90 hari untuk menyelesaikan pindah milik hanya bermula setelah kebenaran diperoleh.

Apa akan jadi kalau terlewat?

Kalau proses pindah milik dan bayaran 90% baki harga hartanah tak diselesaikan dalam tempoh 90 hari, pembeli akan diberi tempoh tambahan 30 hari.

Dalam tempoh ini pembeli dikenakan penalti, amnya pada kadar faedah 8% setahun.

Ambil kunci rumah.

Setelah kesemua proses ini selesai, pembeli akan menerima kunci rumah daripada pemilik.



Macam mana? Masih rasa susah lagi ke nak beli rumah?

Tok yakin korang semua orang yang bijak belaka, yang nak ubah nasib kewangan diri sendiri dan keluarga. In Shaa Allah dengan ilmu ini, korang lebih berani bertindak selepas ini.

Normal. Manusia takut pada sesuatu perkara yang mereka tak tahu. Dan sekarang, korang dah tahu. Tok yakin korang dah tak takut macam dulu. Jadi, tunggu apa lagi?

Nak beli rumah tapi tak cukup duit nak bayar downpayment? Ini penyelesaiannya.

Belajar cara 12 orang otai pelaburan hartanah ni beli rumah dengan modal yang minima.

Dapatkan ebook bertajuk “Tak Ada Duit, Boleh Beli Rumah Ke?” sekarang pada harga promosi. Promosi akan tamat pada bila-bila masa sahaja.



Nota Kaki :

Ribuan terima kasih di atas perkongsian asal daripada blog Gila Hartanah. Sumber entri asal: Prosedur beli rumah pertama dari mula sampai dapat kunci. Senang untuk orang baru hadam.


Cara Tingkatkan Jualan Guna Facebook Fanpage

Cara Tingkatkan Jualan Guna Facebook Fanpage - Anda adalah salah seorang yang berniaga di facebook? Dah berjaya atau belum menjual di facebook? Kalau dah ada produk untuk dijual anda perlu ada sebuah fanpage. Dengan adanya fanpage anda boleh menjual di sana.

Tapi adakah setakat ini anda dah berjaya mejual di fanpage? Sebenarnya pelanggan anda ada di facebook cuma anda tak tahu kat mana nak dapatkan mereka. Anda perlu bawa mereka yang berminat dengan produk anda supaya like fanpage anda. Barulah senang anda nak tukarkan mereka jadi pelanggan.

Cara tingkatkan jualan di facebook adalah anda perlu kenalpasti produk anda memberi penyelesaian kepada masalah apa. Contohnya anda nak jual produk hilangkan jerawat jadi pelanggan anda adalah mereka yang mengalami masalah jerawat. Nama fanpage mestilah bersesuaian dengan nama produk.

Cara Tingkatkan Jualan Guna Facebook Fanpage

Sebagai peniaga online yang menggunakan kaedah pemasaran di facebook, anda perlu tahu cara pemasaran fanpage yang betul. Untuk tingkatkan jualan dan tingkatkan like di fanpage, anda perlu tahu teknik di bawah. Teknik ini adalah teknik menjual di fanpage.

1) Tahu bina Fanpage terbaik dan PRPFESIONAL
2) Tahu cara naikkan jumlah like supaya kredibiliti meningkat
3) Tahu buat post yang dapat menarik minat
4) Tahu cara buat jualan yang betul dan pantas
5) Cara nak close sales dan berinterakai dengan pelanggan

Sebenarnya jika anda nak tahu 5 cara tingkatkan jualan di facebook, anda boleh "Teknik Fanpages Superstar" yang ditulis oleh Nigel Ong. Siapa Nigel Ong ni? Ok jom kita teruskan pembacaan.

Cara Tingkatkan Jualan dan Likes di Facebook Fanpages

Perkongsian daripada Nigel Ong. Beliau mula menjalankan perniagaan online secara kecil-kecilan beberapa tahun dulu.

Pada mulanya, beliau menjalankan bisnes borong, di mana, beliau memborong barang dari China secara online, dan kemudiannya, menjualkannya semula kepada rakyat Malaysia juga secara online.

Beliau menggunakan instagram dan juga facebook fanpage untuk menjual produk-produk. Sambutan yang beliau terima sangat menggalakkan. Dan dibawah adalah bukti jualan beliau mengalami peningkatan.

cara tingkatkan jualan dengan fanpage

cara tingkatkan jualan dengan fanpage

cara tingkatkan jualan dengan fanpage

Bagi memudahkan pemahaman anda, beliau telah susun setiap perkara yang di lakukan itu menjadi 8 langkah! Ianya supaya anda dapat mengikutinya dengan teratur dan mudah.

Berikut adalah 8 langkah yang telah disusun untuk melonjakkan jualan produk menggunakan facebook fanpage!

Panduan Tingkatkan Jualan Facebook Fanpages

LANGKAH 1 : PRODUK - NAK JUAL APA?

Perkara pertama yang perlu anda fikirkan ialah tentang produk. Apakah produk yang mahu anda jual? Apakah manfaat produk tersebut? Apakah masalah yang ia dapat selesaikan?

Dalam bab ini anda akan dibantu memikirkan produk apa yang sesuai untuk anda jual secara online! Bukan sekadar 1 produk.. tetapi kita akan fikirkan produk-produk yang "berantai".

Namun begitu, jika anda sudah mempunyai produk sendiri yang mahu dijual, anda mungkin boleh abaikan langkah ini.


LANGKAH 2 : PELANGGAN - NAK JUAL KEPADA SIAPA?

Ini adalah langkah yang paling kritikal! Jika anda tidak tahu siapa pelanggan anda, anda akan amat sukar untuk menjual produk anda. Jadi, pada langkah ini, anda akan dibimbing bagaimana untuk mengenalpasti dengan tepat, siapakah bakal pelanggan anda?


LANGKAH 3 : CARA BINA FANPAGE!

Pada langkah ini anda ditunjukkan secara step-by-step bagaimana untuk membina fanpage. Bukan sekadar fanpage biasa-biasa.. tetapi fanpage yang kelihatan profesional dan mempunyai kadar engagement yang tinggi.

Ada 3 setting yang sangat penting apabila anda membina sesebuah fanpage. Anda akan ditunjukkan apakah setting tersebut dan bagaimana untuk melakukannya.


LANGKAH 4 : JANA LIKES

Mahu atau tidak, mempunyai sebilangan like adalah sangat penting sebagai "first impression" orang ramai terhadap fanpage anda. Anda akan ditunjukkan bagaimana anda boleh membina & mengumpul like yang banyak dengan pantas!

Apa yang lebih penting, ianya bukanlah "like sampah", anda diajar bagaimana untuk mengumpul like yang berkualiti tinggi yang benar-benar mempunyai minat dengan produk jualan anda!


LANGKAH 5 : POST & ENGAGEMENT!

Ramai pemilik fanpage yang pening dan tiada idea tentang apa yang mahu di tulis atau di post pada fanpage mereka!

Jadi, pada langkah ini, ada 5 jenis post yang akan dapat menjadikan fanpage anda kelihatan menarik dan sekaligus mencipta engagement yang baik dengan follower-follower fanpage anda.

Langkah ini penting untuk membina kepercayaan antara anda dan follower anda. Sebabnya... kebanyakkan orang selalunya lebih mudah membeli dengan orang yang mereka kenal dan percaya berbanding orang yang tidak dikenali.


LANGKAH 6 : XXXXXX XXXXXX

Langkah ininterpaksa dirahsiakan. Tapi pada langkah ini, anda akan ditunjukkan bagaimana untuk menaikkan like anda antara 10X hingga 100X ganda dari jumlah like fanpage yang anda sedia ada.

Ianya sangat penting untuk membolehkan anda mendapatkan jualan yang lebih banyak. Lebih banyak like yang anda miliki, bermakna lebih banyak bilangan prospek anda. Semakin banyak prospek anda, maka, semakin banyaklah kadar jualan yang boleh anda hasilkan!


LANGKAH 7 : IKLAN & LETUP!

Pada langkah ini, anda diajar bagaimana untuk membuat post iklan yang mampu menarik perhatian follower-follower anda untuk membeli!

Ada 3 format post iklan yang boleh anda gunakan! Iaitu... APSDA, ADSA atau ATSA!

Apakah itu? Anda akan diterangkan dengan terperinci mengenainya!

Setelah anda membuat post iklan, anda perlu lakukan split testing.

Apakah yang perlu di "split" dan di "testing"kan? Berapa lama perlu buat split testing? Semuanya akan ditunjukkan.


LANGKAH 8 : CONTACT, CLOSE & SHIP!

Langkah terakhir adalah langkah membuat jualan! Untuk langkah terakhir ini ada 6 fasa yang perlu anda lakukan untuk memastikan anda berjaya membuat jualan.

Apa yang menariknya, dalam langkah ini, anda bukan sekadar ditunjukkan untuk menjual 1 unit produk anda kepada 1 pelanggan.. tetapi, bagaimana untuk menjual lebih dari 1 produk anda kepada pelanggan dan mereka berasa sangat gembira membelinya!

Testimoni Fanpage Superstar

Berikut adalah beberapa komen mereka yang pernah membaca dan mengamalkan teknik-teknik di dalam ebook ini.

testimoni fanpage superstar

testimoni fanpage superstar

testimoni fanpage superstar


testimoni fanpage superstar

Itulah 8 langkah yang dilakukan Nigel Ong dalam cara tingkatkan jualan dengan menggunakan facebook fanpage.

Kesemua 8 langkah tersebut telah ditulis secara terperinci dan dijadikan sebuah ebook yang lengkap yang dinamakan "Teknik Fanpages Superstar".

Teknik Fanpages Superstar adalah panduan untuk melonjakkan jualan di facebook hanya menggunakan 8 langkah yang terbukti berkesan dan telah mendapat respon positif daripada penjual online.

Kompilasi dialog terbaru geng-geng Skim Cepat Kaya

Ramai orang tanya Pak Teh, Investment A ni ok ke? Investment B ni boleh percaya ke? Investment C ni agak-agak betul ke ke?

Jawapan saya: Kalau penganjur atau ejen yang mempromosi tu rasa boleh dapat untung besar, takkan dia ajak orang lain melabur sama. Baik dia diam-diam pinjam duit bank banyak-banyak pergi labur sendiri.

Skim Cepat Kaya terdiri daripada pelbagai jenis namun mempunyai ciri-ciri yang hampir sama.

Jika pulangannya dijamin dan untung yang diberi berbentuk bulanan, tidak sebut langsung perkataan RUGI, itu adalah signal terbesar Skim Cepat Kaya.

INGAT – Pelaburan atau perniagaan yang menjanjikan keuntungan tetap, itu RIBA! HARAM di sisi Islam.

ayat dialog skim cepat kaya

Walau cantik macam mana pun penerangan syarikat, atau nampak ‘logik’ pulangan bulanan yang diberikan, itu semua bohong. Mereka cuma pusing duit pelabur baru untuk bayar pelabur lama. Inilah namanya skim ponzi.

Sasaran mereka golongan kerja kerajaan (cikgu terutamanya) kerana mudah buat
personal loan . Jenis suka duduk saja serta selalu update Facebook komplen tak cukup duit juga adalah sasaran mereka.

Berhati-hati. Penganjur dan ejen-ejen pengutip deposit ini juga bukan calang-calang orang. Mereka kelihatan sungguh profesional, pandai berhujah dan penuh ilmu agama di dada.

Macam biasa, bila ditegur mula keluar hadis bagai kononnya kata kita dengki.

Antara dialog-dialog terbaru bagi cubaan ‘menghalalkan’ skim pelaburan mereka:

#1 – “Tengok syarikat kami, guna akaun Bank Islam. Takkan Bank Islam boleh izinkan kami buka akaun dengan Bank Islam kalau kami jalankan skim cepat kaya?”

–Bank-bank di Malaysia adalah organisasi perniagaan dan berorientasi keuntungan, bukan penguatkuasa undang-undang.


#2 – “Tengok syarikat kami, masuk bilboard dekat New York Times Square. Syarikat ni memang besar. Takkan tak percaya lagi?”

–Setakat billboard di New York Times Square tu, bayar saja jika nak letak iklan.


#3 – “Tengok syarikat kami, masuk iklan TVAlhijrah. Takkan TVAlhijrah boleh izinkan kami beriklan kalau kami jalankan skim cepat kaya?”

–Sama seperti di atas


#4 – “Tengok syarikat kami, siap masuk suratkhabar, muka depan lagi. Takkan tak percaya lagi?”

–Sama seperti di atas


#5 – “Tengok syarikat kami, siap masuk Ekspo Antarabangsa! Takkan ini bisnes cap ayam?”

–Sama seperti di atas


#6 – “Tengok syarikat kami, berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, takkan kami ni penipu.”

— Restoran mamak pun berdaftar dengan SSM. Tanya balik soalan ini; Ada tak Bank Negara beri lesen dekat syarikat kamu untuk kutip duit orang ramai?


#7 – “Tengok, yang join skim ni bukan calang-calang orang. Artis, Profesor, Datuk, Tan Sri, … lawyer, doktor, polis, ketua kampung… Tak percaya lagi?”

—Ini tidak membuktikan skim itu sah dan halal. Berhati-hati. Mereka akan sering menjaja nama-nama orang kenamaan, tokoh atau personaliti yang hebat dan berpengaruh bagi meyakinkan pelabur.


#8 – “Takut? Kami sediakan perjanjian jual beli (agreement) dengan mati setem dekat LHDN, tak percaya juga lagi?”

—Bila masa agreement yang siap mati setem dekat LHDN boleh menjamin sesuatu urusniaga itu sah dan bukan menipu? Kesian korang. Stamping ni membolehkan kontrak / agreement tersebut mempunyai nilai dari sudut undang-undang dan untuk membolehkan ianya diterima sebagai bahan bukti di Mahkamah, itu saja.


#9 – “Oh senarai hitam Bank Negara Malaysia itu adalah kerja pihak ketiga yang dengki dan ingin sabotaj business kami. Big bos sedang bersihkan nama dengan BNM dengan big bos BNM dan dapatkan sokongan orang kenamaan dalam kerajaan”.

—Bank Negara Malaysia ada polisi dan prosedur khas membuat siasatan, bukan main tangkap muat.

InshaAllah, kami akan tambah dialog-dialog ini dari semasa ke semasa.

Bagi senarai syarikat / pelaburan yang telah dimasukkan dalam pemerhatian Bank Negara Malaysia sila rujuk sini.

Mengikut research tim MajalahLabur, ini adalah senarai “tidak rasmi” skim-skim cepat kaya atau ponzi yang popular dan masih aktif untuk tahun 2017 (kami pasti ada banyak lagi di luar sana):


  • Kongsimakan
  • Mface
  • Zenith Gold
  • MonSpace
  • FXUnited
  • ARBA Network / Classic Worldwide Corporation (CWC)
  • Bitkingdom
  • Mymi1
  • Dinar Dirham
  • VenusFX
  • iTijari – Global Tijari Holding Berhad (GTHB)
  • AGRCarTrade
  • Eurobits
  • MYM Programme
  • PTM4U
  • Water Beaute World Berhad (WBW)


NOTA KAKI : Geng skim cepat kaya yang lain akan share posting ni di wall mereka bagi ‘menghalalkan’ skim yang sedang mereka promosikan.

Jika anda rasa penulisan ini memberi kesedaran dan manfaat kepada anda, haruslah dikongsikan bersama orang lain agar ianya tersebar luas dan dapat manfaat bersama.


Kredit Sumber Entri : Majalah Labur


Cara Mulakan Bisnes Burger

Cara Mulakan Bisnes Burger - Bisnes burger memang antara bisnes yang sudah lama wujud kat negara Malaysia ini. Boleh dikatakan ini antara bisnes yang digemari oleh rakyat Malaysia. Boleh dikatakan bisnes ini antara model bisnes yang sudah menjadi trend rakyat Malaysia. Bisnes burger wujud di mana-mana sahaja.

Walaupun ada sesetengah pihak yang memandang bentuk bisnes ini adalah satu bisnes yang untung kecil-kecilan sahaja. Namun dari sudut yang lain bisnes burger boleh menjana untung sehingga ribuan ringgit. Yang penting anda perlu tahu cara buat burger sedap.

Perniagaan burger adalah salah satu cara menambah pendapatan. Tambahan pula isu kenaikan kos sara hidup menjadi isu yang paling hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Sebab itulah kita tidak boleh bergantung harap pada satu sumber kewangan semata-mata. Jadi tak hairanlah kalau anda jumpa peniaga burger yang juga merupakan pekerja makan gaji. Mereka jadikan bisnes burger sebagai perniagaan makanan yang menguntungkan.

Cara Mulakan Bisnes Burger


cara mulakan bisnes burger

Rata-rata rakyat malaysia menggemari burger yang sedap. Semua peringkat umur menggemari makanan yang dinamakan burger. Baik golongan dewasa mahupun kanak-kanak. Ianya adalah satu-satunya bisnes yang tidak memerlukan modal yang besar dan tidak mengganggu waktu kerja sepenuh masa anda jika anda seorang pekerja makan gaji.

Tapi sayangnya jika bisnes burger yang diusahakan hanya sekerat jalan sahaja. Buat kerja separuh jalan terutama sekali bagi mereka yang menjalankan bisnes burger hanya sekadar part time mereka. Anda mungkin boleh tengok banyak stall burger dibina tetapi anda jarang tengok stall burger tersebut mempunyai ramai pelanggan. Rasa-rasa anda lah kan apa perbezaannya.

Jadi tak lain tak bukan disebabkan oleh rasa burger tersebut adakah menepati citarasa pelanggan. Kalau resepi burger yang sedap sudah tentulah mereka berpuas hati. Berbaloi dengan wang yang mereka keluarkan untuk menikmati burger.

Cara Mulakan Bisnes Burger

Panduan bisnes burger telah ditulis oleh anak Chef Li. Panduan ini khusus untuk rujukan sesiapa sahaja yang minat nak tahu bagaimana mulakan bisnes burger. Beberapa persoalan yang mungkin bermain di minda anda jika nak mulakan bisnes burger.

  1. Macam mana nak bermula?
  2. Tercari-cari Sifu atau Tok Guru yang boleh membimbing anda memulakan lagi bisnes burger anda.
  3. Tiada ilmu untuk berniaga terutama sekali berniaga burger.
  4. Untung ke bisnes burger ni?
  5. Berapa modal bisnes burger.
  6. Persediaan-persediaan dari segi pengurusan, alatan, pemasaran dan operasi sesebuah bisnes burger yang boleh menjana pendapatan sekurang-kurangnya 4-5 angka sebulan?
  7. Macam mana nak pilih lokasi yang ‘HOT’ dan strategik untuk meletakkan stall burger.
  8. Cara mencari pekerja dan mengurus bisnes burger anda dengan mudah tanpa anda perlu sendiri jadi ‘pekerja’ perniagaan burger anda.
  9. Tak tahu bagaimana ingin jadikan bisnes burger anda sebagai sumber pendapatan pasif anda.

9 point di atas adalah persoalan yang biasa timbul bagi sesiapa yang nak mulakan perniagaan burger. Adakah 9 point di atas juga menjadi persoalan anda? Jika jawapannya ya, panduan bisnes burger dari saudara Afiq Rusly layak untuk dibaca.

cara mulakan bisnes burger

Md Fadzirul Afiq bin Dato’ Rusly atau lebih dikenali sebagai Afiq Dato’ Rusly. Merupakan anak kepada Dato’ Hj. Rusly Abdullah atau lebih dikenali sebagai Chef Li yang merupakan penulis buku Bestseller “Jutawan Senyap”. Berjaya melatih hampir 15,000 orang usahawan makanan melalui Kursus Masakan dan Memproses Makanan Chef Li.

Panduan Bisnes Burger ditulis untuk membantu anda mengetahui cara mulakan bisnes burger serta cara buat burger yang sedap. Dalam panduan bisnes burger juga akan mendedahkan tentang modal bisnes burger. Bagi yang nak tahu berapa modal bisnes burger bolehlah baca panduan bisnes burger atau muat turun yang percuma.

Bagaimana Cara Memulakan Bisnes Burger

Ada yang persoal boleh ke untung bisnes burger ni? Ada orang kata untung kecil lah ape la. Jadi anda akan tahu bagaimana nak tingkatkan keuntungan daripada bisnes burger ini selepas baca tips yang akan disampaikan oleh saudara Afiq dalam panduan bisnes burger?

Banyak juga perkara yang perlu anda pertimbangkan untuk mulakan bisnes burger atau dalam erti kata lain anda perlu ada ilmu untuk mulakan bisnes burger. Dalam panduan ini anda akan tahu 18 ciri-ciri sebuah stall burger yang bagus perlu anda ketahui untuk menarik perhatian prospek dan pelanggan anda dengan mudah tanpa susah-susah anda ajak mereka beli burger anda dan 4 jenis lokasi yang WAJIB anda elakkan untuk anda berniaga burger.

Baiklah, anda dah bersedia untuk mulakan bisnes burger? Kalau belum bersedia anda boleh baca dulu Panduan Bisnes Burger supaya anda boleh bersedia. Jangan terburu-buru. Dapatkan ilmu memulakan bisnes burger terlebih dahulu dalam "Panduan Bisnes Burger".


Download Soalan Exam Pegawai Kawalan Trafik Udara

Download Contoh Soalan Exam Pegawai Kawalan Trafik Udara.  Tahniah saya ucapkan kepada anda kerana merupakan salah seorang calon exam pegawai kawalan trafik udara. Dalam post ini saya akan bekalkan anda panduan exam pegawai kawalan trafik udara untuk anda jadikan rujukan exam pegawai kawalan trafik udara nanti.

Semakan exam pegawai kawalan trafik boleh dibuat melalui pautan ini. Jika anda terpilih anda perlu tahu format dan contoh soalan yang akan ditanya dalam exam nanti. Sudahkan anda bersedia untuk menghadapi peperiksaan pegawai kawalan trafik pada 3 Oktober 2017 nanti?

Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas. Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Pegawai Kawalan Trafik Udara.

Contoh Soalan Exam Pegawai Kawalan Trafik Udara

Apakah format exam pegawai kawalan trafik. Format exam online pegawai kawalan trafik udara adalah mengandungi dua seksyen iaitu seksyen A dan seksyen B.

Seksyen A – Pengetahuan Am (50 Soalan) 40 minit
Seksyen B – Daya Menganalisa Masalah (40 Soalan) – 45 minit

[+] Sertai Channel ini untuk lebih info berkenaan exam.

Contoh Soalan Seksyen A

Contoh Soalan Exam Pegawai Kawalan Trafik Udara


Contoh Soalan Seksyen B

Contoh Soalan Exam Pegawai Kawalan Trafik Udara

Nak Prepare Apa Untuk Peperiksaan ONLINE TRAFIK KAWALAN UDARA 3 OKTOBER ini? Cari rujukan Kawalan Trafik Udara tapi tak jumpa? Memang tak jumpa. Sebab rujukan ini memang tak ada. Tapi ramai yang request juga dari Tim Infokerjaya. Tak ada pula contoh soalan diberikan kepada calon. Apa yang ada hanya panggilan exam, tapi tak ada langsung panduan untuk persediaan kan?

Sejak tahun 2008, pakej rujukan daripada Tim Infokerjaya telah membantu lebih 80,000 orang graduan seluruh negara dalam kerjaya terutamanya peperiksaan kemasukan kerajaan. Tak percaya? Anda boleh lihat di ruangan testimoni antara mereka yang telah berjaya sebelum anda.

rujukan exam pegawai kawalan trafik udara

Rujukan Khas PEGAWAI TRAFIK UDARA A41 + A29

Yang lulus itu semua mereka yang ambil tindakan tepat dan betul sebelum sesi peperiksaan. Mereka berusaha keras, studi nota yang betul dan positif untuk lulus. Jadi itu bahagian mereka. Bagaimana pula dengan anda untuk sesi 3 OKTOBER ini? Ini yang anda perlukan.

rujukan pegawai trafik udara

Apa yang anda perlukan adalah nota dan contoh yang betul untuk melakukan persediaan. Kita nak bersaing dengan ribuan calon yang lain. Biar mereka semua tu cari soalan ramalan/bocor (ada ke?) Tapi anda fokus kepada persediaan untuk jadi PEGAWAI!
  • Menjimatkan masa anda! Kami bantu anda dengan penyediaan Nota-Nota ringkas untuk persediaan pantas anda. Anda bakal jimat 72 JAM!
  • Jelas format 2017! Jika anda menggunakan rujukan 2013 - 2016, anda akan mengalami kerugian besar. Format telah diubah! Kami bantu anda faham format terkini!
  • Bagaimana soalan ditanya! Kami bantu anda untuk buang gugup + 'blur' peperiksaan online nanti. Contoh-contoh soalan dibina untuk memberikan gambaran jelas kepada anda bagaiman soalan ditanya.
  • Contoh soalan untuk kefahaman dan rujukan lengkap dan pantas
  • 40 ++ Nota ringkas untuk study last minutes
  • 40++ Contoh soalan Seksyen A ( TERKINI VERSI 2017 )
  • 50++ Contoh soalan Seksyen B ( TERKINIVERSI 2017)

Jangan terlepas untuk dapatkan Rujukan Lengkap Contoh Soalan Peperiksaan pegawai kawalan trafik udara Gred A41 / A29 SEKARANG. Anda boleh baca info berkenaan rujukan ini melalui pautan : http://semakan.info/dca/7396/extra atau anda boleh muat turun versi preview terlebih dahulu yang disediakan di channel ini : https://t.me/rujukanpegawaikawalantrafik